Prolog

122 9 8
                                    

"Minji, kamu dah habis kemas barang ke? Boleh turun kejap? Eomma nak cakap sikit" kata ibu Minji aka Puan Kim di dapur.

Minji mengeluh kuat. "Dahh" dia berlari menuruni tangga rumahnya dengan laju sebaik sahaja dia selesai memasukkan semua baju ke dalam almari.

Minji terpacak betul-betul di hadapan ibunya. "Ada apa eomma?"

Puan Kim memberikan isyarat duduk kepada Minji sebelum memulakan perbualan.

"Best tak rumah ni?" Tanya Puan Kim mesra. Oleh kerana Minji merupakan satu-satunya anak kesayangan yang sentiasa berada di samping.

"Best" Minji menjawab pertanyaan eommanya dengan senyuman. Walaupun tidaklah best mana kerana dia agak sunyi disitu . Tambahan pula, dia merupakan anak tunggal. Dan rumah baru mereka ini pun merupakan sebuah banglo besar yang terletak di Seol. Boleh dikatakan agak besar dan sunyi untuk dua orang tinggal.

Mereka perlu berpindah kerana urusan bisnes Puan Kim. Biasalah, wanita bekerjaya lah katanya. Kim Minji pun pasrah dan akur sahaja atas keputusan ibunya.

"Petang ni eomma nak kamu bersiap, ikut eomma"

"Pergi mana?" Tanya Minji hairan.

"Rumah kawan eomma" jawab Puan Kim ringkas.

Baru sahaja sampai, tak sempat lagi nak berehat dah ajak keluar. Minji tetap memgikut kata-kata eomma kesayangan.

Petangnya

Puan Kim memandu sebuah kereta berjenama menuju ke sebuah banglo besar yang berjarak semeter dari rumah mereka. Nampaknya kawan eomma ni kaya-kaya belaka yaaa!

"Dah sampai" Puan Kim menelefon tuan empunya banglo ini untuk mengkhabarkan kehadiran mereka.

Tidak lama kemudian, pintu pagar banglo berkenaan terbuka. Puan Kim memandu kenderaannya memasuki perkarangan rumah itu untuk memarkir keretanya.

Minji keluar dari kereta dengan perasaan yang terpinga-pinga. Dia hanya mengikut ibunya menuju ke pintu utama.

"Hi, dah lama tak jumpa" seorang wanita yang berumur sebaya dengan Puan Kim menyambut kehadiran mereka.

"Minji, kenalkan ini Puan Yoon" Minji memberi senyuman sambil menunduk 90°.

"Cantiknya Minji. Sesuai sungguh" kata Puan Yoon sambil tersenyum-senyum memegang pipi kiri Minji.

Minji duduk di sofa di bahagian ruang tamu sambil bermain telefonnya. Manakala, Puan Kim dan Puan Yoon sedang berbual entah tentang apa di meja makan.

Tidak lama kemudian, kedengaran suara eomma memanggil. "Minji"

Minji bingkas bangun dan menuju ke arah ibunya.

"Duduk sini. Eomma nak kenalkan Minji dengan seseorang" kata Puan Kim.

Semetara itu, Puan Yoon memanggil seseorang di tangga rumahnya. " Yoon Jaehyuk! Mari turun."

Wajah Minji berubah hairan. Siapa Jaehyuk? Tak pernah dengar pun. Aishh... tak suka la secret secret macam ni. "Ada apa eomma?" Tanya Minji dengan penuh hairan.

Puan Kim hanya senyum membalas pertanyaan Minji.

Tidak lama kemudian, kelibat seorang jejaka menghampiri kawasan meja makan di tempat mereka berkumpul. Dia sempat lagi menunduk kearah Eomma mereka sambil tersenyum sebelum mengambil tempat duduk di salah satu kerusi di meja makan.

"Minji, ini Yoon Jaehyuk. Jaehyuk, ini Kim Minji" kata Puan Yoon sambil tersenyum-senyum.

Minji hanya menunduk sebaik sahaja namanya diperkenalkan. Masih terdapat banyak tanda tanya di mindanya atas setiap perkara yang berlaku.

"Eomma dah bincang dengan Puan Yoon. Kami dah dapat kata putus dan ini adalah keputusan muktamat."

Minji dan Jaehyuk masih-masing menunjukkan riak wajah hairan. Tidak faham akan apa yang diperkatakan Puan Kim tadi.

"Eomma nak Jaehyuk dengan Minji kawin" kata Puan Yoon.

Minji terkedu, begitu juga dengan Jaehyuk. Mereka saling bertatapan. Minji menoleh kembali wajahnya ke arah ibunya. "Eomma?" Muka Minji berkerut.

"Eomma kenapa? Jae muda lagi" kata Jaehyuk sambil menahan dirinya daripada marah.

"Eomma tahu kamu berdua masih muda. Tapi, ikut ja kata-kata eomma. Ini yang terbaik untuk keluarga kita." Kata Puan Yoon yang cuba menahan amarah Jaehyuk.

Tanpa berkata panjang, Jaehyuk menarik muka dan terus bangun meninggalkan mereka di situ.

Puan Yoon dan Puan Kim saling memandang dan tersenyum kelat sambil memggeleng kepala.

.....

"Eomma, wae?" Minji tidak henti-henti menanyakan ibunya ketika sampai di rumah mereka.

Puan Kim hanya berdiam diri dan memandang ke bawah.

"Eomma!" Minji meninggikan sedikit suaranya.

Puan Kim memandang Minji. Dia cuba memberi senyuman "dah pergi mandi, rehat. Esok dah mula hari pertama kamu di sekolah baru" Puan Kim meninggalkan Minji yang masih berlenggu dengan persoalan.

.....

Hi!
Ini fanfic pertama aku. Jom baca ! 😝

Not My Future Husband | JaehyukWhere stories live. Discover now