BAB 11

221 15 0
                                    

Pejam celik pejam celik, sudah hampir tiga minggu berlalu dan hari ini merupakan hari pernikahan aku dan Ayden. Kami akan bernikah di waktu pagi dan terus bersanding pada tengah hari.

Lia pula berbesar hati menawarkan diri untuk menyolek aku sempena hari bersejarah ini. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan.

Bukan aku tidak tahu yang Lia membuat perkhidmatan mekap setiap hujung minggu dan pernah membuat solekan kepada beberapa artis terkenal.

Tidak aku sangka gurauan aku terhadapnya beberapa bulan lalu menjadi kenyataan di mana aku sengaja bergurau menyuruhnya memekapkan aku di majlis kahwin aku.

Telefon aku berdering minta diangkat dan Zara menghulur telefon milikku kerana aku susah untuk bangun.

Panggilan Ayden aku jawab.

"Baby I nervous sangat.." Rengeknya kedengaran gelisah di hujung talian sebaik aku menjawab panggilan.

Aku ketawa kecil dengan ayat Ayden. "Sayang, relaks ok? Tarik nafas dalam-dalam. Istighfar banyak-banyak. InshaAllah Allah akan permudahkan." Ujarku bagi membantu Ayden.

"Ok." Balasnya di hujung talian. "You dah siap?" Soalnya kedengaran tenang sedikit.

"Belum. Sikit lagi. Baru siap mekap ni."

"Ok. See you later." Balas Ayden sebelum menamatkan panggilan.

"Bakal pengantin nervous eh?" Soal Lia.

"Haah." Aku jawab sambil ketawa.

Jam 9.30 pagi keluarga Ayden sudah tiba di rumah keluarga aku. Majlis akad nikah kami adakan di rumah sahaja kerana tidak mahu berkejaran pulang dan bersiap untuk kali kedua.

Ayden aku lihat cukup segak dengan baju melayu berwarna off white yang sedondon dengan baju kurung pahang milik aku. Baju nikah kami berdua ditempah khas oleh Ayden.

Aku kini sudah sah menjadi isteri Ayden dengan hanya sekalis lafaz sahaja dan Ayden aku lihat berjaya bertenang sepanjang proses ijab dan kabul itu.

Ayden datang menghampiri aku yang sedang duduk di atas pelamin dan dia kemudiannya duduk di sisi aku.

"Assalamualaikum wife." Sapanya sambil aku diraih dan Ayden memakaikan cincin platinum buatku. Seutas gelang platinum kemudiannya dipakaikan buatku bagi pembatalan air sembahyang.

Aku menyalami tangan Ayden dan tangannya aku kucup lembut. Terasa kepalaku disentuh oleh tapak tangan Ayden.

Usai aku mengangkat wajah, giliran Ayden pula yang mengucup dahi aku. Lama sehinggakan dadaku kembali berdebar semula.

"I love you baby. Semoga ikatan perkahwinan kita kekal sampai syurga." Ucap Ayden sebaik dia selesai mengucup dahiku dan kini dia mencuri cium pipiku dan aku hanya tersenyum bahagia.

"Amin."

⭐️⭐️⭐️

Ayden memberitahu aku bahawa dia ingin ke hotel tempat keluarganya bermalam seketika. Dia ke sana setelah solat maghrib dan meski jam sudah menunjukkan hampir pukul sepuluh malam, Ayden masih belum pulang.

Sedikit sebanyak pemergian Ayden mengurangkan debaran di dada aku. Hmm tak payah balik terus pun takpelah malam ni.

Baru sahaja menarik selimut, pintu sudah terkuak dari arah luar. Mata aku buka sedikit dan aku lihat Ayden sudah pulang dengan backpack miliknya.

"Sorry baby. Did I wake you up?" Soal Ayden seraya menghampiri aku sebaik dia meletakkan backpack di hadapan almari pakaian. Dia kemudiannya duduk di birai katil.

Aku mengeleng dengan soalan Ayden. "Taklah. I baru nak tidur je. Ingatkan you tidur dekat hotel dah tadi." Balasku jelas kedengaran nada rajuk.

Ayden ketawa dengan balasan aku. "Tidur hotel? Come on baby. That's the most impossible thing to do tonight, especially without you." Jawab Ayden selamba.

Dapat aku rasakan pipi aku merona merah dengan ayatnya itu. Bukan aku tidak faham maksudnya itu! Double meaning sangat!

