8. Jaehyuk's Wife

57 6 0
                                    

Berlari berkejaran,
Seindah bunga ditaman,
La la la la la...

Lagu yang riang bermain difikiran Minji sambil tersenyum-senyum dibuatnya. Manakan tidak, Jaehyuk berjalan di belakang menemani dirinya pulang.

Wahh! Comel bukan? Senyuman tidak pudar dari wajah Minji. Terasa ingin sahaja memusing ke belakang melihat wajah Jaehyuk yang manis. Girang sungguh perasaan Minji ketika ini. Mesti Jaehyuk pun berasa sepertinya. Dia memberani kan diri untuk menoleh memandang sekilas jejaka berkenaan.

Malangnya, Jaehyuk sedang khusyuk memandang telefon sambil memasukkan earpod di telinga. Haishh... habis pudar harapan Minji dengan sangkaan-sangkaan nya yang salah belaka.

Beberapa minit kemudian, mereka menemui kedai serbaneka di sebelah jalan. Tekak ini terasa dahaga pula sekarang. Minji menoleh ke belakang dan melambaikan tangannya ke arah Jaehyuk yang sedang leka menghadap telefon.

"Jae. Jaehyuk. Yoon Jaehyuk!"

Jaehyuk menoleh ke arahnya sambil menganggkat kening

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jaehyuk menoleh ke arahnya sambil menganggkat kening.

"Aku nak masuk kejap nak beli air. Jom ikut aku. Aku belanja kau." Ajak Minji mesra.

Jaehyuk hanya mengangguk dan mengikut Minji memasuki kedai serbaneka tersebut.

Minji menuju ke ruangan peti sejuk dimana terletaknya pelbagai jenis air yang sedap lagi melazatkan. Dia tercegat di hadapan peti itu memikirkirkan air apa yang akan menjadi dambaan hati. Maka, terserlah la sifat rambang mata ketika melihat segala macam air yang tersusun rapi mengikut jenis-jenis yang tersendiri.

Dalam benak fikiran Minji sedang terawang-awang dua jenis air yang berwarna kuning dan coklat. Mana satu yang akan dipilih? Sama ada susu pisang atau susu coklat.

"Aku nak susu pisang" kata Jaehyuk yang berada di sebelahnya. Dari tadi Jaehyuk menunggu Minji membuat keputusan. Segala jenis gaya memikir yang Minji lakukan diperhati Jaehyuk. Bagi mempercepatkan proses memilih, Jaehyuk terus memilih air yang diminati. Lama sungguh Minji membuat pilihan. Complicated sangat perempuan ni!

"Aku tunggu kat luar" kata Jaehyuk.

Minji memandang Jaehyuk pelik. Macam tu je dia pergi. Tahu la guna duit aku, tapi.....

.....

Minji keluar dari kedai sambil menjinjit seplastik yang dipenuhi makanan. Seronok betul berbelanja di kedai kegemaran para generasi muda. Semuanya makanan segera.

Kini, mereka telah masuki ke taman purumahannya yang agak sunyi daripada kawasan di kedai serbaneka tadi. Minji berjalan dan sekali-sekala dia menoleh ke belakang memastikan Jaehyuk masih di situ. Entah mengapa. Rasa seperti lebih selamat bila ada peneman. Kan seronok kalau dia boleh teman hari-hari. Minji menepuk perlahan mulutnya disaat senyuman mula terukir. Syok sendiri!

Minji berhenti apabila dia berdiri di hadapan rumanya. Dia menunggu Jaehyuk untuk berjalan menghampiri untuk diberikan minuman yang dibeli sebentar tadi. Lama betul dia jalan. Kalau macam ni, orang culik aku pun dia tak perasan. Hmmm....

"Nah" Minji menghulurkan sebotol susu pisang kepadanya sambil memandang bawah. Tiada keberanian mahu memandang wajah Jaehyuk. Nanti pengsan, siapa yang susah?

