** BAB 9 **

42 1 0
                                    

Ibu Pejabat Polis, Kuala Lumpur.

"Mana kau dapatkan semua organ-organ tu?" Jerkah Ridzwan di dalam bilik siasatan.

Ketua kongsi gelap terkejut dengan jerkahan itu. GARANG!!!

Beberapa pembantu ketua kongsi gelap itu disiasat oleh inspektor  Adam dan Inspector Sani.

"Aku tanya ni!!! DARI MANA KAU DAPAT ORGAN TU?" Tengking Ridzwan lagi.

"Aaa...aaku beli budak-budak dekat rumah anak yatim" gugup ketua kongsi gelap itu.

Jawapannya membuatkan Ridzwan istighfar panjang.

"RUMAH ANAK YATIM MANA?" Jerkah Ridzwan sekali lagi.

Ketua itu sudahpun menelan air liurnya. Inspektor ini sangat garang dan tegas!

"Ru-ru-rumah anak yatim murni dekat Seri kembangan" jawab Ketua itu ketakutan.

Ridzwan mendekatkan mukanya dengan muka ketua itu.

"dah berapa orang yang jadi mangsa korban?" soal Ridzwan perlahan.

"hampir 100 orang." jawab ketua kongsi gelap itu.

"Kau buat apa dengan semua organ tu? Kau jual ke hospital kan?" Soal Ridzwan kembali kuat.

Ketua itu angguk.

"Hospital mana? Dan berapa lama kau lakukan kegiatan haram dan salah di sisi undang-undang ni?" Soal Ridzwan lagi..

"Hospital Syah Iskandar..sudah hampir 2 tahun aku jual organ di sana. " Jawab lelaki itu.

*

*

*

QASRINA sudahpun boleh berjalan perlahan-lahan dengan tongkat yang Ridzwan belikan sebagai sokongan untuk berjalan.

Walaupun keguguran, tetap kena pantang betul-betul.

" Ishhh, dah lewat malam pon mamat ni tak balik - balik lagi ke?" bebel Qasrina seorang diri.

Dia bosan! Tiada orang untuk ajak gaduh. Lalu dia putuskan untuk membuka television yang besar itu .

Akhirnya movie seram juga yang jadi pilihan Qasrina. Dia tak takut! Malah cerita seram memang favourite dia la.

Sudah hampir 2 jam barulah movie seram itu habis. Dan Qasrina tertidur di sofa hitam.

Ridzwan baru sahaja masuk ke dalam rumahnya. Baru hendak ke dapur, dia terlihat Qasrina yang sudahpun lena di sofa itu.
Ridzwan tersenyum sambil melihat wajah cantik manis isterinya.

"Abang angkat Aisyah masuk bilik ya. Aisyah jangan sedar tau" bisik Ridzwan perlahan.

Sesudah dia meletakkan Qasrina di katil biliknya, Ridzwan terus ke kamar mandi untuk bersihkan diri dan dia mahu solat hajat.

*

*

*

SUASANA pagi hari ditemani oleh hujan yang agak lebat. Hari ini Qasrina hanya memasak nasi lemak.

"Aisyah dah makan?" Soal Ridzwan sambil memakai jaket kulitnya yang berwarna hitam.

"Dah.By the way hari ni aku nak keluar. Kau takyah sibuk nak tahu aku pergi mana!" Kata Qasrina sedikit meninggi.

"Boleh. Tapi keluar dengan  Dahlia. Kalau tak, abang tak izinkan" Ugut Ridzwan.

"Who is she? Kenapa dia perlu semak dalam hidup aku? Aku boleh berdikari. Kau takut aku kena rogol dengan orang lagi ke?" Bidas Qasrina.

Melampau!!

Ridzwan bukanlah dayus. Tapi dia memang tidak suka memukul wanita.

"Dahlia tu adik sususan abang..Aisyah jangan nak membantah. Syurga Aisyah bawa telapak kaki abang!" Balas Ridzwan tegas.

Lalu dia terus menelefon Dahlia Inara Putri.

Qasrina terpaksa mengalah.






                                            Tbc


Anugerah Dari TuhanWhere stories live. Discover now