"Ini ke menantu kamu Salina?" Tegur seorang makcik yang berusia dalam 70-an. Dia sedang menghiris timun batang untuk dibuat acar di hadapanku.
Keadaan sekeliling sedikit riuh rendah dengan ramai orang yang sedang membantu majlis rewang. Tidak aku menyangka bahawa masih ada yang mengamalkan tradisi ini.
"Ya Mak Teh. Ini isteri Ayden." Mama menjawab soalan wanita tersebut. Tangannya lincah menyagat carrot.
"Lah aku ingatkan bini si Adam anak Mona tadi. Ayden tak ada pun, yang ada Adam."
Mama ketawa dengan kata-kata wanita yang dipanggil Mak Teh itu.
"Tak adalah Mak Teh, Adam belum kahwin lagi. Anak Sally yang dah kahwin." Tenang sahaja dia menjawab.
"Habis tu laki kamu mana?" Mak Teh mengutarakan soalan itu kepadaku.
Aku yang mengupas bawang terhenti. "Ayden ada urusan kerja dengan papa." Jawabku berbasa-basi.
Dia terangguk-angguk dengan jawapanku.
"Cantik menantu kamu ni Salina. Pandai Ayden pilih. Takde isi lagi ke?" Soal Mak Teh pula. Kali ini dia memandang aku atas bawah.
Aku sudah terkulat-kulat dengan soalan tersebut. Sedikit sebanyak merasa tidak puas hati. Kahwin memang untuk dapat anak sahaja ke?
Aku dan Ayden sendiri tidak kisah, orang luar pula yang tidak sabar.
"Belum ada rezeki lagi, biarlah mereka ni. Dua-dua masih muda lagi kan." Mama menjawab bagi pihak aku.
"Kamu ni tak nak ke menimang cucu? Nanti dah tua macam aku, nak main dengan cucu pun dah tak larat. Lagipun bukan ke si Ayden tu dah tiga puluh lebih ke?" Soal Mak Teh lagi. Seakan menyindir mama.
Aku sudah terdiam di sisi mama. Biarlah dia yang menjawab.
"Sally taknak campur urusan anak ni, mungkin Keisha dengan Ayden merancang, kita tak tahu." Balas mama lagi. Tetap tenang. Satu hal yang aku suka dengan mama mertua aku, dia memang sangat cool.
"Nak rancang apanya, bukannya takde duit anak kamu tu. Aku tak faham budak zaman sekarang, kahwin tapi taknak anak." Mak Teh mulai membebel dan aku sudah kehilangan kata.
Siapa kata aku taknak anak? Allah je tak bagi rezeki lagi.
Mama di sebelah aku pandang seakan meminta sokongan darinya.
"Kita tak boleh nak buat kerja tuhan ni Mak Teh, soal rezeki, ajal maut ni bukan di tangan kita. Semua Allah dah tentukan." Balas mama lagi.
"Sha, mama baru ingat ada barang dalam kereta tertinggal tadi. Kamu teman mama ambilkan sekejap. Arif dengan Raf dah sibuk tu kat depan sana." Ujar mama sambil menjuihkan bibir ke arah Adam, Raf dan Arif yang berada di bawah khemah dan sedang mengacau makanan di dalam kawah.
Mak Teh kami tinggalkan dengan keadaan kebingungan.
"Sha minta maaf ma." Aku cakap dekat mama yang sedang membelek barang di dalam bonet kereta.
"Mama cakap benda betul je." Balasnya tanpa perasaan. Typical mama mertuaku.
Aku mengambil paper bag dari tangan mama. "Biar Sha bawa."
✨✨✨✨✨
"Keisha you pregnant ke?" Soal Adam tiba-tiba.Aku yang sedang menceduk gulai daging dari dalam periuk ke dalam bekas terhenti.
Ini lagi sorang, takde angin, takde ribut tiba-tiba tanya soalan ni?
"Kenapa you tanya? I nampak macam pregnant ke?" Aku soal Adam balik sebelum menyambung tugasan yang terhenti seketika tadi.
Entah kenapa hari ini asyik kena serang perihal mengandung saja. Semua orang memang tak sabar nak tengok aku mengandung ke?
"You tak jawab soalan I Keisha."
"So far I tak mengandung. Kalau ya, I dengan Ayden mesti dah bagitahu family kita." Aku memberikan kata putus buat Adam.
"I see. I thought you are. Tadi muntah-muntah. Bila Ayden balik?"
