BAB 7

192 13 0
                                    

"Baba cakap Sha nak kahwin?" Tegur Zharif dengan soalan tersebut.

Aku yang sedang melipat pakaian yang baru diangkat dari ampaian seketika tadi sedikit terkejut.

Bukan tadi dia keluar dengan mummy, baba dan Ayden ke pergi kedai beli barang untuk masak esok? Ni macam mana boleh ada dekat sini pula?

Wajah Zharif langsung tidak aku pandang. Benci. Soalannya juga aku biarkan sepi, tanpa jawapan. Tanganku masih ligat melipat pakaian sambil sesekali mata aku fokuskan ke televisyen.

"Abang nak bagitahu je ni, lelaki yang Sha bawa balik tu lelaki tak elok, jahat. Kalau boleh tak payahlah kahwin dengan dia." Ujar Zharif lagi tiba-tiba. Kali ini bersama dengan nasihat 'bernas' pula.

Aku hanya membuat muka di hadapan Zharif. Masih tidak berminat untuk berbual dengannya. Bagus betul dia, baru berapa jam jumpa Ayden dah boleh buat kesimpulan yang dia jahat. That easy huh?

Aku bukan mahu memihak kepada Ayden, namun aku terlalu bencikan Zharif. Setiap apa yang diucapkan akan aku bantah. Walaupun dia betul.

"Sha, sampai bila kita nak macam ni?" Zharif bersuara lagi.

"Sampai bila-bila." Balasku keras.

Terdengar keluhan Zharif sebelum dia duduk di sofa belakang aku. "Keisha, kita ni adik beradik tau. Tak baik bermusuh macam ni." Ujarnya perlahan sambil tangannya memegang bahu aku.

Pantas aku menepis tangan Zharif.

"Whatever." Aku bingkas bangun dari duduk dan ingin berlalu dari situ. Tidak mahu terus dekat dengan Zharif. "Balik sini buat apa? Saja nak sakitkan hati Sha kan?" Aku menyoal Zharif kasar.

"Adik abang nak bertunang esok, salah ke abang balik? Sebagai seorang abang, abang nak juga hadir di hari bahagia Sha. Walaupun abang yang tak dianggap abang oleh adik sendiri." Jawab Zharif kedengaran perlahan. Ada sendu di dalam nadanya.

Hati aku terusik dengan ayat Zharif. Kami memang dua beradik sahaja. Namun.. Aku benci dia!

"Tak payah buat ayat sedih lah. Kalau takde lagi baik, buat rosak mood orang je." Ujarku sebelum berlalu ke dalam bilik.

✨✨✨

"Abang nak pergi mana ni?" Kedengaran suara mummy menyoal. Aku memasang telinga.

"Balik KL mummy." Jawab Zharif tenang.

"Kenapa? Abang ada kerja ke? Tak boleh tunggu esok? Baru sampai pagi tadi je kan. Abang buat mummy susah hati la. Nak drive sorang tu tak penat ke?". Panjang lebar aku dengar soalan mummy. Risau betul dengan anak teruna dia sorang tu.

Diam. Zharif tidak menjawab namun aku yakin dia hanya mengeleng sebagai respons kepada soalan mummy.

"Habis tu?"

"Mummy, adik taknak Abang ada dekat sini. Abang taknak jadi perosak hari bahagia dia." Jawab Zharif lembut.

Tanpa aku sedari kaki aku sudah melangkah ke arah bilik tidur Zharif di mana mummy dan dia sedang berbual.

"Tak payah lah balik. Kali ni Sha maafkan." Ujarku sebaik mereka berdua memandang aku tepat.

Backpack Zharif dileraikan dari belakang. Dia memandang aku lama. "Sha betul tak kisah?" Soalnya pelik.

Aku menyilang tangan di dada. "You better don't ask me. Else I'll be changing my mind." Jawabku selamba sebelum berlalu.

"Thanks Sha." Ucap Zharif kedengaran teruja.

Aku jahat sangat ke dengan dia? Hmm.

✨✨✨

Aku mengajak Ayden ke taman untuk mengambil angin petang. Dia hanya menurut sahaja

"Keisha, I nampak semua." Ujar Ayden tiba-tiba.

