BAB 16

179 12 0
                                    

Suasana di dalam kereta hanya ditemani bunyi radio. Aku lebih selesa melayan perasaan sambil mendengar lagu yang dimainkan. Pandangan aku talakan ke luar tingkap. Melihat indahnya kota raya disirami cahaya lampu pada waktu malam.

Ayden mengajakku pulang ke rumah sebaik sahaja Adam menghilangkan diri ke meja makan tadi. Aku yang serba salah hanya mampu menurut arahan Ayden memandangkan papa juga memberikan isyarat supaya aku mengikuti Ayden.

"Jauhnyanya you berangan? Dah sampai mana ni?" Teguran Ayden memeranjatkan aku. Tangannya mengusap pipi aku.

"Taklah. I cuma layan lagu ni je. Favourite I kut. Time jiwa kacau I selalu dengar." Balasku sambil bermain dengan jari sendiri di atas riba.

Ed sheeran will always make you feel so in love or wanna cry so badly and there is no in between.

"Anyway, I minta maaf pasal tadi." Ujarnya kedengaran agak terkilan.

Aku cuba menguntum senyum. "It's okay. Tapi sayang jangan buat macam tu lagi. I tak suka you macam tu. I takut." Balasku jujur. Tangan Ayden aku pegang dan tapak tangannya aku kucup lembut.

Meskipun Ayden bukannya marahkan aku, namun aku tetap mampu merasa aura kemarahan Ayden dan itu sudah cukup mengerikan aku.

"What actually happened?" Soalku ingin tahu.

Ayden memalingkan wajahnya untuk melihat aku. Terpamer senyum kelat di wajahnya.

"I really don't think you wanna know this." Balas Ayden jelas kedengaran tidak mahu memberitahu aku.

Aku memilih untuk mendiamkan diri sebaik Ayden memutuskan untuk memberitahu aku akan apa yang pernah terjadi di antaranya dan Adam.

⭐️⭐️⭐️

Tangan aku ditarik Ayden dari belakang. Niat asal untuk masuk ke dalam bilik terbantut.

"Kenapa ni?" Bisik Ayden hampir di telinga aku sebaik dia merangkul aku dari belakang.

"Nothing." Jawab aku sepatah. Tidak berminat mahu memanjangkan lagi isu tadi.

Ayden sendiri yang putuskan tak nak cerita. So that's it.

"You know what.. When a woman says there's nothing, it must be something." Balas Ayden.

Aku mengoyak senyum senget. "You know it better."

"I boleh cerita tapi you kena terima dengan hati terbuka."

Aku memusingkan badan untuk memandang Ayden. "Meaning?" Soalku dengan kening yang terangkat.

"It's your choice." Balas Ayden tenang tanpa menjawab soalan aku.

"My choice is already been made." Aku menjawab yakin.

Ayden menarik tangan aku untuk mengikutinya ke sofa. Aku melabuhkan badan di sisi Ayden.

"I dengan Adam rapat sangat dulu. We shared everything. Every single thing. Buat apa-apa pun sama-sama. Dah macam kembar. Sampailah satu hari dia tikam I dari belakang." Ayden terhenti seketika. Liur ditelan dan dia kelihatan teragak-agak untuk menyambung bicara.

"Kalau you tak ready nak cerita, I ok je sayang." Ujarku mulai merasa bersalah dengan Ayden. Tidak mahu dianggap terlalu memaksanya mengingati kembali kenangan pahit yang pernah berlaku di antara dirinya dan Adam.

Ayden senyum nipis. "It's okay baby. I tak nak berahsia dengan you. Daripada jadi apa-apa salah faham nanti." Ujarnya lagi.

"Ok." Aku membalas sepatah.

Ayden memandang wajah aku lama sebelum memulakan bicara.

"He slept with my ex. They both ditched me." Tenang sahaja dia mengutarakan ayat tersebut manakala aku pula yang terkejut beruk.

Sayangku AydenWhere stories live. Discover now