BAB 2

259 15 0
                                    

"Kenapa tak makan?"

"Takde selera." Aku jawab malas. Steak memang kegemaranku namun untuk makan bersama Ayden, langsung selera aku mati.

Kedua sudu dan garpu diletakkan ke atas pinggan yang berisi pasta penne berkrim kini berisi suku pinggan. "You tahu tak I susah payah reserve table, sampai sini you taknak makan? What a troublemaker." Bebelnya sambil merenungku tajam.

Aku cuma membalas pandangannya tanpa perasaan. Siapa suruh tempah meja bagai? Menu pun dia tolong order, langsung tak tanya aku nak makan apa.

"You ingat I kisah ke?" Soalku selamba. Badan aku sandarkan ke kerusi. Telefon di atas meja aku ambil aku memeriksa mesej Whatsapp yang tidak sempat aku lihat sejak pagi.

Sedar-sedar sahaja telefon ditanganku kini disambar oleh Ayden. Dia menjongketkan kening sebagai tanda kemenangan.

"Bagi phone I." Pintaku daripadanya. Tangan kanan aku hulurkan buat Ayden.

"Nope. Berapa kali I cakap yang you tak boleh rude dengan I." Jawabnya dengan rahang yang diketap.

"I penat lah layan perangai gila you ni. I nak balik." Bentakku agak kuat. Telefon milikku di tangan Ayden aku sambar. Berjaya!

Entah bagaimana aku hilang imbangan kerana terpelecot heels sewaktu ingin berlalu dan tanpa aku sedari telefon aku terlepas dari tangan dan kini jatuh di atas lantai.

Aku ingin mencapai telefon yang terjatuh namun pinggangku terasa sangat sakit, langsung tidak boleh membongkok. Pinggang aku pegang tengan tangan kanan.

Pandangan aku talakan kepada Ayden yang masih di kerusi. Mataku sudah berair menahan kesakitan.

"Ayden.. Tolong I." Ujarku dengan suara yang kendur.

Dia memandangku dengan dahi yang berlapis. Keningnya dijongketkan sekali. "Tolong apa?" Soalnya sambil mengelap bibir dengan napkin.

"Sakit.." Jawabku antara dengar mahupun tidak. Suaraku sudah mulai teresak.

Ayden segera bangun dari kerusi dan menghampiri aku.

"Sakit kat mana?" Soalnya prihatin. Tangannya memegang lengan aku.

"Pinggang I sakit. Sakit sangat." Adu ku dengan tangisan yang tertahan-tahan. Kini aku sudah tidak kisah meskipun dia adalah Ayden yang menyakitkan hati, lelaki yang aku benci.

Ayden menunduk untuk mengambil telefon aku yang mulai berkelip-kelip. Jelas membuktikan bahawa ianya sudah rosak.

Ahh. Duit lagi.

Ayden meletakkan wang dan mulai memapah lenganku. Telefon sudah dimasukkan ke dalam handbag aku.

"You boleh jalan tak ni?" Soalnya lembut.

"Boleh." Jawabku sepatah.

Kami berjalan dengan perlahan sahaja kerana setiap kali Ayden melajukan langkah, aku menyeringai kesakitan.

"You jangan jalan laju sangat." Rintihku perlahan setiap kali dia melangkah pantas.

Masuk ke dalam kereta milik Ayden, dia menekan skrin telefon untuk menghubungi seseorang. Beberapa saat menunggu, kedengaran seperti panggilannya disambut.

"Jes, you cancel meeting I dengan Faris petang ni, I half day." Arah Ayden senada tanpa sebarang perasaan. Seperti Ayden yang aku kenal, dingin.

Dia kemudiannya membuat panggilan sekali lagi.

"Haziq, nanti datang KPJ Damansara. Dah sampai call aku. Oh lagi satu, kau naik grab je, nanti aku ganti duit tambang kau."

Sekali lagi dia mengarah dan talian dimatikan sebelum mendapat balasan di hujung talian.

Sayangku AydenWhere stories live. Discover now