Aku terkejut dengan ayat dia. Lantas aku memeluk badan sendiri.

"You nampak apa? You mengintai I eh dalam bilik?" Soalku kalut.

Ayden ketawa dengan soalan aku.

"You ni. Suka betul berfikiran di luar kotak." Jawabnya sambil ketawa.

"Habis tu you suka bagi ayat tergantung macam ni." Balasku tidak mahu mengalah.

"You dengan abang you. Kenapa you layan dia macam tu?"

Aku mengeluh dengan soalan Ayden.

"Next time la Ayden I cerita pasal ni. Spoil mood lah fikir pasal dia." Aku menolak untuk menjawab soalannya.

Ayden meraih tangan aku. "It's okay. I will know eventually." Balasnya sambil menggosok tangan aku.

"Kenapa you nak kahwin dengan I? I mean you pelik lah Ayden. Obviously you tak suka I. Yet you siap bagitahu lagi yang I ni tak cantik pun. Tak mampu untuk buat you tergoda. You pun pernah cakap yang I tak cukup cantik untuk berdampingan dengan you." Soalku panjang dengan suara yang semakin lama semakin perlahan.

Ayden mengucup tangan aku di tangannya. "Baby I'm sorry okay? I saja nak sakitkan hati you so that I can deny this feeling. But nah, it grows bigger." Ucapnya lembut.

"I buat salah apa dengan you? And what feeling?" Soalku keliru.

Ayden kini memandangku tunak. "Salah you... Bila you buat I semakin tertarik dengan you. And of course, it leads me to another feeling.." Jawab Ayden, masih berkias.

"Boleh tak you jawab direct je? Ini tak, sekerat-sekerat, suka buat I tertanya-tanya." Omelku tidak puas hati.

Ayden tersenyum memandang aku. "Guess baby." Balasnya.

Hati aku berdetak tanpa irama lagi. Senyuman ikhlas Ayden, sentuhan lembut dia seakan mampu membunuh segala rasa benci yang pernah hadir dalam hati aku buatnya.

"You suka buat I macam ni. Keliru. You do that everytime." Adu ku perlahan.

"How?"

"You buat I tak faham dengan perasaan I, I tahu yang I suka you tapi at the same time you buat I rasa yang I benci you." Balasku perlahan sambil mengutis jari.

Aku memang tertarik dengannya sejak awal namun sikapnya yang entah apa-apa itu membuatkan aku keliru dengan perasaan sendiri.

"Wait, you suka I? Since when?"

"Masa I sakit. I saw the other side of you." Jawabku selamba sebelum menggigit bibir.

Keisha apa kau buat ni?

Aku baru confess perasaan aku dekat Ayden?

"Tapi I still tak suka yang you buat semua benda tak bagitahu I. Balik kampung jumpa baba mummy I boleh terima, tapi bawa rombongan merisik bagai? You dah rampas hak I ke atas diri I sendiri!" Aku menjadi emosional tiba-tiba.

Ayden juga kelihatan terkejut dengan perubahan drastik aku.

"Look Keisha, dia macam ni.. I kan dah lamar you malam tu which I know it's not proper since we're muslim. So I thought kita kena guna cara yang betul. You pun dah terima lamaran I, I bawa jela mama papa datang meminang." Jawab Ayden selamba, tanpa rasa bersalah.

Memang aku terima.. Tapi aku terpaksa!

Dan perangai Ayden.. Tetap sama.

Aku bangun dari bangku. "Penatlah cakap dengan you ni. Taknak mengalah. Benci.."

Aku menjauhi Ayden dengan hati yang membungkam.

Tangan aku dicapai okeh Ayden. "Tadi cakap suka, sayang I.."

Aku mengerutkan dahi. Bila masa aku cakap aku sayang dia? Perasan!

"Tu tadi.. Sekarang benci!" Jawaku keras.
Ayden ketawa terbahak-bahak di belakang aku. "Haa mengaku pun you sayang I.." Ujarnya sambil tersengih. Badanku ditarik ke belakang mendekatinya.

Cis! Dia saja nak kenakan aku!

Sayangku AydenWhere stories live. Discover now