Jaehyuk mengambil pemberian Minji dan terus beredar.

"Macam tu je mamat ni?" Minji memandang Jaehyuk dengan penuh amarah. Sudah la tidak mengucapkan terima kasih. Ha baru teringat, Minji pun perlu berterima kasih juga kerana menemani nya pulang.

"Jae..." belum sempat lagi Minji menghabiskan panggilan nama Jaehyuk, jejaka itu telah memusing ke belakang. Kini dia bertentangan dengan Minji tetapi pada jarak kira-kira 1 meter.

Minji terkejut. Tak habis sebut lagi dia dah pusing. Hebat betul insting dia!

"Esok, kau tunggu aku dekat sini. Kita pergi sekolah sekali. Balik pun sama."

"Tapi..." kata-kata Minji dipotong.

"Kau tu isteri aku, jadi aku bertanggungjawab atas keselamatan kau." Jaehyuk berkata-kata sambil menatap tepat pada mata Minji. "Gomawo" Jaehyuk mengangkat sebotol susu pisang tadi menunjuk ke arah Minji dan terus beredar.

Minji terkaku berdiri di hadapan rumah nya. Hatinya sudah meronta-ronta ingin menari. Terasa seperti ada bunga api yang sedang rancak meletus. Jika dia melihat dirinya menerusi cermin, pasti dia sudah tidak mengenali diri sendiri kerana warna merah muka nya boleh mengalahkan warna sos cili life. Jaehyuk mesti perasan akan perubahan warna wajah Minji sebentar tadi. Susah la kalau sikit-sikit pun nak blushing!

Minji menutup mukanya dengan tangan sambil melompat-lompat kegirangan. Tidak pernah Jaehyuk berkata-kata dengannya seperti itu. Isteri? Dia bahasakan diri Minji isteri kan tadi?! Rasa nak menjerit!!

.....

Malam sudah menjelma , maka tibanya waktu pembelajaran kendiri. Selagi kita digelar pelajar, selagi itu lah kita perlu berusaha menimba ilmu sedalam yang mungkin. (Take note gaiss)

Minji mengambil tempat di meja belajar di dalam biliknya. Segala jenis kerja rumah di letakkan di atas meja. Helaian demi helaian diselak.

Wajah Minji tidak berubah kosong sedari tadi. Tiada motivasi untuk dijadikan pemangkin semangat nya untuk belajar.

Dia mencapai telefon bimbit di sebelah melihat paparan skrin yang terang menyuluh wajah nya seperti nur. Matanya terhenti sebaik melihat nombor telefon Jaehyuk di dalam senarai contacts. Entah sejak bila dia menyimpan nombor empunya badan. Mungkin disebabkan Jaehyuk ialah rakan sekelas nya. Jadi, jika berlaku sebarang masalah boleh la dia cepat-cepat mengkhabarkannya.

Minda Minji terngiang-ngiang mengingatkan peristiwa petang tadi. Dia tidak mengucapkan terima kasih kepada Jaehyuk. Nanti takut dituduh sombong pula. Diri ini terasa seperti perlu mempertahankan martabat yang tidak boleh sewenang-wenangnya dikotorkan oleh orang lain. Jari jemari Minji giat menekan nombor Jaehyuk semata-mata ingin mengucapkan terima kasih.

'Harap maaf, nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan...'

Aik, kenapa dia tak angkat? Sebuk sangat ka? Apakah yang dia lakukan sampai tidak mengangkat panggilan telefon?

Tiba-tiba realiti menghempap Minji. Aduhh! Apa yang aku lakukan? Telefon Jaehyuk?! Sudah gila ka? Sepatutnya buat tidak tahu sudah la. Ini sampaikan menelefon bagai ingat aku ni girlfriend dia ka?

Ehh kejap. Aku ni 'isteri' Jaehyuk. 😳

Tbc















Not My Future Husband | JaehyukWhere stories live. Discover now