"Sunghoon, jom makan. Kau belanja kan hari ni" kata Junkyu yang merupakan ketua kelas yang berwibawa.
"Nah kau amik duit aku. "Sunghoon menghulurkan kepingan duit kertas kepada Junkyu"aku tak makan hari ni. Diet" kata Sunghoon sambil tersenyum.
"Kalau macam tu okay lah. Aku pergi dulu" Junkyu mengambil pemberian Sunghoon dan bergegas bergerak ke cafeteria.
Sunghoon melihat Minji yang sedang menuju ke pintu kelas. Sebelum dia membuka pintu untuk keluar, sempat Sunghoon menyekat perbuatannya.
"Hey, Minji." Panggil Sunghoon.
Minji memusingkan kepada ke arah Sunghoon. "Ya?"
"Kau tak tahu lagi kan selok belok sekolah ni?"
Minji menggeleng.
"Jom ikut aku. Hari ni aku jadi tour guide kau" kata Sunghoon sambil berjalan beriringan dengannya.
Sunghoon membawa Minji mengelilingi di setiap penjuru sekolah. Akhir sekali, dia membawa Minji ke gim di mana terdapat tempat latihan taekwando.
Minji terpegun melihat alatan latihan di sini. Ini merupakan kali pertama dia berkunjung ke tempat latihan taekwando.
Sunghoon tersenyum melihat keterujaan Minji. "Kau nak tahu apa yang lebih hebat?" Tanya Sunghoon.
Minji menganggkat kening sambil terlihat sisa senyuman akibat keterujaannya.
"Ni" Sunghoon mengangkat tali pinggang hitam ke atas dengan megah. Dapat dilihat mukanya yang poyo itu.
"Wahh" kagum Minji. Tiba-tiba Minji menghalakan penumbuk ke arah Sunghoon.
Sunghoon dengan pantas menghalang tumbukan dengan gaya ala-ala superb taekwando.
"Wow.. bagus bagus . Aku approve" kata Minji sambil menepuk tangan.
"Ehh mesti. Tengok la siapa" kata Sunghoon dengan penuh riak. "Aku ni dikenali sebagai penyelamat mangsa-mangsa buli"
"Lepas ni kalau aku minta tolong, boleh la kau datang. Hahahaha" kata Minji.
"Boleh boleh. Tapi..." Sunghoon menunjukkan gaya duit dengan jarinya.
Minji menjeling sambil ketawa.
"Ehh. Dah pukul berapa ni?" Minji melihat ke arah jam tangan yang dipakai.
"Ha jom. Aku belanja kau roti kat koperasi. Pastu kita makan kat kelas je" ajak Sunghoon.
.....
Di kelas,
Sunghoon membuka pintu kelas kepada Minji sambil menghukurkan tangan membuatkan gaya mempersilakan masuk. Minji tersenyum seraya melangkah masuk ke dalam kelas.
"Sunghoon, awek baru ke? Bukan ke kau reject semua perempuan?" Kata Junkyu dengan nada yang agak kuat menyebabkan semua pelajar memandang ke arahnya.
"Bukan, bukan. Jangan salah faham. Aku kan terkenal dengan sikap baik hati." Kata Sunghoon sambil tersengeh menghadap rakan-rakannya.
Minji hanya berjalan menuju ke mejanya. Setelah duduk, dia menghalakan pandangan ke arah Jaehyuk. Jaehyuk hanya tekun menghadap buku di tempatnya. Nampak macam budak pandai ,tambahan lagi dia berkaca mata.
Minji membuka bungkusan roti dan ingin mendapatkan suapan pertama. Kesedapan roti ini dapat mengalahkan roti sandwich di inkigayo gituu.
"Sunghoon, asal dia asyik buka buku je?" Tanya Minji sambil melihat ke arah Jaehyuk.
"Ohh, dia memang. Dia selalu menghadap buku je. Dia ni budak top sekolah tau. Setiap tahun asyik dia ja nombor satu. Kalau bukan dia, si Yunjin tu. Dia orang la antara muka-muka top student kat sekolah ni" Kata Sunghoon sambil mengunyah roti chicken floss.
Minji mengangguk faham dengan kunyahan di mulutnya yang tidak habis-habis.
"Pss. Lagi satu, ada khabar angin mengatakan dia ada masalah keluarga. Eomma dia orang berpengaruh. Yela orang kaya la katakan. Eomma dia jenis yang suka paksa-paksa. Tapi tak tahu la sahih ke tidak" Sunghoon mendekatkan mukanya ke telinga Minji.
Biasalah, Korea kan terkenal dengan bergossip. Semua perkara boleh dibualkan menerusi aplikasi Kakao Talk. Oleh hal yang demikian, Minji perlulah menjaga rahsianya dengan elok supaya tidak menjadi mangsa umpatan di sekolah.
"Okay pelajar buka buku latihan sekarang!" Arah Puan Choi yang masuk ke dalam kelas secara mengejut.
Minji yang baru sahaja tadi bergossip dengan Sunghoon terus membalut baki roti yang tidak sempat dihabiskan dan terus membuka buku.
Puan Choi ni memang suka mengejut macam ni ekk. Tak silap hari bulan, semua pelajarnya masuk hospital disebabkan serangan jantung....
.....
Kringgggg... bunyi loceng menandakan tamatnya sesi persekolahan pada hari ini.
Minji mengemas buku-buku dan alat-alat tulis dan dimasukkan ke dalam beg.
"Junkyu! Tunggu aku" jerit Sunghoon yang kekalutan mengemas barang-barangnya. "Bye" sempat lagi dia melambai ke arah Minji di sebelah.
Minji memberikan senyuman dan mengorak langkah keluar dari sekolah.
To be continue~
Setakat ni macam mana? 😣
YOU ARE READING
Not My Future Husband | Jaehyuk
Romance"Eomma, kenapa Minji kena kahwin dengan dia?" Tapi, lelaki tu kacak. Sentiasa tenang. Jarang lihat dia senyum. Budak top sekolah pula tu! "Maksud aku, aku tak nak guna panggilan aku-kau dah. Macam strangers! Kita tukar nak?" "Kalau aku panggil kau c...