BAB 30

140 11 0
                                    

Beberapa kali mesej Ayden aku pandang. Tiada mood mahu membalas.

Pagi tadi Ayden sudah mengutarakan hal yang sama namun aku hanya diam. Perlukan masa untuk membuat keputusan.

WhatsApp Ayden aku lihat sekali lagi.

Husbaby:
Baby boleh kan teman mama balik kampung next weekend?

Hatiku sudah membentak geram. Kenapa tak suruh aku je yang pergi Jepun dengan papa. Bukannya Ayden tak tahu aku dengan mak mertua aku ni tak sebulu.

Masalahnya Ayden mestilah ke sana atas urusan kerja. Kalau aku yang pergi, takde fuction lah nampaknya!

Husbaby:
Hmm read je? Takpelah I bagitau mama tak boleh.

Aku sebenarnya serba salah dengan Ayden. Bukan aku tidak mahu dan tidak mencuba berbaik-baik dengan ibu mertuaku namun ada saja yang tidak kena di matanya.

Namun mama mertuaku tidak pernah masuk campur dalam urusan rumah tangga aku dan Ayden, cuma bait katanya membuatkan aku sebal.

Tapi sampai bila nak macam ni? Dia tetap ibu mertuaku.

Ayra pula sudah pulang ke universiti kerana perlu menyelesaikan tugasannya.

Me:
I'm ok sayang. Tapi nanti nak you bawa I pergi Japan juga ❤️

Aku mengalah dan akhirnya bersetuju dengan Ayden meski hatiku terasa berat.

Husbaby:
Bolehh! Sayang balik awal sikit malam ni, I nak bawa pergi dinner. Dah lama tak date dengan sayang! See you later. Love you ❤️

Aku tahu Ayden sengaja mahu mengambil hati dengan mengajak makan malam. Selalunya kami akan terus keluar tanpa perancangan awal.

Aku menyambung kerja yang tergendala seketika tadi. Banyak urusan yang harus aku selesaikan sebelum berhujung minggu dengan tenang. Nanti Ayden suruh aku resign lagi kalau kerja hujung minggu!

Deringan telefon mengejutkan aku. Tanpa melihat nama pemanggil, aku segera menjawab panggilan tersebut.

"Hello."

"Sayang dekat mana?" Sapa Ayden di hujung talian tanpa sebarang intro.

"I kat office." Jawabku pendek. Mata masih paku di skrin laptop.

Terdengar keluhan Ayden.

"Kenapa sayang?" Soalku bersama kerutan di dahi.

"I kena belikan jam baru untuk sayang ke?" Soal Ayden lagi.

Semakin bertambah lapisan di dahiku. Sekali aku menjeling jam Swarovski pemberian Ayden di tangan kiriku.

Sudah pukul 6.45 petang dan aku secara automatik terbangun dari duduk.

"Sayang!" Jeritku agak kuat. "Sorry I tak perasan dah lambat sebab busy sangat tadi, I kemas barang sekarang dan terus balik." Ujarku dengan penuh rasa bersalah.

"Nasib baik I call. Kalau tak call macam mana?" Kedengaran rajuk Ayden di hujung talian.

"I'm truly sorry. Sayang cuba sampai rumah before 8pm." Pujukku lagi.

"Ok." Balas Ayden sepatah sebelum memutuskan talian.

Aku berkemas dengan secepat mungkin kerana tidak mahu terlambat tiba di rumah.

✨✨✨✨✨

Laju aku melangkahkan kaki untuk ke lif kerana seketika tadi aku lihat kereta Ayden sudah berada di kotak parking miliknya.

Mesti dia dah lama sampai!

Aku kerling jam di tangan, pukul 7.35 petang. Nasib baik keadaan kesesakan lalu lintas seketika tadi seakan memahami situasi aku.

Sayangku AydenWhere stories live. Discover now