Leon POV
Sejak balik dari hospital semalam sehingga pagi tadi sebelum aku hendak pergi kerja Ira masih berkurung di dalam biliknya. Mungkin kerana dia terasa hati dengan kata-kata rakan sekerja namun itu bukan alasan untuk mengurung diri seterusnya membahayakan kesihatan anak dalam kandungannya.
Aku menyuruh Kak Leha menyediakan makanan dan memaksa Ira untuk keluar dari bilik namun disebabkan Kak Leha mengalami kecemasan melibatkan suaminya, dia hanya sempat menyiapkan makanan.
Disebabkan meeting terakhir akan mengambil masa sehingga tengah malam, aku terpaksa membatalkannya. Aku menyuruh Hairee memberikan alasan bahawa aku tidak berapa sihat dan akan berjumpa dengan investor pada hari lain.
Aku juga terpaksa membatalkan rancangan untuk membawa Lily tidur di rumah kerana tidak mahu dia melihat keadaan idolanya yang tidak terurus.
Segala rancangan aku hari ini menjadi tunggang langgang disebabkan dia yang tidak pandai mengatur emosi. Bila ditegur, dia akan menyalahkan hormon yang tidak stabil.
Hendak merungut pun sudah tiada guna kerana aku telah sampai di rumah. Aku membuka pintu dan hanya disambut oleh kegelapan. Lampu di pintu masuk menyala saat aku menjejakkan kaki di dalam rumah.
Aku mengetik beberapa suis sebelum lampu di ruang tamu terbuka dan ia kelihatan kosong. Beg dan jaket dilemparkan di atas sofa sebelum aku menaiki tangga.
Dari atas tangga, aku menjenguk ke bawah dapur yang kosong dan gelap. Terus memanjat sehingga sampai di atas sebelum kaki aku berjalan ke arah bilik Ira. Tombol pintu dipulas namun ia di kunci dari dalam. Tray yang berisi makanan masih berada di atas meja, tidak berusik langsung.
Kak Leha memberitahu yang Ira tidak turun untuk makan tengah hari dan sebab itu dia menyediakan makan malam untuknya. Waktu pagi juga, aku tidak melihatnya keluar dari bilik.
“Ira! Buka pintu.” Panggil aku sambil mengetuk pintu bilik namun tidak bersahut.
“Ira!”
“Buka pintu ni sebelum aku pecahkan.” Ugut aku lagi namun masih tiada balasan.
Aku mengambil beberapa langkah ke belakang untuk melihat kalau ada cahaya dari bawah pintu biliknya. Gelap juga. Jantung aku mula berdebar. Mungkin kah dia pengsan di dalam, sebab itu dia tidak menjawab panggilan aku.
“Sh*t. Ira, buka pintu ni sekarang!” Ketukan aku semakin mengganas apabila aku memikirkan dia tidak sedarkan diri dari pagi. Aku sepatutnya memaksa dia keluar dari bilik sebelum aku pergi ke pejabat.
Aku menghempaskan badan beberapa kali ke pintu namun tiada perubahan selain bahu yang sakit. Buat kali terakhir aku mengetuk dan menjerit namanya tetapi masih tiada balasan dari dalam.
Berlari masuk ke dalam bilik tidur, aku terus mencapai kunci pendua yang sudah lama tersimpan di dalam laci meja. Terdapat beberapa kunci dan kesemuanya dilabelkan oleh Kak Leha. Aku memasukkan kunci yang dilabel sebagai bilik tetamu ke dalam tempatnya.
Begitu susah untuk memusingkan kunci kerana tangan aku sedang mengeletar. Aku berusaha untuk menenangkan diri seterusnya melenyapkan segala fikiran negatif. Mungkin sahaja Ira sedang tidur di dalam.
Berusaha untuk bertenang sebelum aku terbayang Ira sedang terbaring di atas lantai tidak bernyawa. Tangan aku seperti mempunyai kekuatan yang luar biasa sehingga kunci bilik patah menjadi dua.
“Fu*k!” Aku meletus. Sekarang aku tiada kunci lain dan kalau ada pun tidak boleh digunakan kerana sebahagian kunci tertinggal di dalam.
Nekad untuk meredah pintu menggunakan tubuh. Aku mengambil beberapa langkah ke belakang sebelum segala fokus dicurahkan pada pintu kayu yang agak tebal. Langkah aku laju menuju ke pintu.
YOU ARE READING
Pertemuan Tidak Dirancang
Romance"Forgive me for robbing your purity, but I will give the whole world as return."- Lee Leon ************ Aisy Syakira, 30 diculik ketika sedang menenangkan diri selepas berperang besar dengan ibu bapanya di malam hari. Dikurung di dalam bil...