Minji mengorak langkah keluar daripada kawasan sekolah. Sinaran mentari pada petang itu agak terik. Dia meletakkan sebuah buku ke atas kepala sambil berjalan menuju ke rumah.
Dalam perjalanannya, dia terlihat Jaehyuk keluar daripada kedai serbaneka CU sambil memegang sebotol susu pisang. Dia menggerakkan langkah menuju ke arah Jaehyuk.
"Jaehyuk! Jaehyuk kan?" Tanya Minji.
Jaehyuk memandang Minji sambil membuka airpod di telinga.
"Ya" jawab Jaehyuk ringkas dengan jelingan.
Kemudian, Jaehyuk meneruskan langkahnya menuju ke rumah meninggalkan Minji begitu sahaja.
"Sombong nak mampus" bisik Minji sambil kakinya dihentak.
Tanpa membuang masa, Minji pun menyambung perjalanannya menuju ke rumah. Dia perasan bahawa sepanjang perjalanannya, Jaehyuk tetap berjalan di hadapan.
Bila difikir-fikirkan balik, Jaehyuk kan tinggal di kawasan perumahan yang sama dengan Minji. Jadi, tidak hairanlah jika mereka berjalan pada arah yang sama.
Beberapa lama kemudian, Minji tiba di kawasan perumahannya yang agak sunyi sambil unofficially ditemani Jaehyuk di hadapan.
Tiba-tiba Minji teringat pasal hal semalam yang eomma nya suruh dia berkahwin dengan Jaehyuk.
"Augghh" Minji menepuk kepala.
Bila teringatkan balik, rasa macam nak hentam je orang yang paksa-paksa tu.
Ehhh orang yang paksa-paksa? Minji berfikir sejenak. Jaehyuk ada masalah keluarga. Eomma nya jenis yang suka paksa-paksa. Adakah eomma Jaehyuk yang rancang perkahwinan mereka?
"Nasib aku bergossip dengan Sunghoon tadi" bisik Minji.
Tanpa dia sedari, perjalanannya terhenti di situ. Kelihatan tubuh Jaehyuk sudah jauh ke hadapan.
Walaubagaimana pun , Minji perlu hentikan perkahwinan mereka. Tidak kira jika perlu meredah lautan api sekali pun!
"Jaehyuk!" Jerit Minji sambil berlari mengejar Jaehyuk yang nun jauh di hadapan.
Dia berhenti sebaik sahaja berada betul-betul di belakang Jaehyuk.
Tetapi Jaehyuk tidak memberi sebarang riaksi kerana airpod yang masih tersumbat di telinga.
Minji menepuk bahu Jaehyuk yang membuatkan Jaehyuk membuka airpod dan menoleh ke belakang.
"Kau nak apa?" Tanya Jaehyuk ringkas.
Minji terkaku seketika melihat riaksi dingin daripada Jaehyuk. Macam nak marah orang!
"Hmm. A..aku nak cakap sikit. Kau buat la sesuatu tentang apa yang berlaku semalam. Tak ada rancangan ke?" Tanya Minji.
"Kenapa ? Kau nak kawin dengan aku?" Tanya Jaehyuk selamba.
"Ehhh.. bukann. Maksud aku, macam mana nak hentikan rancangan eomma kita?" Tanya Minji gelabah.
Jaehyuk meletakkan semula earpod ke telinganya. "Macam la aku boleh hentikan rancangan eomma aku" kata Jaehyuk sekilas seraya meninggalkan Minji yang masih terpinga-pinga.
Minji hanya terkebil-kebil melihat Jaehyuk meninggalkannya seperti tiada apa yang berlaku. Mamat ni sombong betull...
Di rumah Minji
Seperti biasalah, eomma aka Puan Kim belum balik lagi. Malam-malam baru balik. Begini lah kehidupan Minji yang kurang bersosial dengan keluarganya sendiri dan sering berpindah-randah kerana hal kerja eomma nya.
YOU ARE READING
Not My Future Husband | Jaehyuk
Romance"Eomma, kenapa Minji kena kahwin dengan dia?" Tapi, lelaki tu kacak. Sentiasa tenang. Jarang lihat dia senyum. Budak top sekolah pula tu! "Maksud aku, aku tak nak guna panggilan aku-kau dah. Macam strangers! Kita tukar nak?" "Kalau aku panggil kau c...