Seminggu kemudian,
Kini telah tibanya majlis perkahwinan Jaehyuk dengan Minji yang diadakan di sebuah hotel mewah.
Majlis yang agak tertutup itu dihadiri oleh kenalan terdekat sahaja. Hal ini adalah untuk merahsiakan perkahwinan mereka kepada rakan-rakan di sekolah dan mengelakkan mulut-mulut yang jahat daripada bergosip memanjang.
Minji sudah bersiap dengan padanan gaun serba putih yang kelihatan anggun dan calitan make up nuteral yang menampakkan keayuannya.
Sekali pandang memang seiras seperti artis NEWJEANS!
Minji berasa berdebar-debar untuk keluar dari kereta. Dia tahu mesti Jaehyuk dan para tetamu telah menunggu di dalam menantikan kehadiran nya.
Pintu kereta dibuka perlahan. Minji melihat eomma berdiri di sebelah kereta. Minji terus memeluk eomma kerana perasaan gugup yang menghantui dirinya memang tidak dapat dibendung lagi.
"It's gonna be fine" eomma menepuk belakang Minji perlahan sebelum meleraikan pelukannya.
Minji memasuki dewan sambil dipimpin Pak Cik nya. Kedengaran irama piano memenuhi segenap penjuru dewan sambil mata-mata tetamu yang hadir tertumpu kepada Minji.
Kemudian, Minji menghalakan pandangan ke hadapan. Kelihatan Jaehyuk sedang memerhati kehadirannya dengan senyuman di bibir.
Tetapi, kenapa Jaehyuk senyum ?
Pelik, tak pernah-pernah dia nak senyum dekat Minji. Tak kesah lah. Yang penting Jaehyuk kelihatan segak berpakain tuxedo hitam dengan gaya rambut yang disikat kemas.
Kini, Minji berdiri berhadapan dengan Jaehyuk buat pertama kalinya sambil mendengar kata-kata yang diucap oleh paderi. Dia melihat mata Jaehyuk sedang merenungnya dengan pandangan yang tajam.
Seram betul macam nak makan orang. Tetapi dalam masa yang sama , Minji agak terpegun melihat wajah Jaehyuk dari jarak yang dekat sebegini.
Mata, hidung, pipinya semua dapat Minji tatap dengan lama. Akhirnya, mata Minji tertumpu pada bahagian mulut Jaehyuk.
Alamak! Minji terlupa! Kalau berkahwin mesti kena cium!
Lamunannya terhenti disaat paderi itu memberi arahan kepada Jaehyuk untuk menyarungkan cincin. Jaehyuk memegang tangan Minji dan menyarungkan cincin permata di jarinya.
Sentuhan Jaehyuk membuatkan degupan jantung Minji berdebar kerana ini merupakan kali pertama Jaehyuk memegang tangannya. Dia melihat tepat pada mata Jaehyuk yang berainar-sinar.
Semakin lama, Minji dapat merasakan pergerakan tangan Jaehyuk melingkari pinggangnya dan wajah mereka semakin rapat.
'Cupp' sekilas kucupan diberi. Minji terkejut. Dia tidak percaya akan apa yang berlaku.
Jaehyuk cium aku? Omg!!
Mata Minji terus terarah kepada para tetamu yang memberikan tepukan kepada mereka.
Cut! Cut!
Kenapa Jaehyuk kelihatan tenang sahaja. Dia melakukan semua ini macam mereka sudah lama berkenalan? Pelik.
Minji tersenyum ketika matanya terlihat eomma yang turut bersama menepuk tangan.
Terus Minji terfikir akan kehidupannya selepas ini. Apa yang akan berlaku. Macam mana hendak pergi sekolah nanti? Macam mana kalau kawa-kawan dapat tahu? Atau lebih teruk, macam mana kalau satu sekolah palau aku?!! Matilaaa!!
Oleh hal yang demikian, dia bertekat untuk mengabaikan Jaehyuk dan berpura-pura tiada apa yang berlaku antara mereka.
Biar janggal asal selamat.
Tapi macam mana dia nak abaikan Jaehyuk sedangkan mereka telah bercium. Walaupun hanya 0.005 saat sahaja, tetapi peristiwa itu tetap sudah berlaku.
Ahhh!
[ Jaehyuk's POV ]
Namun apa yang dianggap Minji terhadap Jaehyuk adalah salah sama sekali.
Jaehyuk kelihatan tenang?
Tidak!
Jaehyuk daripada sebelum mulanya majlis, peluh yang menitik-nitik tidak berhenti sehingga ada orang yang perlu mengelapnya.
Tetapi mujurlah dia ada membuat kajian dan berhasil mendapatkan maklumat berkaitan upacara perkahwinan. Siap berlatih lagi di dalam bilik! Betapa gugupnya Jaehyuk ini hanya Tuhan yang tahu.
Semuanya kelihatan lancar dan Jaehyuk tampak tenang disebabkan dia mempraktikkan gaya macho seperti apa yang dilihatnya menerusi laman web Youtube .
Mujur zaman sekarang sudah maju. Semuanya boleh didapati di hujung jari.
Disaat Jaehyuk berdiri betul-betul dihadapan Minji , matanya tidak kalih ke arah lain. Hanya wajah Minji sahaja yang ditatap lama.
Cantik.
Pertama kali Jaehyuk sedar akan kecantikan Minji. Perasaan gugupnya pula mula memudar.
Adakah ini cinta pandang pertama? Eh bukan pandang pertama. Tetapi pandang kedua.
Hatta, persoalan yang sama menghantui Jaehyuk. Bagaimana kehidupannya selepas ini? Adakah dia juga perlu mengabaikan Minji seperti tiada apa yang berlaku?
YOU ARE READING
Not My Future Husband | Jaehyuk
Romance"Eomma, kenapa Minji kena kahwin dengan dia?" Tapi, lelaki tu kacak. Sentiasa tenang. Jarang lihat dia senyum. Budak top sekolah pula tu! "Maksud aku, aku tak nak guna panggilan aku-kau dah. Macam strangers! Kita tukar nak?" "Kalau aku panggil kau c...