"Masuk lah" Jaehyuk membuka pintu dan mempersilakan Minji masuk ke dalam rumahnya.
Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke rumah ini. Masih diingat lagi peristiwa bersejarah dimana bermulanya lamaran eomma Jaehyuk.
Jaehyuk menuju ke biliknya di tingkat dua meninggalkan Minji di ruang tamu. Minji melabuhkan punggung di atas sebuah sofa putih yang empuk. Tangannya pantas mencapai remote tv. Butang 'ON' ditekan.
Sedang asyik dia bergelak ketawa menonton rancangan komedi di kaca televisyen, dia memerhatikan jam di dinding. Jarum telah pun menunjukkan pukul 7.40 malam.
"Dah lewat ni. Mana Puan Yoon?" Kata Minji sendiri. Dia memanggil Jaehyuk dari bawah. Tetapi tiada jawapan.
"Dia tinggal aku macam ni je? Tak boleh jadi. Aku kena naik atas kerja kan dia cukup-cukup" kaki Minji pantas memanjat tangga hendak menuju ke bilik Jaehyuk.
Tiba-tiba pintu bilik Jaehyuk dibuka oleh tuan badannya sendiri. Jaehyuk keluar dari biliknya dan menuju ke sebuah lagi bilik di sebelah.
"Masuk sini" kata Jaehyuk sambil memandang Minji yang berada di tangga.
Minji berkerut hairan. Asal dia ajak aku?! Bermacam-macam persoalan yang muncul di benak fikiran. Dia kemudiannya mengambil keputusan untuk masuk ke dalam bilik tersebut.
Dia membuka pintu perlahan-lahan. Matanya terus tertumpu pada sebuah buku di rak. Minji mendekati buku tersebut dan semakin lama dibeleknya dia mendapati bahawa itu bukanlah sebuah buku tetapi ia merupakan album REBOOT.Wajah Minji memaparkan riak wajah yang teruja. Manakan tidak, dalam banyak-banyak album daripada kumpulan TREASURE, album REBOOT ialah satu-satunya album yang belum dimilikinya. Tambahan pula, album itu merupakan koleksi edisi terhad. Awww!!! Memang nakklahhh!
Jaehyuk berkerut memandang Minji. Apabenda yang yang minah tu teruja sangat?
"Yaaa. Sini" Jaehyuk memanggil Minji yang masih teruja.
Minji memalingkan wajahnya ke belakang. Terdapat sebuah meja yang bersaiz besar yang dapat memuatkan dua orang di penjuru bilik. Bilik itu kelihatan seperti bilik khas untuk belajar dengan barisan rak buku tersusun rapi dengan kemas.
Jaehyuk mengheret sebuah lagi kerusi tambahan mendekati meja belajar.
"Duduk sini" arah Jaehyuk. "Tadi kau ponteng kelas tambahan kan? Jadi, sekarang aku nak kau study balik." Kata Jaehyuk lagi sambil mengeluarkan buku-buku latihan ke atas meja. Kemudian terus diselak dan fokus disiapkan.
"Lahh... Kau kata eomma kau suruh datang? Asal kau suruh aku study pulak?" Tanya Minji.
Malangnya, pertanyaannya tidak dijawab oleh Jaehyuk. Minji mendengus perlahan dan secara rela hati dia mengeluarkan buku latihan matematik untuk diselesaikan.
Keluhan demi keluhan daripada mulut Minji tidak berhenti-henti keluar semasa melakukan soalan matematik. Dia mengalami kesukaran ketika hendak menyelesaikan soalan-soalan yang berada di luar kotak pizza.
Jaehyuk perasan akan aksi Minji disebelah. Dia tersenyum senget melihat kelucuan Minji yang sekali-sekala meletakkan kepala di atas meja dan sekali-sekala menongkat dagu.
Jaehyuk mengheretkan kerusi mendekati Minji di sebelah. "Ada masalah?" Tanya Jaehyuk lembut.
Minji mengalihkan kepalanya yang terbaring di atas meja memusing ke arah Jaehyuk. Matanya terbuntang di saat dia perasan akan keberadaan Jaehyuk yang berjarak seinci dengannya. Woahhh amat dekat! Jangan! Minji dengan pantas mengangkat kepalanya dan mengenjak jauh sedikit daripada lelaki itu.
Jaehyuk mendekatkan mukanya ke arah buku latihan matematik Minji melihat soalan yang menyebabkan Minji mengeluh seribu.
"Soalan ni" Minji menunjukkan soalan nombor 2. Alahai, dari tadi lagi Minji baru soalan nombor dua?!
YOU ARE READING
Not My Future Husband | Jaehyuk
Romance"Eomma, kenapa Minji kena kahwin dengan dia?" Tapi, lelaki tu kacak. Sentiasa tenang. Jarang lihat dia senyum. Budak top sekolah pula tu! "Maksud aku, aku tak nak guna panggilan aku-kau dah. Macam strangers! Kita tukar nak?" "Kalau aku panggil kau c...