Hari ini Minji bangun awal hendak bersiap pergi ke sekolah. Terasa bersemangat hendak belajar. Tambahan pula, Jaehyuk yang akan datang menjemput, semakin berkobar-kobar lah jiwa raga ini.
Minji menghadap cermin membelek seragam sekolah yang dipakai. Di tambah juga dengan calitan minyak wangi Chanel yang menyegarkan. Sedang asyik matanya melihat cermin, kemudian matanya teralih ke arah jendela di bilik. Kelihatan seseorang sedang menunggu di hadapan pagar rumahnya
Hanya dengan sekilas pandang, Minji dapat mengecam siapa gerangan jejaka berkenaan. Siapa lagi kalau bukan Jaehyuk. Minji bergegas menuruni tangga dan menuju ke arah Jaehyuk.
Lariannya terhenti betul-betul di sebelah Jaehyuk. "Dah lama kau sampai?" Tanya Minji.
"Baru ja" jawab Jaehyuk. Dia menganggkat kening sebagai tanda menyuruh Minji berjalan dahulu di hadapan.
Minji tersenyum-senyum dan terus mengalihkan pandangan ke hadapan dan meneruskan perjalanan.
.....
Minji memasuki kelas diikuti dengan Jaehyuk. Dia melambai ke arah Sunghoon yang sedang duduk di meja nya.
"Awal kau datang" sapa Minji dengan senyuman.
Sunghoon membalas senyumannya. "Kau datang dengan Jaehyuk?"
"Haah kita orang datang sekali. Rumah kami dekat saja. Apa salahnya" Minji mengakhiri jawapannya dengan tidak lekang senyuman di bibir.
Sedari tadi Minji tersenyum-senyum sakan, mula menimbulkan tanda tanya dalam hati Sunghoon.
"Kau orang ada apa-apa ka?"
Pertanyaan Sunghoon itu membuatkan wajah Minji berubah sirius. "Tak. Tak ada apa-apa. Asal?" Minji mengalihkan pandangan daripada melihat Sunghoon. Segera buku teks subjek bahasa Inggeris dikeluarkan demi melarikan diri daripada perbualan yang menggerunkan.
"Baiklah kelas, duduk di meja masing-masing!" arah Puan Koo yang baru sahaja masuk ke dalam kelas. Para pelajar semua lintang-pukang berlari ke meja masing-masing.
"Hari ini cikgu nak kamu siapkan kerja-kerja kursus yang akan cikgu beri sebentar lagi. Kamu perlu berbincang secara berpasangan. Minggu depan hantar"
Setelah mendengar pengunguman daripada guru tersebut, mula lah perasaan ingin berpasangan bersama Jaehyuk berkobar-kobar. Kalau sekumpulan dengan Jaehyuk mesti seronok. Dia dapat membayangkan dirinya berdua-duaan bersama Jaehyuk berbincang dan menyiapkan tugasan yang diberikan. Ini merupakan peluang yang terbaik untuk Minji memulakan 'first move' terhadap jejaka yang diminati a.k.a suaminya.
"Minji, jom kumpulan dengan aku" Sunghoon mengajak Minji dengan pandangan mata yang bersinar-sinar meletakkan seguni harapan.
Ha sudah! Tak suka la kena buat pilihan! Fikiran ini mula buntu. Kalau diikutkan hati, hendak sahaja Minji menolak pelawaan kawannya itu demi mengejar jejaka idaman hati. Tetapi, tidak kesampaian pula hati ini untuk mengatakan tidak kepada seorang rakan yang telah banyak berjasa.
"Ya. Okay juga" Minji mengangguk dengan senyuman yang dipaksa.
"Yeah!" Dapat dilihat keterujaan di wajah Sunghoon. Segera dia menuju ke hadapan memberikan nama kepada Puan Koo.
Minji menongkat dagu sambil memandang Jaehyuk di hadapan dan mendengus perlahan "Maaf Jaehyuk, aku tak dapat jadikan kau pasangan aku" bisik Minji sendirian ala-ala dramatik sambil mengesat air mata palsu.
"Sunghoon. Kau kumpulan dengan siapa? Dengan aku, nak?" Tanya Yunjin ketika Sunghoon dalam perjalanan ke meja nya.
"Ahh Yunjin. Maaf!" Sunghoon menggaru-garu belakang lehernya yang tidak gatal sambil memalsukan senyuman. "Aku tak perasan kau ada kat sini. Aku dah bagi nama tadi. "
YOU ARE READING
Not My Future Husband | Jaehyuk
Romance"Eomma, kenapa Minji kena kahwin dengan dia?" Tapi, lelaki tu kacak. Sentiasa tenang. Jarang lihat dia senyum. Budak top sekolah pula tu! "Maksud aku, aku tak nak guna panggilan aku-kau dah. Macam strangers! Kita tukar nak?" "Kalau aku panggil kau c...