BAB 12

383 43 1
                                    

"Selamatkan diri awak. Ikut mereka, lari!" 

"Saya taknak tinggalkan awak!" 

"Kita akan berjumpa lagi. Saya janji..."

"Awak mesti terkejutkan dengan apa yang jadi tadi?" Lamunanku terhenti mendengarkan suara Qhallish. Aku mengangkat mata.

"Maaflah sebab terpaksa tengok semua tu, awak mesti rasa takut . Haih, sebab tu lah saya tak benarkan awak keluar. Banyak perkara yang kita tak jangka boleh ber-" 

"Seronok." Qhallish terdiam.

"Hmm?" 

"Seronok. Pertama kali saya rasa saat yang mendebarkan macam tu depan mata sendiri. Biasanya cuma tengok dalam filem. Aksi lawan tembak menembak. Zaiyyan nampak macho gila tadi! Wah... Pertama kali saya boleh tengok senjata api, boleh tahan berat juga eh pistol tu. Saya ingatkan ringan saja, sebab nampak mudah tengok semua orang guna. Patutlah latihan dia berat. Susah rupanya. Eh tapi, awak pun nampak hensem sangat tadi. Style habis masa awak tembak abdomen lelaki tu, dengan ayat "langkah mayat aku dulu bla bla bla". Minat betul!" Aku terkedu ketika tersedar yang aku sudah terlepas cakap. Qhallish yang sedari tadi memasang telinga melepaskan tawa. Masalahnya bukan ketawa biasa, ini sampai terhenjut bahu , berair mata. Mukaku memerah menahan malu.

"Comel betul awak ni Qaysara. Awak ni memang tak berubahkan? Benda-benda mendebarkan itulah yang dia suka." Qhallish melepaskan kata di dalam tawa tanpa sedar dia sudah tersilap cakap. Aku mengerutkan dahi. Tak berubah?

Qhallish meneruskan tawanya untuk beberapa ketika. Aku hanya diam menunggu dia reda dari tawa.

"Qhallish." Qhallish menyapu sisa air mata yang ada.

"Kita pernah kenal ke?" Dia memandang tepat ke arah mataku.

"Kenapa awak tanya?"

"Tadi awak sebut, saya tak pernah berubah. Kita memang pernah kenal ke sebelum ni?" Dia memasang riak tenang.

"Pernah," aku bersandar ke belakang.

"Patutlah awak dengan Zaiyyan selesa dengan saya. Dan tak pelik Puan Nazeera dan Encik Adyan boleh terima saya dengan senang hati." 

"Hanya awak dan saya," keningku bertaut.

"Umi dan abah, diaorang tak kenal awak. Mungkin sebab mereka jatuh kesian dengan awak sebab tu awak diterima dengan mudah. Tapi hanya saya, yang kenal awak."

"Zaiyyan?" Dia menggelengkan kepalanya.

"Abang Yan tak kenal awak. Sebab masa tu hanya ada awak dan saya." 

"Patutlah awak tahu nama penuh saya," dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Macam mana kita boleh kenal?" Sekali lagi aku cuba memancing Qhallish. 

"Kenapa yang awak beria sangat nak tahu, Qaysara?" 

"Patutnya saya yang tanya awak, kenapa awak beria sangat taknak bagitahu saya?" 

"Sebab saya risau awak akan terlampau takut." 

"Awak tengok saya takut tak tadi?" 

"Mungkin awak tak tapi saya ya," perlahan sahaja dia menggumamnya.

"Saya cuma akan cerita sikit saja. Dan saya harap awak takkan tanya tentang ni lagi," aku mengangguk setuju.

"Awak sebenarnya, kawan kepada isteri saya..." Aku berkerut. Apa kena mengena isteri dia dengan aku? Kawan?

"Awak pun tahu kerja sebagai polis sememangnya musuh keliling pinggang. Benda ni menyebabkan isteri saya terkena tempias kemudian mereka target awak untuk dapatkan maklumat tentang saya memandangkan awak agak rapat dengan saya. Dah lama saya cari awak. Diaorang dapat sembunyikan isteri saya tapi diaorang tak dapat apa-apa maklumat dari awak. Diaorang datang konon nak beri amaran pertama." Qhallish membuka cerita. Aku terkedu. Penting sangatkah aku sehingga mereka sanggup mengeluarkan senjata api di khalayak umum untuk memberi amaran.

"Ikut arahan saya, kalau saya cakap jangan keluar jadi jangan keluar. Saya taknak perkara macam tadi terjadi lagi sekali." Qhallish memperlahankan nadanya seolah-olah merayu. Aku hanya diam. Entah kenapa hati terasa sakit. 

"Okay," ringkas sahaja balasan yang aku berikan. Bukan kerana rasa takut menyelubungi diri, tapi kerana rasa sakit hati mendengar penerangan Qhallish. Namun kemudian cepat-cepat aku beristighfar. Tak elok Qaysara, dia suami orang.

"Saya balik pejabat dulu, abang Yan akan teman awak di rumah." Qhallish bangun kemudian berlalu ke pintu. Aku termenung memandang lantai.

"Qhall dah pergi?" Zaiyyan menegur. Aku hanya mengangguk. Tiada semangat mahu membalas. Zaiyyan  hanya melihat perubahan riakku.

"Qaysara, awak suka Qhallish ke?" Aku mengangkat kepala. Zaiyyan tersenyum pahit kepadaku.

"Jahat tak kalau saya cakap lupakan perasaan awak pada dia, dan terima saya?" Aku tercengang.

"Hah?" Zaiyyan menggeleng.

"Tak ada apa, awak nak makan? Saya ingat nak ajak awak makan luar tapi dah jadi pula macam tadi kita order FoodPanda sajalah."


"Tuan..."

"Inspektor Adyan..." 

"Tolong benarkan saya buka kembali kes ni tuan..." Qhallish membuat muka comel. Encik Adyan mengurut dahi perlahan.

"Apa rancangan kamu sebenarnya, Qhall?" Pandangan diredupkan.

"Tolong beri Qhall kebenaran, abah. Mereka dah tunjukkan diri. Isteri Qhall dalam bahaya."

𝐑𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧Where stories live. Discover now