Sudah 4 bulan berlalu,semenjak kejadian itu, Qasrina langsung tidak keluar rumah. Gerak gerinya sentiasa diperhatikan oleh ayahnya.
Berani dia nak keluar? Jika dia berdegil untuk keluar, ayahnya akan hantarnya ke pusat pemulihan.
"Qas, keluar kejap. Ayah ada benda nak cakap dengan Qas!" Laung Puan Qamila dari dapur.
Qasrina Aisyah pun keluar dari biliknya. Perutnya juga mula kelihatan. Tapi tidak terlalu buncit.
"Ada apa ayah panggil Qas?" Soalnya sambil memandang ke luar tingkap.
"Ayah nak kahwinkan kau dengan kawan abang kau, Ridzwan Hakim! keputusan muktamad!!" Tegas En Hafiz.
"What??? Kenapa ayah tak cari je Haikal? Ni anak dia! Bukan anak Ridzwan tu!" Balas Qasrina dengan sedikit meninggikan suaranya.
"Qas boleh tak jangan nak bantah? Dengar je cakap ayah. Kalau tak, ibu dengan ayah anggap kau sebagai anak DERHAKA! kau FAHAM?" Sampuk Pn Qamila yang sudah hilang sabar.
"Ehh Qas, kalau Haikal tu masih hidup dekat dunia ni kan, dah lama aku kahwinkan kau dengan dia. Tapi nak buat macam mana dia dah mati kena langgar" Kata Encik Hafiz yang mula bangun dari kerusi.
Mati? Bila dia mati? Kenapa sekarang baru aku tahu? Bisik Qasrina dalam hati.
"Kau akan kahwin dengan Ridzwan hujung minggu ni! Tiada bantahan. Kalau tak aku halau kau dari rumah ni dan aku tak akan anggap kau sebagai darah daging aku sampai mati!" Bidas En Hafiz. Kemudian dia terus keluar dengan motor.
Manakala Puan Qamila sudahpun ke dapur.
Qasrina macam biasa. Terkejut atau tidak, dia tetap dengan muka selamba dan tak rasa bersalahnya itu.
*
*
*
" Inspector Ridzwan Hakim dah nak kahwin la hari Jumaat ni. Macam tak percaya je." Usik Adam.
Nazril dan Hidayat masing-masing ketawa. Dia dah masak sangat dengan Adam ni. Suka sakat orang.
"Untung ustaz Ridzwan, tak lama lagi ada la yang masakkan untuk dia kan? Kesian kita single!!" Luah Hidayat.
"Tu la kau. Harap muka je handsome,tapi takde satu pon yang sangkut. Tengok aku ni, anak dah 2 orang tau..." Balas Nazril dengan wajah acah riyak
"Alhamdulillah...." potong Ridzwan.
Nazril tersengih bak kerang busuk. Hidayat dan Adam ketawa.
"Bila kau start ajar budak-budak mengaji kat surau?" Soal Hidayat.
"Insya-Allah lepas kahwin nanti aku start. Sekarang tengah busy kan." balas Ridzwan sambil menaip sesuatu di skrin iPhone 13 pro nya.
"Ohh..boleh la aku hantar anak aku mengaji dengan kau sekali." Tambah Nazril
"Kalau kau nak ngaji sama pon no problem la Naz. Tapi aku tak rotan kau dengan rotan biasa, aku rotan kau dengan buluh besar terus" Usik Ridzwan.
"Yang tu aku setuju" Serentak Adam dan Hidayat..
Lalu semua disitu ketawa.
TBC
YOU ARE READING
Anugerah Dari Tuhan
De TodoDISCLAIMER!!!! : SEMUA YANG TERKANDUNG DALAM KARYA INI ADALAH 100% HASIL DARI IDEA KEPALA OTAK AKU SENDIRI! NO COPY PASTE / CIPLAK MY IDEA! KALAU TERSAMA DENGAN KARYA LAIN ITU ADALAH SATU KEBETULAN. BY THE WAY, ENJOY YAAA. Alkisah seorang gadis ya...