ACHTUNG
Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya
•••♦◄♥►♦•••
Pergh, siap gak chapter ke 8 ni, ekk? Tapi agak mendatar & tanpa aksi-aksi yang dahsyat, cuma kisah haiwan & serangga di kampung je. Moga tak ade yang boring plak.. hee.
Hmm, nampaknya ade yang masih tak tau cam mana nak layan belog aku tu. Tak tau le cam mana lagi nak aku bagi panduan. Benda simple je. Harap korang boleh selesaikan problem tu & dapat masuk ke belog lalu bergumbira, kay?
FYI, chapter ni aku dah pernah publish pada tahun 2022 lalu. Ini versi yang diedit sebab banyak sangat reader berhati mulia & suci dok cari salah aku & suka mereport. Harap Mak Long Halijah! 🙃
•••♦◄♥►♦•••
Aku ni sorang pemikir, sebenarnya. Seingat aku, sejak di sekolah rendah lagi aku suka dok berangan dan fikir macam-macam benda yang bila aku kenang balik sekarang ni, semua tu menjangkaui umur dan otak aku time tu.
Contohnya, aku ingat lagi masa balik sekolah waktu aku derjah tiga. Petang tu tak ade siapa datang ambik, so aku jalan kaki le. Hazali dan Ijam balik naik basikal dan rumah depa tak sama jalan dengan rumah aku. Jadi, kami bawak haluan masing-masing.
Nak keluar dari pintu pagar sekolah, amat bising dan hingar. Aku tengok je bebudak lain yang bermacam ragam dan perangai. Tup tup, boleh pulak terfikir dalam kepala aku ni satu pertanyaan yang aku rasa bebudak seusia aku tak akan fikirkan pun. Ape persoalannya tu?
Hmm, aku terfikir, kenapa aku ni dijadikan Tuhan cute, comel, baik, hidup sempurna walaupun tak kaya, ade bakat seni dalam lukisan, selalu jadi tarikan orang dan paling penting, kenapa aku lebih pandai berbanding kekawan lain? (Ini bukan statement riak, ego, perasan atau masuk bakul, ye? Ini kenyataan)
Sepanjang jalan aku tak dapat jawapan untuk soalan tu. Tapi aku rasa syukur sebab aku tak ade ape kekurangan pun. Bila tengok bebudak lain, ade je masalah dan kekurangan depa.
Ade yang selekeh luar dalam bila ke sekolah. Ade yang still tak tau membaca dan mengira. Ade yang tak comel dan tak cute. Ade yang nampak macam tak cukup makan je, kurus kering, muka pucat dan tak bersemangat.
Aku tak pernah pun tanya atau lontarkan persoalan pasal tu kat sesiapa pun. Aku pendam je selama aku di sekolah rendah dan lepas tu ke sekolah menengah. Ya lah, kan? Masa bebudak tu ape la yang aku boleh fikirkan pasal perancangan Allah kat hamba-hambaNya?
Okey, stop pasal kemusykilan dan ketaasuban aku pasal perkara tu. Aku nak sambung citer yang lain pulak iaitu tentang beberapa kejadian dan pengalaman sewaktu aku di derjah tiga ni.
•••♦◄♥►♦•••
Ade aku mention kat atas tu yang aku budak baik, kan? Tapi tak le baik sangat. Sesekali aku pernah gak buat benda jahat kat orang lain. Tapi bukan selalu la.. hee. Paling teruk, aku pernah join kekawan seasrama buli sorang budak sama tingkatan dengan kami. Kesian dia, aku buat benda yang amat jijik dan teruk kat dia yang serba lemah tu. Tapi itu akan aku citer kat lain chapter, bukan sekarang, okey?
YOU ARE READING
• k𝒾kilala •
SaggisticaCeritera hidup aku yang serba ringkas. Buat pedoman semua, kalau ade. Konon-kononnya, ia sebuah autobiografi teragung abad ini.. hee. Sebuah kisah benar yang mengambil masa 6 tahun untuk direalisasikan kat Wattpad ni. Tak ade bahasa & ayat yang be...