1. Budak Baru

61 7 0
                                    

Setelah mandi , Minji mamakai seragam sekolahnya dan menyusun buku mengikut jadual.

Minji menuruni tangga menuju ke pintu hadapan rumahnya. Ibunya Puan Kim sempat menahan Minji daripada keluar. "Minji, jom makan dulu. Nanti sakit perut, tak seronok hari pertama sekolah." Kata Puan Kim.

Minji menghembuskan nafas dan cuba memberikan senyuman kepada eommanya. Dia menuju ke meja makan. Terlihat ada roti bakar dan segelas susu coklat di atas meja. Riak wajahnya bertukar ceria sebaik sahaja melihat minuman kegemarannya.

Puan Kim hanya memerhati anaknya makan dengan penuh berselera. Dia tahu anaknya mesti terkejut dan tertanya-tanya dengan keputusannya semalam.

"Makan bagi habis tau. Eomma pergi dulu" kata Puan Kim sambil menyapu kepala Minji. Puan Kim selalu pergi ke kerja awal dan pulang lewat. Maklumlah, eommanya sahaja yang bertanggungjawab menyara kehidupan mereka sekeluarga setelah bercerai dengan ayahnya.

.....

Minji mengunci pintu dan memulakan langkah ke sekolah. Cuaca pada pagi ini sungguh elok. Suasana pada pagi itu agak sunyi kerana rumahnya terletak agak terpinghir daripada kawasan perumahan yang lain.

Tidak lama kemudian, Minji memasuki kawasan perumahan yang agak sibuk. Kelihatan kanak-kanak menaiki basikal dan ramai orang berjalan kaki menuju ke sekolah.

Perasaan gugup Minji kurang sedikit jika dibandingkan daripada tadi. Dia mula melajukan langkah sebaik melihat bangunan sekolah di hadapan.

.....

Suasana di kelas 1 SMA agak riuh walaupun dari luar. Minji menunggu di luar kelas dengan arahan guru. Perasaan gugup mula membara. Dia cuba menarik dan memghembus nafas dalam-dalam. Tiba-tiba ada tangan memegang bahunya. Minji menoleh ke belakang.

"Kamu Minji kan?" Tanya guru kelas yang baru sahaja hadir. Minji melihat tag nama di bajunya. 'Choi Yuji'

Minji mengangguk. Ingat ka siapa tadi. Hampir terangkat tangan Minji hendak menampar Puan Choi.

Puan Choi membuka pintu kelas sambil memberi arahan kepada murid-murid untuk diam. Minji melangkah masuk ke kelas mengikut gurunya tadi.

Suasana kelas tiba-tiba bertukar diam. Kedengaran suara bisik daripada para pelajar.

"Budak baru ke?"
"Wow cantiknya budak baru"

"Semua diam. Beri perhatian. Hari ini kita ada kemasukan pelajar baru." Puan Choi memandang Minji memberi isyarat untuk perkenalkan diri.

"Anneyonghaseyo. Nama saya Kim Minji. Saya harap kita dapat berkenalan" Minji menghabiskan kata-katanya dengan tunduk hormat.

Suasana kelas kembali heboh dengan suara bisikan para pelajar. Mata Minji liar melihat setiap inci dan setiap sudut kelas dan matanya terhenti apabila melihat kearah seseorang yang dia kenali. "Jaehyuk?" bisik Minji.

Jaehyuk mengalihkan pandangannya ke luar tingkap daripada bertatapan dengan Minji. "Macam mana pulak boleh sekelas. What a coincidence." Bisik Jaehyuk.

"Mari kita tengok tempat duduk mana yang sesuai. Yahh, Yunjin kamu pergi duduk sebelah Kazuha." Arah Puan Choi sambil menunjukkan jarinya ke arah Kazuha.

Yunjin menunjukkan muka tidak puas hati. "Tak nak cikgu. Saya dah lama duduk sini."

Puan Choi mempamerkan muka garangnya menyebabkan Yunjin akur dan berpindah tempat duduk. Walhal Puan Choi merupakan seorang guru yang amat sporting.

"Yo" Kazuha menyambut kehadiran deskmate barunya.
"At least aku duduk sebelah kau" kata Yunjin sambil menarik kerusi.

"Baiklah, kamu pergi duduk di sebelah Sunghoon." Arah Puan Choi sambil menunjukkan meja kosong di sebelah Sunghoon pada bahagian belakang sekali.

Minji berjalan menuju ke mejanya melepasi Jaehyuk yang duduk di meja hadapan. Jaehyuk tidak melihat malah senyum kepada Minji langsung.

Sebaik tiba di mejanya, Sunghoon menarik kerusi dan memberi senyuman kepada Minji. Minji membalas senyuman Sunghoon dengan mesra.

Sunghoon mempunyai perwatakan yang ramah. Dalam masa yang sama dia suka membuat lawak hambar. Tetapi, dalam hambar hambar dia, ramai gadis beratur ingin menjadi cinta hatinya. Malang sekali, semua pujaan gadis direject mentah-mentah.

Yunjin hanya memerhatikan Minji yang acah cantik di hadapan pelajar lain. Dia menunjukkan muka menyampah terhadap kehadiran Minji.

"Kau kenapa Yunjin. Dari tadi bad mood?" Tanya Kazuha yang merupakan kawan baik Yunjin.

Yunjin menjeling "kau tak nampak ke budak baru tu amik tempat aku. Dia duduk sebelah Sunghoon aku tau tak! Hishh"

Yunjin merupakan pelajar popular di sekolah ini atau lebih dikenali sebagai 'hot girl' kerana mempunyai perwatakan yang gedik dan suka berhimpit dengan lelaki. Manakan tidak, dengan rupa paras yang jelita, ramai sahaja lelaki yang melayan kegedikan Yunjin ni. Tetapi, dia tidak berdiri seorang diri, Kazuha merupakan rakan sekepala Yunjin. Kemana ada Yunjin, disitu ada Kazuha.

Setelah tamat waktu pembelajaran, kini tibanya waktu rehat. Minji mengemas bukunya dan bersedia untuk bergerak ke cafeteria. Dia memandang Jaehyuk yang sedang bergerak ke luar. Jaehyuk tidak memandangnya langsung. Malah, dia terlihat sombong.


To be continue~

Not My Future Husband | JaehyukWhere stories live. Discover now