11. Sunghoon Aku!

32 8 0
                                    

"Kamu berdua tahu kenapa kamu kena panggil?" Tanya Puan Choi.

Minji mengangguk perlahan sambil menundukkan kepala. Terasa gerun apabila pertama kali terjebak dengan masalah di sekolah. Anak matanya melihat Sunghoon di sebelahnya.

Sunghoon sedang menggeleng seperti dia tidak mengetahui sebab mereka dipanggil.

Minji menyiku lengan Sunghoon. "Oii! Asal kau geleng?"

Sunghoon dengan cepat mengubah pergerakkan kepala kepada mengangguk laju.

"Kenapa kamu ponteng kelas tambahan?"

"Hmmm... kami siapkan tugasan kerja kursus Bahasa Inggeris. Kami tak buang masa cikgu! Srs!" Tegas Sunghoon cuba meyakinkan Puan Choi.

"Tak kesah la kamu pergi berlajar ke, buat kerja sekolah ke, tapi jangan la sampai ponteng kelas. Kan peperiksaan semakin hampir. Kelas tambahan ini juga beri faedah kepada kamu.....bla..bla..bla.."

"...sebagai hukumannya, saya nak kamu buat kerja amal. Minji, kamu kemas perpustakaan. Sunghoon, kamu bersihkan gym selama seminggu."

Minji dan Sunghoon saling bertatapan dengan riak terkejut.

"Tapi Puan Choi..." kata-kata Sunghoon disekat.

"Tak ada tapi tapi. Kamu boleh keluar sekarang. Jangan lupa, kerja amal mula petang ni. Bye!" Sempat lagi Puan Choi melambai anak murid mereka.

.....

"Yaa! Kau nak pergi mana?" Tanya Minji yang melihat Sunghoon mula menggalas begnya keluar kelas.

"Kelas dah habis kan. Pergi mana lagi, bersihkan gym la." Sunghoon mendengus perlahan dan berlalu pergi.

Minji memuncungkan bibirnya.

Sunghoon mematah balik ke kelas. "Minji! Dalam kotak hadiah yang aku bagi tu, ada kek. Jangan simpan lama-lama sangat. Nanti cair. Aku pergu dulu"

Minji mengangguk sambil melambai Sunghoon. Segera dia mengemas barang dan menuju ke perpustakaan.

.....

"Dari mana nak mula?" Bisik Minji sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam perpustakaan.

Ha, dia baru teringat bahawa kumpulan Jaehyuk selalu buat kelas tambahan di sini. Tetapi batang hidungnya pun tiada walaupun sudah pusing di setiap penjuru perpustakaan. Minji pun terus meletakkan beg dan kotak keknya di atas meja. Kemudian, dia menuju ke rak buku berhampiran untuk memulakan operasi pengemasan.

Sedang asyik dia menyusun buku, kedengaran suara seseorang yang dikenali.

"Alolo, kasihan nya Minji. Kena kemas sorang-sorang."

Minji menoleh ke arah tuan empunya suara. Siapa lagi kalau bukan Yunjin dan Kazuha.

"Hai" Minji menyambut kehadiran mereka dengan senyuman. Malangnya senyumannya tidak dapat mengubah niat asal Yunjin ke sini.

"Kau tak payah nak acah baik sangat lah" Kazuha menolak bahu Minji.

Minji hanya berdiri terpaku kerana tidak tahu hendak berbuat apa.

"Seronok dapat hadiah dari SUNGHOON? Dia bagi apa kat kau?" Tanya Yunjin sambil berpura-pura senyum mendekati Minji yang ketakutan.

"Tak ada lah, dia bagi...."

Belum sempat Minji menghabiskan kata-kata, Yunjin menyuruhnya diam.

"Shh. Biar aku tengok sendiri. Boleh kan?" Yunjin mengambil kotak putih yang diikat reben pink tersebut dan membukanya.

"Wahh! So cute. Happy Birthday" Yunjin berpura-pura ketawa sambil membaca tulisan yang ditulis rapi di atas sepotong kek coklat itu.

Dia mendekati Minji. Tangannya mencalit krim mentega coklat pada kek dan disapu pada muka Minji.

Not My Future Husband | JaehyukWhere stories live. Discover now