BAB 14

169 13 0
                                    

Kami mengunjungi beberapa buah rumah saudara mara opah serta pakcik dan makcik aku yang berhampiran dan berakhir di rumah Mak Ngah.

Aku bernasib baik kerana Mak Ngah mempunyai tetamu lain petang ini maka aku mampu bertenang dari soalan dan kenyataan pedas daripadanya.

Usai solat maghrib, aku menapak keluar dari bilik. Ayden yang masih menarik muka dan tidak mahu bercakap aku abaikan.

"Sha, malam ni kita ajak opah makan dekat luar lah. Abang dah rindu nak makan char kuey teow kedai Cik Mah." Tegur Zharif sewaktu aku keluar bilik.

Aku menghadiahkan jelingan buat Zharif. "Malas la. Pergilah ajak sendiri. Bukan tak tahu opah macam mana dengan Sha. Bukan cucu kesayangan." Sempat aku menyindir Zharif dengan cadangan dia itu.

"Yalah. Nanti lepas solat abang  bagitahu." Balas Zharif sebelum masuk ke dalam bilik.

Opah keluar dari bilik tidurnya tidak lama kemudian dan memandang aku tajam. "Keisha kamu ni tak reti nak masuk dapur ke. Tengok ada lauk apa, nasi dah masak ke." Omelnya sambil merengus perlahan.

"Opah, malam ni kita makan dekat luar lah. Esok Sha tolong opah masak breakfast ok. Tadi Zharif ajak pergi kedai Cik Mah." Ujarku cuba berlembut dengan Opah.

"Kalau dah malas tu, macam-macam alasan dia bagi. Alih-alih Arif juga yang kena. Kamu ni memang sejak kecik kan suka jadikan dia kambing hitam? Dia tu abang kamu tau. Keisha, lagi satu kamu ni dah ada suami tau. Belajar lah jadi rajin sikit. Takkan hari-hari nak makan kat luar?" Bebel opah panjang lebar dan aku tersentap dengan ayatnya.

Aku boleh terima nasihat nenek berkenaan Ayden namun aku benar-benar tidak puas hati apabila dia mengatakan bahawa aku sengaja menjadikan Zharif sebagai kambing hitam.

"Opah selalu nampak salah Sha kan? Ok memang Sha tak pandai masak. Tapi Sha tak tipu yang Zharif ajak kita makan dekat luar." Balasku cuba mempertahankan diri.

Opah hanya senyum sinis memandang aku. "Aku kenal sangat lah dengan kamu ni Keisha. Suka ambil kesempatan. Tambah-tambah lagi dengan si Arif tu." Balasnya masih menuduh aku.

Zharif sudah keluar dari bilik dengan wajah keliru. "Kenapa bising-bising ni opah? Sha?" Soalnya tegas.

Aku menghadiahkan jelingan buat Zharif. Entah kenapa tubir mataku terasa panas. Aku bangun dari sofa dengan hati yang semakin tersentuh. Kaki aku ayun ke dalam bilik aku dengan pantas.

"Haa baguslah. Sikit-sikit hentak kaki, sikit-sikit menangis, merajuk." Sempat aku menangkap kata-kata opah sebelum masuk ke dalam bilik.

Kelihatan Ayden sedang berbual di telefon dengan lagak serius. Sedar kami masih lagi berperang dingin namun dirinya aku hampiri dan badan Ayden aku peluk erat. Tangisan aku mulai pecah di dada Ayden.

"Bro nanti aku call balik." Ujarnya sebelum memutuskan talian.

Pelukan aku dibalas dan Ayden mengusap belakang aku bagi menenangkan aku. Aku sudah terhinggut-hinggut di dada Ayden.

"Baby kenapa ni?" Soal Ayden kedengaran gusar. Wajah aku dijauhkan dari dada dan dia kini memandang aku tunak.

Aku mengeleng perlahan sebelum kembali menyandarkan kepala di dada Ayden. Badannya aku peluk kembali dan sempat aku terpandangkan Zharif di muka pintu dengan ekpresi yang tidak aku fahami.

