༊*SL·21˚

2.8K 189 5
                                    

BANG!

Bunyi ketukan nyaring di dalam tandas dapur rumah agam aisar dan adelyn. Kelihatan Ultraman sedang memukul kepala Batman menggunakan talam besi milik adelyn. Batman menarik baju ultraman lalu menghempas badan itu ke dinding.

Main makhluk bertopeng pulak dah.

PAP! PAP!

Batman mengambil talam besi pada ultraman lalu memukul kepala ultraman berkali-kali. Tangan ultraman di angkat untuk melindungi diri sendiri. Batman memukul ultraman hingga jatuh terduduk di atas lantai.

Batman memandang ke arah pintu tandas, wajah monster berkepala hijau sedang memandang mereka. Tanpa aba-aba, kepala monster berkepala hijau juga di ketuk menggunakan talam besi adelyn. Si monster terkedu dengan pukulan yang di hadiahkan oleh Abang Batman. Kepala dipegang.

Mereka berdua bangun lalu mengejar Batman yang sedang melarikan diri ke luar rumah. Bunyi dentuman besi dengan kepala manusia terus berdesing sehingga satu tangan menahan tangan ultraman di udara.

Terpaku mata mereka bertiga bila terpandang mata coklat milik pemilik rumah. Garang dan membunuh. Terundur kaki Monster berkepala hijau manakala lagi dua makhluk masih tidak berganjak.

“ Kau buat apa ni?” tanya aisar basa basi. Dengar saja bunyi besi tadi, dia terus turun ke bawah walaupun pada awalnya dia hanya mahu meneman adelyn tidur di dalam bilik.

Arian membuka topeng monster berkepala hijau lalu diletakkan di atas sofa berhampiran. Shahmeel juga membuka topeng Batman sambil menjeling tajam ke arah zaqiu yang masih lagi berada di hadapan aisar. Costume ultraman masih tersarung sempurna.

“ Er- Ace. Kitorang main gitu-gitu je. Hehe.” Jawab Zaqiu serba salah.

“ Bini aku tidur. Jangan buat bising.” Kata aisar senada. Malas nak layan tiga budak syurga itu.

Mereka bertiga mengangguk laju. Aisar melepaskan tangan Zaqiu kasar lalu menguap besar. Baru pukul tiga petang.

“ Mengantuk la pulak. Tidur dengan bini lagi best. Bye single-single sekalian!” aisar berjalan ke tangga untuk naik ke bilik.

BUK!

Sebiji bantal singgah di kepala aisar. Jejaka itu memegang tempat yang terkena rempuhan bantal itu. Dengan perlahan dia memutarkan badan menghadap zaqiu.

“ Qiqi—” terdiam aisar bila zaqiu melempar sebiji lagi bantal tepat pada wajah tampannya.

“ Ehh bodoh! Kau datang sini! Kalau aku dapat memang mati kau qiqi!” tempik aisar tanpa bertapis. Sudah lupa agaknya wife dia tidur.

“ Tadi cakap nak tidur dengan bini” ucap shahmeel perlahan. Arian mengiyakan ucapan sahabatnya.

“ Sekarang main kejar-kejar dengan qiqi pulak. Nak main sama-sama tu cakap jela Ace. Takde orang marah pun.” Sambung Arian pula.

“ Kau diamlah Memey! Kau pun sama je Ian!”

“ Betullah dorang cakap tu! Qiqi setuju!”

“ Kau sinilah zaqiu bodoh! Aku belum habis dengan kau lah setan!” jerit aisar lagi.

“ Diamlah Is! Nanti Adel bangun!” kata zaqiu dengan mata mencerlung tajam kepada aisar.

“ Ehh  bodoh! Kau yang mula dulu! Kalau bini aku bangun, memang aku hantar kau jaga company kat Singapore selamanya.” Terus kecut perut zaqiu mendengar ugutan dari aisar.

Semua daripada mereka tahu jikalau aisar mengugut sesuatu, pasti dia akan buat betul-betul.

Adhan dan Mikael yang baru saja masuk terus berdiri tegak bila terpandang wajah muram adelyn di atas tangga.

“ Ace.” Adhan memanggil aisar lalu menunjuk ke arah tangga. Wajah ingin menangis adelyn membuatkan dia memandang semua sahabatnya terutama Zaqiu.

Pucat wajah Zaqiu tika ini. Yang lain pula melabuhkan punggung di atas sofa. Buka televisyen dan melayan cerita Frozen. Anna dan Elsa.

