"Kak Sha, jom laa teman adik jogging " Ajak Ayra sewaktu aku turun ke dapur untuk melihat apa yang patut aku tolong kerana selalunya mama akan memasak sarapan untuk kami semua.
Awal betul adik ipar aku ni, 7.30 dah ada kat dapur.
"Kat mana? Kenapa tak ajak abang Ayden atau Adam je." Soalku semula. "Lagipun Kak Sha takde sports attire la. Bawa baju duduk rumah je semalam." Balasku akan kerungsinganku.
Memang benar aku cuma membawa beberapa helai pakaian dan tiada satu pun yang sesuai untuk bersukan.
"Alaa tak syok jogging dengan diorang. Adik selalu kena tinggal. Sekarang dah ada Kak Sha ni ingatkan boleh geng la. Pasal baju jangan risau, adik ada banyak. Yang tak pakai pun ada lagi. Kita pergi Titiwangsa ok tak?" Balasnya sambil menjongket kening. Tangannya pula sudah memaut tangan kananku.
Mak ai, ni nak jogging ke nak training sukan Olympic ni? Gigih pagi-pagi ajak pergi Titiwangsa.
"Kak Sha kena tanya abang Ayden dulu." Jawabku tidak sepenuhnya bersetuju. Buatnya Ayden tak izinkan macam mana?
"Okay! Sayang akak!" Ayra sudah melompat girang di sebelah.
Aku kembali ke bilik tidur kami untuk mencari Ayden. Dia yang kebetulan baru keluar dari bilik air memandangku.
"Dah siap masak?" Soalnya sebaik melihatku.
"Bibik dah siap masak bihun goreng. Tapi I naik balik sebab lain. Ayra ajak I jogging. Boleh tak sayang?"
"Mimpi apa pula adik I tu hari ni? Sayang ada baju ke?" Soal Ayden sambil pandang aku.
Aku mengeleng. "Dia kata I boleh pakai baju dia." Jawabku.
"Ok, I join sekali kalau macam tu." Putus Ayden. Segera dia membelek pakaian di dalam almari. Sehelai tank top serta seluar pendek Adidas di ambil.
✨✨✨
"Come on akak, takkan dah pancit kut." Ejek Ayra yang berada beberapa meter di hadapanku.
"Kak Sha dah lama tak pergi gym. Stamina dah kelaut." Jawabku tercungap-cungap. Kalau sebelum ini rajin juga aku ke gym apartment setelah pulang dari pejabat ataupun pada hujung minggu.
"Adik pergi la dulu, nanti Kak Sha follow." Arahku kepada Ayra. Ceh tadi bukan main dia kata Adam dengan Ayden tinggalkan dia. Bila jogging dengan aku, dia pula tinggalkan aku.
Kedua Adam dan Ayden sudah entah ke mana. Bagaikan bermarathon pun ada mereka berdua tu.
Terasa tanganku di sambar dari arah kanan. Aku memperlahankan larian dan melihat Ayden yang kini menyaingiku. Dia sudah dua laps lebih berbanding denganku.
"Sayang kalau penat duduk je la kat bangku tu, biar I je follow Ayra." Ujarnya dengan sedikit tercungap.
"I dah janji dengan dia tadi." Aku meluahkan rasa serba salahku.
"It's okay, I follow Ayra rapat. Ni last lap, lepas tu kita balik ok sayang? Dah panas laa." Pujuk Ayden lagi sambil menyapu peluh yang merenik di dahi.
Matahari sudah mulai meninggi dan terasa kian terasa bahang.
"Okay, I tunggu sini ya." Aku akhirnya bersetuju dan menujukkan bangku di bahagian kiri.
"Sayang jaga diri. I'll be back in no time." Ujarnya seraya mengucup dahiku.
"Sayang, I berpeluh la!" Bentakku bersama kejutan. Tidak menyangka akan perbuatan Ayden.
Dia hanya ketawa dan meneruskan larian. "Love you baby!" Laungnya agak kuat.
Aku hanya mampu mengeleng. Ayden.. Ayden..