Minji sampai di sekolah awal hari ini. Niat asal adalah untuk mengelak daripada terserempak dengan Jaehyuk semasa dalam perjalanan. Dia adalah orang yang pertama yang hadir dalam kelas itu.
Sementara menunggu rakan yang lain datang, Minji dengan penuh prihatin berasa ingin mengemas kelas. Bukan selalu nak rajin seperti ini.
Dia memadam papan hitam yang penuh dengan tulisan sisa pembelajaran semalam. Haish, saiapalah yang tidak bertugas semalam.
Baru sahaja dia hendak mengambil pemadam di hadapan, tiba-tiba pintu kelas terbuka. Kelihatan sosok tubuh seseorang sedang berdiri tegak di hadapan pintu.
Siapa? .... Jaehyuk !!
Asal awal gila dia datang. Sumpah, sebelum ni tak ada la awai macam ni.
.....
[ Jaehyuk's POV ]
Jaehyuk menaiki tangga dengan harapan tiada orang yang hadir lagi di dalam kelas. Kalau ada pun, tak ramai. Asalkan dapat lari daripada si minah Minji tu sudah cukut bagus!
Dalam perjalanannya menuju ke kelas, dia terdengar bunyi seperti ada seseorang di dalam. Dia memberanikan diri untuk masuk.
"Ada orang dah sampai? Awal betul!" kata nya sendirian.
Dia memegang tombol pintu dan mula memulas. Sebaik sahaja pintu dibuka, dia terlihat ada....
Minah tu! Minji! Oi kau buat apa awal-awal ni? Aku datang awal niat nak lari daripada kau! Tiba-tiba kau boleh muncul di hadapan aku? ! What the heckk?!!
Jaehyuk menyumpah-seranah perempuan itu di dalam hati. Kemudian, dia memberanikan diri memasuki kelas tanpa menghiraukan Minji.
Dia duduk di mejanya yang terletak di hadapan. Hadapan? Minji pun sedang memadam papan hitam. Hanya Tuhan yang tahu betapa akwardnya situasi mereka.
.....
Minji cepat-cepat mengalih pandangannya daripada melihat Jaehyuk. Dia mengambil pemadam dan terus memadam papan hitam tanpa menghiraukan keberadaan lelaki tersebut.
Dia terdengar bunyi kerusi di meja hadapan ditarik menandakan Jaehyuk menuju ke tempatnya. Dia tetap menumpukan perhatian terhadap aktivitinya iaitu memadam papan hitam.
Alamak! Tinggi nya tulisan tu. Macam mana dirinya yang pendek nak padam? Tak kan nak minta tolong Jaehyuk?
Minji berpura-pura memadam papan hitam di bahagian bawah yang telah suci dibersihkan. Tidak berani untuk menoleh ke belakang menghadap Jaehyuk. Sudah la haritu mereka berdiri face to face buat seketika waktu. Bukan itu sahaja, kiss...!! Aghh!
Peluh mula menitik di dahi Minji. Dia berdoa agar ada pelajar lain yang datang sekarang menolong dirinya yang tercegat di depan ini.
Kalau tiada, maka terpaksalah Minji meminta tolong Jaehyuk. Minji dengan perlahan-lahan menoleh ke arah Jaehyuk. Mulutnya tergagap-gagap hendak menyebut nama Jae...
"Annyeong! Awal nya kau datang"
Minji menoleh ke arah pintu belakang kelas.
Lega!
Nasib baik ada orang lain datang. Minji bersyukur teramat kerana doanya dimakbulkan right on time.
"Alah pendek nya kau. Meh aku tolong padamkan" Sunghoon terus bergerak menuju ke hadapan.
Bibir Minji tidak henti-henti melakar senyuman dan terus bergerak menuju ke meja nya yang terletak di belakang. Dia melihat Jehyuk tekun menghadap buku. Ada kerja sekolah yang tidak siapkah? Mustahil dia tidak siapkan kerja sekolah. Pelajar top tu!
Minji melihat Jaehyuk daripada belakang.
"Alahai macam mana lah aku nak hadap dia selepas ni. Kalau hari ini sahaja pun dah bercelaru." Bisik Minji.
Malu yang teramat sangat apabila diingatkan kembali peristiwa perkahwinannya. Mana nak sorok muka ni!
Sunghoon menuju ke mejanya setalah selesai memadam bahagian atas papan hitam yang tinggi menggunung. "Ya! Kau termenung apa?"
Lamunan Minji terhenti tatkala Sunghoon menepuk meja nya. Sibuk la si Sunghoon ni, nak mengelamun pun tak boleh.
Sunghoon melihat ke arah siapa Minji memandang. Jaehyuk?
"Kau suka Jaehyuk ehh?" Kata Sunghoon sambil tersengeh-sengeh.
Minji terus menutup mulut Sunghoon dengan buku latihan matematik takut sekiranya Jaehyuk terdengar kata-kata Sunghoon yang tidak sahih itu. Matanya membuntang.
"Shh. Mana ada!"
"Ha dah datang pun yang lain. Hai" Minji menukar topik lalu melambai-lambai rakannya yang baru hadir.
Sunghoon memuncungkan mulutnya. Dia melihat ke arah lambaian Minji .
"Sejak bila kau rapat dengan Yunjin?" Sunghoon ketawa melihat perbuatan Minji yang pelik itu.
Minji terkaku disaat lambaiannya disambut dengan jelingan oleh si Yunjin. Minah itu memang tersangatlah menyimpan dendam terhadap Minji dari hari pertama kaki Minji dijejakkan di kelas ini.
Pelik betul Minji hari ini.
Semakin ramai pelajar hadir memenuhi tempat-tempat kosong di dalam kelas. Lama kalamaan kesunyian di pagi hari telah lenyap dengan kegirangan para pelajar yang begitu teruja untuk berjumpa rakan masing-masing.
Tetapi suasana berubah senyap disaat kehadiran guru kelas mereka Puan Choi a.k.a guru matematik.
"Baiklah kelas, petang ini kita akan adakan kelas tambahan."
Kedengaran keluhan daripada setiap pelajar apabila mendengar pengunguman yang mematikan mood di pagi hari.
"Jangan macam tu. Semangat la sikit. Dalam beberapa bulan kamu semua akan menduduki peperiksaan awal tahun. Jadi sila gunakan masa yang ada ini dengan baik."
Minji menggelengkan kepala sambil memandang Sunghoon yang sedari tadi tidak berhenti-henti mengeluh.
Puan Choi menampalkan sekeping kertas di papan kenyataan di hadapan kelas.
"Kamu boleh lihat kumpulan masing-masing" kata Puan Choi sebelum beliau beredar dari kelas tersebut.
"Kumpulan?" Minji dan Sunghoon saling memandang.
YOU ARE READING
Not My Future Husband | Jaehyuk
Romance"Eomma, kenapa Minji kena kahwin dengan dia?" Tapi, lelaki tu kacak. Sentiasa tenang. Jarang lihat dia senyum. Budak top sekolah pula tu! "Maksud aku, aku tak nak guna panggilan aku-kau dah. Macam strangers! Kita tukar nak?" "Kalau aku panggil kau c...