“ Ace. Tadi kau suruh beli Nasi Ayam kan? Tu aku letak kat dapur.” Mikael memulakan bicara bila aisar seperti sudah buntu. Terus bersinar mata adelyn.

“ Awak mintak Mikey belikan? Wahhh! Saya ingat awak dah tak sayang saya dah”
Aisar mengangguk mengiyakan ucapan adelyn. Nafas dihembus tenang. Akhirnya ada yang membantunya.

Aisar mengekori adelyn ke dapur sambil mengangkat ibu jari di belakang badan kepada Mikael. Adelyn menyuruh aisar memanggil kawan-kawannya untuk makan Bersama.

“ Woii! Nasib baik kau ada! Terbaik lah Mikael!” Mikael hanya mengangguk tanpa sebarang senyuman.

“ Abang Mikey memang terbaik!” tabik zaqiu kepada Mikael.

“ Dahlah. Tu wife aku ajak makan sama-sama. Jangan ada yang mengelat. Aku pukul semua nanti”

“ Still the same” ucap Adhan perlahan.

“ Pukul dengan Ace takkan pernah berpisah. Tapi tak ada sorang lagi dari kita semua yang boleh lawan ketangkasan dia kan?” kata Mikael pula. Adhan hanya mengangguk.

“ Bila agaknya Ace nak naikkan balik kumpulan tu?” tanya Mikael lagi.

“ Dia dah banyak menderita. Sama macam Adel. Dah sampai masa dorang happy. Lagipun, Adel kan pregnant, bahaya kalau orang tahu kumpulan kita masih active.” Terang Adhan kepada Mikael.

“ Aku suka dengan kehidupan dorang sekarang. Dah banyak berubah, tak macam dulu. Sekarang lebih tenang” adhan mengangguk membenarkan ucapan Mikael.

Mereka bangun menapak ke dapur bila nama mereka diseru oleh aisar. Mikael dan Adhan senyum membalas senyuman dari adelyn. Senyuman pertama dari adelyn sepanjang mereka bertemu.

“ Jangan senyum sangat. Ingat! Tu isteri aku bukan korang!” jeling aisar bila melihat senyuman di bibir sahabatnya.

“ Itu pun kedekut” ucap adhan perlahan. Mikael menyiku bahu adhan dari tepi.

“ Sudah! Makan dulu” adelyn duduk di sebelah aisar sesudah selesai bercakap.

“ Sayangg… jangan makan dulu.” Aisar menyentuh tangan adelyn.

“ Kenapa?” adelyn mengerutkan dahi melihat telatah aisar.

“ Nak cakap sikit ni”

Aisar mencantumkan kedua jari telunjuk sambil mengembungkan pipi. Adelyn menepuk kecil pipi aisar.

“ Nak suap!”

Terangkat kening lima orang sahabatnya manakala adelyn pula memandang aisar tanpa emosi.

Adelyn menunjukkan gumpalan jari halusnya yang membentuk penumbuk. Aisar terkekeh melihat tangan adelyn.

“ Tangan kecik, ada hati nak tumbuk kita”  Adelyn mencebik dengan ucapan aisar.

“ Janganlah buat kami yang single ni macam ni. Baik korang makan sebelum aku bakar rumah ni” sampuk shahmeel.

“ Shhhh! Bakar-bakar rumah jangan sebut!” bisik aisar tetapi kuat.

“ Kenapa?” tanya arian pula.

“ Ammara selalu ugut nak bakar rumah kalau tak dapat apa yang dia nak” balas aisar berhati-hati.

“ Good Idea” bunyi Adhan pula.

“ Masalahnya Han, bukan rumah ni je dia nak bakar. Rumah korang sekali.” Terbeliak mata mereka berlima mendengar kata-kata dari mulut aisar.

“ Haritu dia mengamuk nak bakar rumah dengan kereta kita. Mengidam katanya. Nasib baik lepastu dia tukar fikiran. Selamat” sambung aisar lagi. Adelyn sudah menjeling tajam.

Mikael menyiku lengan Adhan bila terpandang sesuatu di belakang aisar, adelyn dan arian. Terkejut adhan dan zaqiu bila terlihat ada dua orang adelyn. Salah Nampak ke ni? Mata korang tu bermasalah hahaha.

Melihat tiga manusia itu terpaku memandang ke belakang, adelyn, aisar dan arian turut berpusing. Terlopong mulut aisar melihat ‘seseorang’ di belakang.

Haa nampak apa tu?

C | | SWEET LEADER Where stories live. Discover now