"You dah makan? Kalau tak lagi I boleh hidangkan dekat dapur." Aku menyoal Ayden seraya duduk di atas katil. Kini berhadapan dengan Ayden.

Ayden senyum senget dengan soalan aku. "Mana you tahu I tengah lapar ni? Tapi kan.." Ayden berhenti seketika. Dia mengusap pipi aku lembut. "Hidang atas katil pun boleh." Sambungnya sambil mengenyitkan mata. Hidungku digesel perlahan beberapa kali.

"Sayanggg!" Bentakku kuat sambil menepuk lengan Ayden.

Ayden mengekek ketawa lepas dengan reaksi aku. "Keisha sayang, jangan jerit-jeritlah. Nanti semua tunggu depan bilik. Apa ganas sangat first night sampai nak kena menjerit macam tu. Mummy baba dengar nanti sukalah diorang." Omel Ayden dalam tawa yang tersisa.

"Kenapa?" Soalku dengan dahi yang berkerut

"Yalah, tu petanda nak dapat cucu cepat kan."

Benci...

"Taknak kawan dengan you.." Aku memuncungkan bibir tanda protes.

"Taknak kawan sudah.. I nak mandi ni. You nak ikut?" Soal Ayden sambil menjongketkan kening. Selamba sahaja dia bangun dan membuka baju di hadapan aku. Terserlah badannya yang agak toned dan jelas kelihatan six packs yang timbul.

"Tak payah tengok I sampai nak juling macam tu lah. I'm all yours now. Bagi I mandi jap, lepas tu nak tilik lama-lama pun takpe." Sindir Ayden yang perasan akan tindakan aku itu.

Dia kemudiannya membuka tali pinggang dan zip seluar sebelum melorotkan seluar di hadapan aku. Kini dia hanya memakai boxer berwarna hitam. Lantas aku memusingkan kepala ke arah lain.

"Sayang ingat ni club ke apa ke siap ada strip performance bagai. Tadi cakap nak mandi kan. Tu tuala you. Take it and just step into the bathroom." Arahku tidak selesa dengan Ayden.

"I thought you were admiring the view just now." Balas Ayden dengan tawa perlahan.

Aku tahu dia sengaja.

Sengaja nak kenakan aku.

Ayden kini membuka pintu bilik air dan masuk ke dalam. Tidak lama kemudian kedengaran pancuran air hujan yang menandakan Ayden sedang mandi.

Aku bingkas bangun dari katil dan menghampiri vanity mirror. Losyen Bath & Body Works aku sapu di lengan dan kaki. Minyak wangi Dior Hypnotic Poison aku sembur di belakang telinga dan nadi.

Ayden pernah cakap aku busuk. Malam ni, biar dia lemas dalam bau wangi ni. Haha!

Keisha.. Macam kau pula yang lebih-lebih ni.

Aku sedang melihat TikTok sewaktu Ayden keluar dari bilik air. Dia mengeringkan rambutnya yang agak basah serta bau mandian milik Ayden memenuhi bilik. Bau yang sangat maskulin dan mampu mendebarkan aku.

Sekali lagi aku dihampiri dan Ayden menarik telefon dari tangan aku sebelum diletakkan di night stand. Pipi aku dielus perlahan oleh Ayden beberapa kali.

"You smell so damn good baby." Ujarnya perlahan. Hidungnya sudah berada di pangkal leherku.

Aku menggigit bibir dengan perbuatan Ayden. Perutku terasa memulas tiba-tiba. Badannya aku tolak sedikit.

"Tapi haritu sayang cakap I busuk."

Ayden ketawa dengan balasan aku. Kedua belah tangannya memegang leher aku dan wajahku didongakkan sedikit. Tanpa sebarang amaran bibir kami mulai bertaut dan aku lantas memejamkan mata.

"Can we just ignore that 'haritu' and focus on now? Because it's now that matter." Bisik Ayden sebaik dia meleraikan kucupan di bibir aku.

Aku menelan liur yang terasa kelat dengan kata-kata Ayden. Debaran juga semakin menggila.

Sekali lagi Ayden mendekatkan wajahnya ke telinga aku dan mulai membaca doa sebelum menekan suis untuk mematikan lampu di night stand sambil bibirnya kembali mengucup lembut leherku.

Aku pula semakin lemas di dalam kucupan dan belaian penuh kasih Ayden..

Sayangku AydenWhere stories live. Discover now