SWEET LEADER RAYA VERSION!
Kawasan lapang rumah Nenda dan Tok Ayah menjadi tempat parking kereta mewah keluarga mereka. Dek kerana terlalu ramai yang pulang beraya, jalan raya sangat sesak sehingga mereka mengambil masa berbelas jam untuk sampai ke Terengganu. Tepat jam 9.05 malam, Lampu bewarna warni serta pelita sudah terpasang indah di ruang rumah Nenda.
Masing-masing sudah penat namun masih lagi melompat ketika melihat pelita-pelita yang terpacak di tanah.
" Wahhhh! Cantiknya rumah Nenda!" Zaqiu melompat-lompat di tengah alam kerana terlalu kagum dengan keindahan kawasan rumah Nenda.
Puan Camelia turun dari Volkswagen Arteon Sonny G milik Zaqiu bersama ibunya lalu bersalaman dengan ibu dan ayah mentuanya yang sudah berlari anak ke arah mereka.
Adelyn dan Aisar pula mendukung anak masing-masing yang sudah tertidur pulas kerana terlalu lama berada di dalam kereta.
" Assalamualaikum Bonda, Ayahnda" Salam di jawab lalu Tangan Puan Meyrika dan suaminya di salam penuh hormat.
" Nenda!" Zaqiu menerpa Puan Meyrika lalu memeluk erat. Nenda membalas pelukan Zaqiu erat.
Aisar dan Adelyn juga turut bersalaman dengan senyuman manis menghiasi bibir masing-masing. Baru saja mahu masuk ke dalam rumah, sebuah kereta lagi muncul di depan rumah Nenda. Kereta Ford Ranger milik Mikael yang dinaiki oleh Adhan, Arian dan dirinya sendiri.
" Aduhai! Nak putus urat-urat aku drive lama macam ni" Keluh Arian tanpa rasa bersalah.
" Banyaklah kau punya drive. Kau tu tahu tidur je kat belakang! Cepuk karang!" Mikael mengacah untuk memukul Arian.
Arian pantas berlari keliling kawasan rumah Nenda bersama Mikael manakala Adhan hanya mampu menggeleng pasrah.
Aisar kembali turun selepas meletakkan anaknya di dalam bilik. Dia sudah tidak tahan mendengar jeritan Mikael dan Arian yang masih tidak puas bergusti di luar rumah. Hanya Adhan dan Zaqiu yang berlalu ke dapur sejak tadi kerana terlalu lapar.
Aisar memanggil dua jejaka itu dekat dengannya. Pintu reban ayam dibuka luas lalu muka dibuat-buat pelik.
" Mika, Ian. Aku rasa ada something kat dalam ni, jom kita masuk check?"
Mereka mengangguk tanpa syak wasangka lalu masuk ke dalam. Aisar yang berada di belakang sekali menunjuk sesuatu di hujung reban sebelum dia berjalan keluar secara perlahan.
Pintu reban ayam ditutup lalu dikunci dengan mangga. Saat kaki Arian terpijak kaki ayam yang sedang tidur, terus ayam-ayam yang ada di dalam sangkar itu menggila. Mereka berlari ke pintu dan menyedari bahawa Aisar sudah menipu mereka hidup-hidup.
Ayam-ayam tadi mematuk mereka berdua terus menerus dan mereka menjerit lantang namun tidak diselamatkan.
" AISARRRR!"
Aisar tersenyum puas di dapur. Dengan bangganya dia mengambil makanan untuk disantap setelah mengurung kawannya di dalam reban ayam Tok Ayah.
" Is, kenapa buat dorang macam tu?"
" Biarlah dorang tu sayang. Degil sangat!" Adelyn menggeleng pasrah dengan kelakuan mereka semua.
" Is, tak baik buat dorang macam tu tau. Nanti buka balik pintu tu. Kesian mika penat drive, dah kena kurung"
" Tok Ayah ni sayang sangat dekat mika dengan ian tu! Is ni Tok Ayah tak sayang pun" mulut dimuncung sedepa seperti sedang merajuk.
" Mestilah! Tok Ayah tak sayang Is pun. Sama macam Adel, Adel pun tak sayang Is" provok Tok Ayah terhadap Aisar.
YOU ARE READING
C | | SWEET LEADER
Romance( And Action! ) Stand-Alone. ' 𝙈𝙔 𝙒𝙊𝙈𝘼𝙉, 𝙈𝙔 𝘽𝙄𝘿𝘼𝘿𝘼𝙍𝙄 ' There's no word can be said except felt grateful for having Her as My bidadari. Little Lion. 𓆩♡𓆪 Mature Content 𓆩♡𓆪 Dark Romance 𓆩♡𓆪 Do Not Try The Scene Just For Fun! ©...