Terkinja-kinja kaki bayi berusia Dua bulan itu mencucuk langit. Air liur meleleh keluar dari mulutnya bila sang baba mengacah-acahkannya. Tawa mereka berdua bergema seluruh bilik.
Adelyn yang baru sahaja keluar dari bilik pakaian berdiri tegak di hadapan pintu bilik itu Bersama senyuman menghiasi bibir. Mendengar saja gelak ketawa yang terhasil dari suara lembut dan kasar suaminya membuatkan dia turut ketawa kecil.
Indahnya kepekatan malam dihiasi kelipan bintang. Inilah Kuasa Cinta Halal.
“ Ehh Mama dah keluar lah baby! Tengok tu, cantiknya mama!”
“ siapa cantik? Yes! Mama cantik!” jari kecil sang anak dimain pada pangkal hidung aisar.
“ Mama siapa? Mama baby dan baba lah” pipi lembut anaknya pula digomol bertalu-talu. Habis tersembur air liur.
“ Sayang, come” ruang kosong atas katil ditepuk, memberi isyarat supaya Adelyn duduk di situ.
“ Seronoknya anak mama main dengan baba. Nak susu tak?” tapak tangan anaknya dicium oleh Adelyn.
“ Nak!” jawab aisar teruja.
“ Ehh, saya tak tanya awak! Mengada!” badan menggeletis aisar ditolak perlahan.
“ Alah sayang, apa salahnya. Dulu boleh je. Sebelah aku punya, sebelah lagi baby punya. Boleh kongsi tu, mana boleh kedekut. Kan baby kan?” soalan aisar dibalas dengan tangisan nyaring dari anaknya.
Adelyn tersenyum sinis lalu mengangkat badan kecil itu ke dalam dakapan. Punggung anaknya ditepuk perlahan untuk meredakan tangisan.
Aisar berdecit sambil menjebik. Butang baju Adelyn dipegang untuk dibuka namun mendapat jelingan dari Adelyn.
“ Tak payah nak gatal sangat tangan awak tu Aisar!” sekali lagi aisar menjebik murung.
“ Ish! Geram tau! Semua tak boleh!” kepala di tekup ke atas bantal sambil meniarap. Gumpalan tangan memukul permukaan katil tanda kesal.
“ Awak dah jadi baba la. Takkan nak buat perangai macam ni lagi? Nak lawan dengan anak ke apa?” rambut messy aisar dijentik.
“ Biarlah! Aku manja dengan kau je pun. Untung-untung nanti dapat anak lagi” Aisar mengaduh bila Adelyn memulas dadanya.
Badan kecil anaknya di ambil dari rangkulan Adelyn. Semakin nyaring tangisan yang keluar namun diendahkan oleh aisar. Ada aku kesah? Semakin galak dia mengusik si kecil.
“ Jom nenen sama-sama baby!” pipi anaknya di gomol lagi.
Tiada feedback positive. Anaknya semakin menangis sambil memukul badan aisar menggunakan tangan kecil itu. Aisar menarik tangan itu lalu dimasukkan ke dalam mulut.
“ Meh dekat mama sayang. Jangan layan Baba tu, mengada je lebih” terkekeh si kecil bila Adelyn Kembali mengambilnya dari aisar. Hilang sebentar bunyi tangisan. Perangai Bapak betul lah.
Tangan kecil itu menampar-nampar wajah aisar yang bergerak ke arah Adelyn. Aisar menayangkan wajah cemberut kepada anaknya. Si kecil semakin suka mengusik baba.
Adelyn menarik ke bawah boxer Baby Shark pink milik aisar namun sempat di tahan oleh tangan kekar itu sendiri.
“ Amboi sayang. Nak ke?” tangan kecil anaknya di ambil lalu memukul bahu aisar.
“ Saya geram tengok awak pakai boxer macam budak-budak ni. Yang lain awak taknak pakai pulak” Adelyn menjebik.
“ Biarlah. Boxer ni jugak teman kau tidur malam-malam” Adelyn mengerutkan dahi. Punggung anaknya ditepuk perlahan.
YOU ARE READING
C | | SWEET LEADER
Romance( And Action! ) Stand-Alone. ' 𝙈𝙔 𝙒𝙊𝙈𝘼𝙉, 𝙈𝙔 𝘽𝙄𝘿𝘼𝘿𝘼𝙍𝙄 ' There's no word can be said except felt grateful for having Her as My bidadari. Little Lion. 𓆩♡𓆪 Mature Content 𓆩♡𓆪 Dark Romance 𓆩♡𓆪 Do Not Try The Scene Just For Fun! ©...