BAB 9

205 14 0
                                    

"Ayden tak datang?" Aku menyoal Haziq yang datang ke apartment aku untuk menghantar kereta yang sudah siap dibaiki. Segalanya ditanggung oleh Ayden.

Haziq mengeleng. "Tak Cik Keisha. Dia busy." Jawabnya tenang. "Cik Keisha perlukan apa-apa? Saya boleh sampaikan dekat Tuan Ayden nanti. " Soal Haziq kemudiannya.

"Takpelah. Terima kasih eh you dah susah-susah hantarkan kereta ni." Balasku berbasa basi dengan Haziq. Kunci Range Rover Ayden aku hulurkan kepada Haziq.

Bagaikan mimpi apabila aku sapat memandu kereta Range Rover Ayden. Haziq jugalah yang menghantar kereta tersebut ke pejabatku dua minggu lepas.

Perjanjian asal kami adalah dia akan mengambil dan menghantar aku pulang kerja namun janji cumalah tinggal janji apabila batang hidungnya langsung tidak kelihatan.

"Cik Keisha ok tak ni? Pucat je nampak." Soal Haziq kedengaran risau.

"Ok. I sakit kepala je." Aku beri Haziq jawapan jujur. Kenapa Haziq yang bertanyakan soalan itu. Kenapa bukan Ayden.

"Kalau macam tu saya balik dulu ya Cik Keisha. Kalau rasa tak sihat nanti makanlah ubat." Suara Haziq memecahkan lamunan aku. Aku mengangguk sambil menghadiahkan senyum buat Haziq.

Aku berjalan menuju ke lif. Otakku ligat memikirkan perihal Ayden. Hampir dua minggu aku tidak berjumpa dengannya semenjak dia datang ke rumah aku malam itu. Setiap mesej Whatsapp aku juga tidak berbalas dan hanya diberikan bluetick sahaja. Itu pun sekurang-kurangnya sehari kemudian.

Perkahwinan kami hanya tinggal dua minggu lebih sahaja lagi dan Ayden pula tiba-tiba menyepi sebegini. Kalau dia sengaja nak main-mainkan aku macam mana?

Aku kembali ke rumah dengan kepala yang kusut dan sedikit berdenyut. Telefon yang sunyi dari mesej Ayden aku pandang sepi. Banyak mesej yang masuk namun kebanyakannya dari group dan aku tidak berminat untuk membaca saat ini.

Deringan telefon secara tiba-tiba hampir membuatkan aku terlepas telefon di tangan. Harapan aku hancur berkecai sebaik melihat nama Zara sebagai pemanggil.

Ingatkan Ayden tadi...

✨✨✨

Kepala yang sedari petang tadi sakit aku picit perlahan. Jam sudah menginjak tengah malam dan Zara masih tiada tanda-tanda mahu pulang.

Awalnya kamu bersetuju untuk makan malam dan tengok wayang sahaja. Namun Zara mengajak aku untuk supper pula.

"Babe, esok aku kerja lah. Kau lambat lagi ke?" Soalku kepada Zara yang masih menyuap makanan.

Aku tidak memesan apa-apa. Perutku masih kenyang setelah makan di Tony Roma's untuk dinner tadi.

"Alaa sekejap lah Min. Aku baru balik Malaysia kan. Kena la lepas rindu dekat makanan ni semua." Jawabnya selamba.

"Yalah." Aku balas malas. Menyesal aku setuju nak keluar dengan dia tadi..

Janji nak dinner je sekali dia tapau semua. Nasib baik bukan bulan puasa, kalau tak gigih pula la aku nak teman dia sahur bagai.

Zara ni kata je rindu masakan melayu. Tapi dia ni balik Malaysia pun bukannya makan makanan tradisi pun.

Aku pulang ke rumah dengan kepala yang semakin memberat. Kaki aku terus melangkah ke katil sebaik menukar pakaian. Niat asal untuk menelan paracetamol tidak mampu aku tunaikan kerana aku sudah tidak mampu untuk berdiri. Bilikku terasa berputar 360 darjah.

✨✨✨

Deringan telefon yang kedengaran sayup-sayup pada awalnya kedengaran semakin kuat. Tangan aku meraba di sisi bantal untuk mencari telefon.

Sayangku AydenWhere stories live. Discover now