** BAB 8 **

46 1 0
                                    

Pejam celik pejam celik, kini sudah 6 bulan mereka berkahwin. Mereka tidak pernah tidur bersama. Kecuali ketika Qasrina demam atau sakit. Itu pun Ridzwan tidur di sofa.

"Inspector Ridzwan!!! Ada tugas. Come here now!" Panggilan dimatikan oleh ketua polis, yang bernama Datuk Anuar.

Ridzwan yang baru hendak sarapan bersama Qasrina terus bergegas bangun. Kes kali ni agak berat dari kes sebelumnya.

"Asal kau tak breakfast dulu?" Soal Qasrina sambil menyuapkan sesudu nasi goreng ke dalam mulutnya.

Nasi goreng yang dimasaknya sendiri.

"Urgent. Sayang juga erk Aisyah dekat abang." usik Ridzwan.

Qasrina membuat muka menyampah.

"Aku masak kan...,aku taknak la ada pembaziran kalau makanan yang aku masak. Penat je aku buat!!!" kata Qasrina dengan nada suara yang sedikit meninggi.

Ridzwan gelengkan kepalanya.

Dia terus masuk ke dalam kereta Honda Civic. Keretanya di pandu sedikit laju dan membiarkan Qasrina membebel seorang diri.

Dia tidak perlu risau jika tinggalkan Qasrina seorang diri di rumah, kerana rumahnya itu sudah lengkap dengan pelbagai jenis senjata api yang tersembunyi.

*

*

*

"Datuk? Apa misi kita kali ini?" Soal Inspector Ridzwan sambil membetulkan jaket kulitnya.

"Kita akan serbu secara senyap-senyap macam biasa di kawasan perumahan dekat Semenyih." Ujar Datuk Anuar sambil jemarinya menunjuk-nunjuk di peta.

"What Datuk! Yang lain mana?" Soal Ridzwan sambil matanya melilau-lilau cari teamnya yang lain termasuk, Hidayat, Adam dan Nazril.

"Diorang dah standby dekat bawah." Balas Datuk.

"Ni kawasan perumahan orang kaya - kaya kan Datuk? Tak silap saya rumah artis pun ada dekat area ni." Ujar Ridzwan sambil jarinya bermain-main di dagu acah usap janggut.

"Ye betul. Saya berani kata, kawasan perumahan ni penuh dengan kes jenayah!" Balas Datuk Anuar dengan penuh keyakinan.

Ridzwan angguk. Dia juga setuju dengan kata-kata Datuk Anuar itu. Sebelum ini juga dia pernah mendengar berita-berita yang kurang enak didengar berkaitan dengan kawasan perumahan orang kaya-kaya itu.

" So we start now? Okay?" Soal Ridzwan sudah bersedia.

Datuk Anuar mengangguk.

*

*

*

"Ok semua, kita buat macam mana yang kita dah plan tadi! Senyap-senyap!" Arah Ridzwan.

Masing-masing akur.

Baru sahaja masuk ke salah satu rumah mewah, Nazril sudah menemukan 50 buah kotak yang berisi dadah jenis Heroin dan pelbagai jenis organ manusia.

" Astaghfirullah...maknanya mereka ni ada kaitan dengan kes pemerdagangan manusia! Cepat pecahkam semua bilik disini!" Arah Ridzwan lagi.

Dia dan beberapa orang polis naik di tingkat atas.

90 orang sudah berjaya ditangkap. Dan kebetulan pula ketua mereka ada bersama.

Masing-masing cuba melarikan diri pada awalnya, tetapi tidak berjaya dek kerana kawalan ketat oleh pihak berkuasa.

"Ketua kongsi gelap dan pembantunya akan saya siasat terlebih dahulu di balai. Yang lain go to jail!" Kata Ridzwan.

Semua penjenayah sudahpun berada di dalam 2 buah lori penjara.Manakala ketua mereka dan 3 orang pembantu ketua mereka duduk di dalam kereta polis bersama dengan Inspector Ridzwan dan Inspector Adam.

Adam dan Ridzwan masing-masing bersyukur kerana misinya kali ini berjaya. Terkejut juga mereka kerana melihat organ-organ manusia yang terbungkus rapi di dalam kotak itu.

Dan semuanya bakal disiasat selepas ini.




                                            Tbc

Anugerah Dari TuhanWhere stories live. Discover now