BAB 19

156 14 0
                                    

"Jom lunch dekat luar?" Ujar Ayden sewaktu aku sedang menyikat rambut di hadapan vanity mirror. Seingat aku dia sedang membuat kerja diatas katil seketika tadi namun sedar-sedar sahaja dia sudah berdiri di sisi aku.

Sikat rambut bertukar tangan dan kini Ayden pula yang menyambung merapikan rambut aku.

"Kat mana?" Soalku dengan kerutan di dahi. Niat asalku mahu bermalasan di rumah sahaja hari ini. Baru sahaja merancang mahu memasak bihun sup untuk makan tengah hari memandangkan Ayden kelihatan agak sibuk semenjak pagi.

"Sunway Pyramid ok?" Balasnya pendek. Masih tekun bermain-main dengan rambutku.

"Ok sayang." Aku segera bersetuju dengan cadangan Ayden. Tangan Ayden aku tolak sedikit sebelum bangun dari kerusi. "I ambilkan baju untuk you ya." Ujarku sekadar memberitahu sebelum berlalu.

Pintu almari aku buka dan t-shirt berkolar berwarna putih aku ambil dan dipadakan dengan jeans denim berwarna biru muda. Blouse serta jeans berona sama aku ambil untuk diri sendiri.

Sekali sekala sedondon, apa salahnya!

⭐⭐⭐

"I nak cakap something tapi janji jangan marah." Ujar Ayden sewaktu dia memegang tanganku sebaik kami keluar dari kereta.

Aku memandangnya tunak. "Sayang ada buat salah ke?" Soalku dengan riak tidak puas hati.

Ayden ketawa kecil. "Takdelah macam tu. You ni asyik ingat I suka buat salah je."

"Habis tu?" Aku mengerutkan dahi.

"I ajak Zharif sekali join lunch kita. I really hope that you won't mind." Balasnya dengan teragak-agak.

Aku terdiam dengan ayat Ayden. "Ok." Balasku sepatah tidak lama kemudian.

"You're okay with that?" Soal Ayden pelik.

"Yeah. No worries." Balasku seraya mengucup tangan Ayden. "As long as you're paying for the meal." aku mengeyitkan mata kepada Ayden.

Suamiku tergelak besar dengan jawapanku.

"Tu je? Pejam mata jelah sayang."

Restoran kegemaran Zharif, Dolly Dim Sum kami tuju. Masuk-masuk sahaja kelihatan Zharif sudah sedia menunggu. Meja di tepi dinding menjadi pilihan Zharif. Dia kelihatan segak dengan t-shirt Polo berwarna biru gelap.

Ayden bersalaman dengan Zharif sebelum duduk. Sempat dia mencuit lengan aku untuk melakukan perkara yang sama.

Malas-malas aku menghulurkan tangan kepada Zharif dan mencium tangannya sebaik huluran salamku bersambut.

"Dah lama sampai?" Soalku berbasa basi. Sesungguhnya aku masih kekok dengan Zharif.

Jam tangan dikerling seketika. "Adalah dalam 5 minit."

"I see.. Dah order?"

Zharif mengeleng. "Tak. Tunggu Sha sampai." Jawabnya mendatar.

Aku membelek menu yang tersedia di hadapan. "You nak makan apa?" Soalku kepada Ayden.

"Their crispy egg noodle as my main dish. Don't worry about me ok, you pilih je dulu." Balas Ayden sambil menekan-nekan skrin telefon membalas WhatsApp. Ini kalau bukan Haziq, mesti Rania.

"Dah decide?" Soalku kepada Zharif.

Dia angguk sekali sebelum menghulurkan kertas tempahan buatku.

Aku menandakan tick bagi Thai Fried Rice dan Crispy Egg Noodle dan minumann buat aku dan Ayden memandangkan Zharif sudah memilih beberapa menu lain.

"Banyaknya, ni boleh habis ke?" Soalku kepada Zharif.

"InshaAllah boleh, lagipun abang tak makan lagi hari ni. Tak sempat breakfast tadi sebab bangun lambat." Jawabnya dengan tawa kecil.

Sayangku AydenWhere stories live. Discover now