16. Private Momment

13 1 0
                                    

"Ahhh!! Takut nya!" Jerit Junkyu.

"Yahh! Kau asal terjerit-jerit pagi ni! Terkejut aku! " Sunghoon menampar bahu Junkyu kerana geram dengan perbuatannya.

"Sakit lahhh, Sunghoon!" Ujar Junkyu.

"Hahahah, memang patut pun! Asal dengan kau ni?"  Puas Sunghoon menggelakkan Junkyu.

"Kau boleh pula tanya aku? Hey, kau tak ingat ke, harini kita ada exam !" Junkyu meninggikan suaranya kepada Sunghoon.

" yahh! Chill je lah. Kalau kau dah study awal-awal macam aku, apa yang nak takut?" Sunghoon tersenyum riak sambil menyelak rambutnya ala-ala slay githew.

"Ishh, kau ni kan!" Junkyu menalakan penumbuknya ke arah Sunghoon. Manakala, Sunghoon berpura-pura lari meninggalkan Junkyu di hadapan kelas. Sunghoon menuju ke mejanya.

" Minji ! Rajinnya kau!" Sunghoon menepuk tangan setelah dia melabuhkan punggung ke kerusinya.

Minji menghiraukan geragat rakannya yang poyo itu dan meneruskan aktiviti mengulangkaji. Tekun betul wajah Minji disaat-saat getir sebegini.

" hey, Minji! Asal tekun semacam ni? Kau tak study lagi ke?" Tanya Sunghoon.

"Shhhh!" Minji meletakkan jari telunjuk di bibir. "Diamlah kau. Kau tak payah nak berlagak kat aku" Minji memberikan jelingan dan terus menyambung menghadap buku.

"Hmmm yela yela" Sunghoon mengeluarkan phonenya dan belum sempat dia ingin membuka tiktok...

"Baiklah class, simpan semua buku! Kita akan mulakan exam dalam 5 minit lagi !" Puan Choi memberikan arahan setibanya dia ke dalam kelas.

"Hey, sudah-sudah lah tu. Simpan" Sunghoon memandang Minji disebelah.

"Ishh diamlah kau. Aku tahulah"

"Hey! Yang belakang tu, sempat lagi kamu bersembang?! Exam nak mula dah ni!" Perli Puan Choi.

Minji dan Sunghoon tersenyum kelat dan terus menyimpan segala buku dan bersedia untuk peperiksaan.

.....

Kringggg!!!
Bunyi loceng menandakan waktu peperiksaan telah tamat. Semua murid menyerahkan kertas mereka kepada Puan Choi dan beredar ke kantin.

"Sunghoon!"

"Kamcagia! Yahh! Kau ni asal? Nak jadi macam Junkyu jugak ke?!" Balas Sunghoon terkejut dengan suara Minji. Minji memuncungkan bibirnya dan melihat ke arah Sunghoon. "Kenapa weh?" Tanya Sunghoon sejurus melihat riak wajah Minji yang sedih.

"I messed up my exam. Huaaa" Minji menutup matanya yang sudahpun mengalirkan air.

"Alololo. Meh sini" Sunghoon mendepakan tangannya dan mendekati Minji. Sunghoon memeluk rakannya itu dengan penuh kasihan. "Janganlah nangis. Aku tahu kau dah buat yang terbaik" Sunghoon tergelak kecil cuba memujuk Minji. " ehhh sudah sudahh, nanti basah pulak baju aku kena air mata kau tu" Sunghoon meleraikan pelukan.

Minji mengelap matanya. "Sorry"

Sunghoon memandang Minji sambil tersemyum. "Haiss, takpelah. Kau ni kan asal comel sangat..ehh hmmm...tak pe lah . Jom, ikut aku" Sunghoon menarik lengan Minji keluar daripada kelas.

Minji terkebil-kebil mendengar kata-kata Sunghoon tadi dan terus mengikut gerak langkah Sunghoon.

.....

"Kau nak bawa aku kat mana ni?" Tanya Minji.

"Alah ikut je. Harini aku nak belanja kau."kata Sunghoon sambil tidak lagi melepaskan tangan Minji.

Kini tibanya mereka di sebuah pondok yang mempunyai kerusi dan meja. Kelihatan Junkyu sedang menunggu kehadiran mereka berdua disana.

"Yahh! Cepatlah sikit. Lama aku tunggu !" Junkyu melambaikan tangan. Minji dan Sunghoon mengambil tempat duduk di sana.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 20 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Not My Future Husband | JaehyukWhere stories live. Discover now