Kawasan rumah Ridzwan sememangnya senyap sunyi.Mana tak sunyi? MANSION ini duduk tengah-tengah hutan! Tapi bukanlah hutan hujan.Di pagar utama Mansion ini ada 4 orang pengawal keselamatan. Jika ada orang yang datang, kenderaan mereka akan diimbas terlebih dahulu, takut ada barang-barang yang boleh bahayakan tuan rumah.
Sayangnya Qasrina Aisyah tidak pernah tahu bahawa bawah Mansion mewah Ridzwan terdapat markas rahsia. Di sebalik pagar batu rumahnya, terdapat sniper automatik. Ianya akan diaktifkan oleh Ridzwan sendiri jika ada musuh yang menyerang.
"Kau nak bawa aku pergi mana ni?" Soal Qasrina.
Ridzwan tidak menjawab. Malah dia hanya melemparkan sebaris senyuman yang penuh makna.
5 minit kemudian, mereka tiba di belakang Mansion milik Ridzwan.
"Seriously? Kenapa belakang lagi mewah dari depan? Nice view." Ujar Qasrina sambil matanya tak putus dari melihat keindahan dan kecantikan belakang Mansion Ridzwan.
"sebab abang tak suka tunjuk kemewahan pada orang lain. Kalau Aisyah nak tahu, belakang Mansion abang ni akan nampak bila siang hari je." Kata Ridzwan.
"Kenapa pula? Kau bomoh ke?" Tebak Qasrina.
Ridzwan gelak.
"bukan lah. Bila malam, abang akan aktifkan smoke mode. Abang tak boleh explain why..., tapi macam tu lah gaya hidup abang." ujar Ridzwan.
Qasrina hanya mampu meng 'oh' kan aje.
"Aisyah? Abang nak Aisyah pakai tudung dan tutup aurat yang lain ya?" Pinta Ridzwan dengan penuh harapan.
"Tiada sebab pun untuk aku tutup aurat bagai. Lagipun orang macam aku ni layak ke jadi sesuci perempuan lain? Aku ni dah kotor tau!" Balas Qasrina.
"Kerana ada sebab tu la kita wajib tutup aurat Aisyah!Aisyah nak masuk neraka sebab tak tutup aurat?" Soal Ridzwan. Dia tahu kata-katanya ini mungkin akan mengguriskan hati Qasrina, tapi dia terpaksa lepaskan kata-kata itu agar isterinya tergerak hati untuk berubah.
Qasrina tersentap seketika.
" Kenapa kau nak aku pakai tudung dan tutup aurat bagai? " Soal Qasrina tak puas hati.
"Sebab semua yang ada pada Aisyah khas untuk abang sorang. Khas untuk suami." balas Ridzwan.
"Aku belum terdetik lagi nak pakai tudung. So kau tak payahlah nak paksa aku. Bosan!" Kata Qasrina sambil menolak kerusi rodanya.
"Kalau macam tu, abang pon tak terdetik lagi untuk mati. Tapi nak buat macam mana, ajal maut semua tu Allah dah tulis siap-siap. Sama ada kita dah sedia ataupun tidak. Abang harap Aisyah faham maksud abang.." Ujar Ridzwan lembut.
Dia terus menolak kerusi roda Qasrina ke meja bulat untuk menikmati keindahan alam semesta di belakang MANSION.
" Ok fine aku cuba tutup aurat. " Balas Qasrina, pasrah.
Ridzwan senyum..
" by the way., bukankah kau kerja as a inspector? Tapi kenapa kau kaya gila? Serba mewah. Tapi kau still humble." Pelik Qasrina.
Ridzwan gelak.
"Selain dari inspektor, abang ada buat bisnes sendiri." balas Ridzwan sambil mengenyit matanya ke Qasrina.
"bisnes apa?"
"Abang jual lembu, kambing dan juga ayam pada orang lain. Bukan tu je, abang juga ada jual susu dari lembu dan kambing. Next time abang bawa Aisyah ke ladang dan kilang" Kata Ridzwan.
Segala puji memuji bermain di fikiran Qasrina. Kagum dengan Ridzwan. Kaya tapi tak menunjuk dekat khalayak ramai. Cuma dia menunjuk kat bini dia yang hati batu and degil tu je.
TBC
YOU ARE READING
Anugerah Dari Tuhan
RandomDISCLAIMER!!!! : SEMUA YANG TERKANDUNG DALAM KARYA INI ADALAH 100% HASIL DARI IDEA KEPALA OTAK AKU SENDIRI! NO COPY PASTE / CIPLAK MY IDEA! KALAU TERSAMA DENGAN KARYA LAIN ITU ADALAH SATU KEBETULAN. BY THE WAY, ENJOY YAAA. Alkisah seorang gadis ya...