"Kenapa ni?" Soal Ayden dan aku tahu soalan itu ditujukan buat Zharif.

"Nanti aku explain. Boleh pinjam kereta? Aku nak keluar sekejap." Balas Zharif.

"Dekat meja solek tu." Balas Ayden dan dapat aku rasakan Zharif berjalan menuju ke arah yang disebut Ayden.

"Thanks." Balas Zharif sebelum keluar dari bilik kami.

"Kenapa ni. What happened?" Soal Ayden dan aku abaikan sahaja. Tidak berminat mahu menjawab kerana masih dibuai perasaan sedih.

"You gaduh dengan Zharif ke?" Soal Ayden dan aku pantas mengeleng.

"Habis tu? Opah marah?" Soal Ayden lagi dan kali ini aku terdiam. Langsung tidak memberikan respons.

"Baby.. Opah marah ada sebab tu, mana yang baik you ambil. The rest jangan ambil hati sangat. Orang tua biasalah." Pujuk Ayden namun aku langsung tidak terpujuk.

Jelas opah bukan mahu menasihati namun terang-terangan dia sengaja ingin mencari kesalahan aku.

"You tak faham Ayden.." Ujarku perlahan bersama esakan halus. Pelukan aku leraikan dan beralih ke katil. Bantal tidur aku peluk sambil meniarap.

✨✨✨

Terasa bahu aku digoncang perlahan.

"Keisha." Panggil Ayden lembut.

Mata aku buka perlahan dan terasa senak. Keliling mata aku juga terasa bengkak. Ayden yang membongkok aku pandang.

"Bangun sayang. You tak dinner lagi. Nanti sakit perut." Ajak Ayden.

Aku bingkas bangun dari katil dan melihat jam di telefon. Sudah pukul sepuluh rupanya.

"Tak nak lah. I tak lapar." Balasku masih dikuasai rasa mengantuk. Bila masa aku terlelap pun aku tidak sedar.

"Tak boleh. Makan sikit pun takpe. Zharif cakap you ada gastrik..

Zharif ni kan.

"Yalah." Balasku akhirnya mengalah.

Hanya Zharif yang sedang menonton di ruang tamu. Opah pula tidak kelihatan. Mungkin sudah tidur.

"Aku belikan nasi goreng daging merah untuk kau." Ujar Zharif sewaktu aku melaluinya.

"Sayang dah makan?" Aku menyoal Ayden yang membontoti aku ke dapur. Muka aku cuci di sinki sahaja kerana malas mahu berpagah semula ke tandas.

Laju dia mengeleng. "Belum. I tunggu you." Balasnya.

"Laa kenapa tak kejut awal sikit." Soalku tidak mengerti. Tangan mulai mengambil pinggan bersama sudu dan garpu.

"Hmm." Ayden mengguman perlahan.

"Abang yang tak bagi." Sampuk Zharif. "Opah baru je masuk tidur. Abang taknak opah marah atau Sha gaduh dengan dia. Mummy tak suka kan Sha." Jelas Zharif. Entah kenapa hati aku merasa tersentuh dengan ayatnya.

Zharif sudah banyak berubah namun aku sukar untuk berbaik dengannya mahupun melayan Zharif seperti abang.

"Zharif dah cerita semua dekat I. Esok pagi lepas sarapan kita balik Ipoh ok." Ujar Ayden.

"Thanks sayang." Balasku.

Nasi goreng dari dalam polisterin aku masukkan ke dalam pinggan. Zharif membelikan char kuey teow yang dibungkus di dalam plastik buat Ayden.

"Dah makan?" Tanyaku kepada Zharif. Dia kini sudah duduk di sebelah kanan aku.

"Dah. Dengan opah tadi."

Aku mulai menyuap nasi goreng ke dalam mulut. Memori aku terimbau saat kami masih kecil. Zharif gemar mengusik aku dengan mencuri makan nasi goreng daging merah aku setiap kali kami makan mahupun membungkus makanan dari kedai Cik Mah.

Kalaulah kami berdua boleh kembali seperti dahulu balik.

Sayangku AydenWhere stories live. Discover now