“ Oh My Prada! Baby A’s! welcome home!”
Pintu kereta belum dibuka, suara zaqiu sudah memecah atmosfera di rumah agam Adhan. Lambaian zaqiu dari luar mendapat gelengan dari aisar dan Adelyn. Aisar keluar dari kereta lalu membuka pintu untuk isteri tercinta. Payung juga di ambil bagi menghindari Adelyn dan anak lelakinya terdedah dengan cuaca panas. Mereka bertiga memakai pakaian berwarna coklat harini. Sama cantik, sama padan.
Anak lelaki? ya. Adelyn telah melahirkan seorang anak lelaki yang sangat comel dan manja.
Tuan Aisy Ghiffari Bin Tuan Aisar Carim.
Arian dan shahmeel sudah berebut mahu mengambil Aisy dari dalam dakapan Adelyn. Zaqiu pula sudah bermasam muka kerana diheret oleh Mikael untuk membakar ayam. Nyaring bunyi raungan si kecil dalam kendongan mamanya.
Adhan menolak dua orang sahabatnya hingga jatuh ke tanah lalu mendukung aisy. Tak menangis pulak duduk dengan daddy Han dia. Aura Hot tu kuat sangat kot. Maklumlah, dia sebelum keluar dari perut mama dulu pun kena tuduh nak pegang body berketul Adhan kan.
Adhan menepuk belakang Aisy perlahan sehingga tangisan si kecil surut. Pipi digomol berkali-kali.
“ Aisy anak daddy. Anak handsome daddy.” Gumam adhan Bersama senyuman kecil. Aisy menekup seluruh wajahnya menggunakan tapak tangan kecilnya.
Bahu Adelyn dipeluk erat. Aisar mencium pipi isterinya sekilas bila melihat aisy terkekeh Bersama adhan.
“ Sayang, jom dating?”
“ Kat mana?” aisar menunjuk taman bunga dalam salah satu Kawasan rumah adhan.
“ Siapa tanam bunga rose tu?” soalan Adelyn dibalas dengan senyuman lucu. Sudah Semestinya Adhan.
Jari jemari Adelyn digenggam erat. Tidak mahu melepaskan bidadari syurganya itu.
Mereka mengambil tempat di atas Tikar yang sudah dihias sempurna oleh adhan dan Mikael dengan gambar-gambar Adelyn dan aisar dari awal perkenalan hingga sekarang. Lebar senyuman Adelyn mengingat semula kesungguhan yang ditunjukkan oleh aisar waktu awal perkenalan mereka.“ Ingat tak waktu aku paksa kau kawin dulu sayang?” Adelyn menunduk malu dengan soalan aisar. Mulut cakap taknak, tapi hati cakap nak.
“ Kau jual mahal sangat, terpaksalah aku buat macam tu. Nasib baik kau setuju. Kalau tak, memang aku takkan berhenti ganggu kau” terletus tawa aisar melihat wajah memerah Adelyn.
“ Awak la suka sangat mengayat saya. Saya ni dahlah tak berkawan dengan lelaki.”
“ Aku punya mengayat kau sampai seminggu kau demam tak boleh bangun kan? Masa tu aku dah berbunga-bunga dah. Dalam hati aku masa tu, ni mesti dah tangkap cintan dengan aku ni. Sebabtu demam. Lepas baik demam terus kau terima lamaran aku. Gila habis aku masatu tau sayang, betapa hati aku nak memiliki kau” Adelyn menampar bahu aisar manja. Wajahnya sudah bertukar warna.
“ Ohh, kiranya awak memang dah angau dengan saya dah lama la kan? Comel la awak ni” pipi aisar ditekup lalu menggeselkan hidung sesama sendiri.
“ Dah lama sayang. Aku tidur pun senyum sebab mimpikan kau. Tanyalah mama kalau tak caye. Tengah makan senyum, mandi senyum, buat kerja senyum. Semualah senyum. Dalam otak ada Quin Adelyn Ammara je Walaupun hari-hari kena reject.”
“ Aku selalu intai kau dari jauh. Masa ibu dengan ayah kau meninggal pun aku ada dengan kau Cuma tak tegur la. Aku tengok kau sedih, aku pun sedih. Hari-hari aku tunggu kau depan rumah kau tu. Tunggu kau keluar. Waktu kau uruskan syarikat ayah kau terkontang-kanting tu, aku suruh anak buah yang paling aku percaya masuk dan handle sebab kesiankan kau.”
YOU ARE READING
C | | SWEET LEADER
Romance( And Action! ) Stand-Alone. ' 𝙈𝙔 𝙒𝙊𝙈𝘼𝙉, 𝙈𝙔 𝘽𝙄𝘿𝘼𝘿𝘼𝙍𝙄 ' There's no word can be said except felt grateful for having Her as My bidadari. Little Lion. 𓆩♡𓆪 Mature Content 𓆩♡𓆪 Dark Romance 𓆩♡𓆪 Do Not Try The Scene Just For Fun! ©...