"Tuesday." Aku jawab sepatah sahaja. Bukan mama dah bagitau ke?
"Agak-agak dia tahu I berbual dengan you ni, dia marah tak?" Soal Adam. Seakan sengaja mahu memprovok aku.
Wajah Adam aku jeling sekilas. Ada juga orang kena hempuk karang. Macam ni tak perlu Ayden yang tumbuk dia, aku sendiri pun rasa nak marah ni.
"You rasa? Takkan tak kenal lagi sepupu you tu?" Aku menyoal Adam kembali sekaligus menyindirnya.
"Makin lama makin I tak kenal dia. For me he's too childish." Selamba badak Adam mengutuk Ayden.
"Yang you kutuk tu husband I tau!" Suaraku meninggi sedikit. Sudah semakin hilang sabar dengan Adam.
"Whoa chill Keisha. I gurau je lah. Patutlah Ayden suka betul dengan you, garang." Balas Adam sambil memandang aku dengan senyuman penuh makna.
Merasa tidak selesa dengan perbuatan Adam, aku bangun dan mencari kelibat mama mertuaku.
✨✨✨✨✨
"Mama dah lama tak join majlis rewang ni. Penatnya." Rungut mama mertuaku dengan mata terpejam. Badannya sudah tersandar di sofa.
Aku yang melihat dari sebelah merasa agak kesian dengannya.
"Nak Sha tolong urutkan?" Aku menawarkan diri. Badan sudah berpindah ke sofa yang sama dengan mama.
Seharian berkepit dengan mama, aku sudah merasa selesa sedikit dengannya. Sebenarnya dia ok je.
"Kamu pun mesti penat juga. Pagi tadi dah mabuk kereta." Omel mama namun dia tidak menolak.
Aku mulai memicit bahu mama.
"Sha pandai urut ke?"
"Tak pandai ma, tapi selalu picitkan badan Ayden. So dah biasa sekarang." Aku menjawab jujur. Ayden selalu memintaku memicitkan badannya.
Mama tersenyum nipis. "Ayden tu memang. Kalau datang mood gila gym dia tu, balik rumah je mesti mengadu sakit badan."
Belum sempat aku membalas kata-kata mama, telefonku berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Skrin aku lihat, Ayden rupanya.
"Mama Ayden call. Jap eh." Aku sekadar memberitahu mama sebelum menjawab panggilan Ayden.
"Hai baby..." Tegur Ayden sebaik melihat wajahku. Sengaja dia meleretkan suaranya.
"Sayang buat apa? Dah makan ke? Papa mana?" Aku menyoal Ayden.
"Tengah baring je, rindu wife I. Kan best kalau baby ada sebelah, boleh cuddle. I makan sashimi dengan cold noodle tadi. Baby tak tengok WhatsApp lah tu. Papa ada je tengah bersembang dengan Darius. Baby buat apa?" Jawab Ayden bersama soalan dalam keadaan berbaring di atas katil.
Aku suakan kamera kearah mama. "Takde buat apa, I dengan mama dua-dua kepenatan kenduri tadi. Tengah rehat je." Aku bercerita kepada Ayden.
"Mama ok tak? Nampak penat je. Baby tolong la urutkan mama nanti, pastu suruh dia rest awal." Ayden memberikan arahan kepadaku.
"Ok sayang." Aku menjawab sepatah.
"Mama ok je, dah lama tak membantu majlis macam ni. Keisha pun sama, sebelum sampai dua kali muntah tepi jalan. Along pun satu, tak bagitau mama awal-awal." Bebel mama kepada Ayden pula.
Kelihatan wajah Ayden berkerut. "Bagitahu apa? Baby pregnant ke?" Soalnya dengan teruja.
Aku hampir menepuk dahi sendiri dengan reaksi Ayden. Namun sedikit sebanyak aku terbias rasa sedih kerana tidak mampu memberikan berita gembira itu buat Ayden.
"Ya Allah budak ni. Bini kamu ni ada mabuk kereta tahu tak?" Jelas mama kepada Ayden yang sudah salah faham.
"Baby ok?" Soal Ayden dengan wajah beriak risau.
Aku cuma mengangguk. "Nanti balik kena makan ubat siap-siap"
"Atau balik naik flight je dengan mama?" Cadang Ayden.
Aku mengeleng. "Tak pe lah, I lagi suka naik kereta." Aku membantah cadangan Ayden.