BANG!
Satu tembakan dilepaskan ke langit sekaligus menghentikan peperangan yang tadinya rancak berbunyi.
"Adyan! Kau tengok apa yang aku ada sekarang!" Luth menjerit. Qhallish terpana.
"Sayang..."
"Qhallish..." Luth tersenyum senget. Mukaku diusap dengan pisau lipat perlahan.
"Ya Allah, sayang!" Qhallish membuka langkah menuju ke arah kami.
"Aip!" Luth menjerit. Pisau tadi dibawa ke bahagian lengan seraya menghiris kulitku. Darah meleleh keluar, aku berkerut menahan sakit. Qhallish automatik berhenti bergerak.
"Setapak kau dekat dengan kitaorang, aku siat kulit isteri kau yang mulus ni." Qhallish menelan liur. Luth dan aku dipandang bersilih ganti.
"Apa lagi yang kau nak Luth? Cip tu dah ada dalam tangan kau, rahsia negara dalam tangan kau. Kau dah menang. Lepaskan isteri aku, Luth..." Qhallish merayu. Mata kami bertentang. Sekali lagi air mataku mengalir keluar. Sebegitu murah air mataku pada hari ini.
"Lepaskan isteri kau? Lawak apa yang kau tengah buat ni Qhallish? Kau ingat aku hamak sangat ke dekat rahsia negara tu? Pergi mampus ah, jiwa aku nak berbakti pada negara dah lama lenyap sejak lima tahun lalu. Sejak kau pisahkan aku dengan Sofeya." Qhallish tersentak.
"Apa... Maksud kau?"
"Aku nak kau rasa balik apa yang aku rasa. Dua tahun lalu, aku yang culik isteri kau tapi perancangan aku tak teliti, aku gelojoh dan akhirnya kau dapat kesan aku. Aku buat kau fikir motif penculikkan kerana papa dia, padahal aku tak tahu pun papa dia penyimpan rahsia negara. Memang aku yang buat rancangan nak bunuh keluarga dia demi curi ccip tu. Aku nak kau gagal dalam bidang kau. Tapi tak sangka pula kata-kata lima tahun lalu jadi kenyataan, berkat amin aku. Korang kahwin. Aku yang haru-birukan kes kau semata-mata sebab nak kau hancur tapi aku silap, semua ni takkan beri kesan apa-apa pada kau. Aku perasan korang dah bertemu. Aku cipta rancangan baru. Aku nak kau! Rasa balik apa aku rasa! Aku nak kau tengok sendiri isteri kau mati depan kau! Aku nak kau rasa macam mana perasannya bila kau tak dapat nak selamatkan isteri kau!" Luth bagaikan histeria. Dia melepaskan segala kata yang dia mahu. Qhallish terkedu. Ini bukan Luth yang dia kenal.
"Luth..." Qhallish beranjak ke hadapan satu kali. Lengan kiriku menjadi mangsa hirisan pisau, namun lebih dalam. Aku meringis kesakitan.
"Jangan bergerak aku kata!" Qhallish diam.
"Kau ni memang degil lah. Tak berubah dari dulu sampai sekarang." Luth menggelengkan kepala.
"Kau nak aku buat apa, Luth? Aku akan tunaikan. Tapi tolong lepaskan isteri aku. Aku merayu." Qhallish melutut. Pistolnya diletakkan ke bawah. Dia memberi isyarat kepada anak buahnya yang lain. Dengan teragak-agak mereka meletakkan pistol ke tanah. Tangan diangkat ke atas.
"Hmm... Aku nak minta apa eh? Erm... Hah aku tahu. Kembalikan Sofeya pada aku."
"Ya Allah, Luth..."
"Kenapa? Tak boleh? Kalau tak boleh nampaknya terpaksalah aku..." Tangannya dihalakan ke arah leherku. Aku memejamkan mata bersedia menunggu masa.
"Jangan!"
"Berhenti!" Suara Zaiyyan memenuhi ruang. Luth dan Qhallish sama-sama terkedu.
"Kau panggil bantuan Qhallish!" Luth menjerit marah. Laju sahaja picu ditarik, muncung diacukan ke kepalaku.
"Ayra!" Qhallish menjerit seraya mengambil kembali pistolnya. Anak buahnya yang lain juga sama.
Belum sempat Luth menembak, Zaiyyan sudah terlebih dahulu menembak tangan Luth. Pistol yang dipegangnya terlepas jauh. Dia menjerit berang, pegangannya menjadi longgar. Aku menendang bahagian sulitnya kemudian terus berlari menuju ke arah Qhallish. Qhallish memelukku erat.
"Argh, tak guna! Tunggu apa lagi, serang lah!" Teriak Luth. Perlawanan tembak menembak kembali dimulakan. Qhallish menyorokku di belakang badannya.
"Pergi ke ambulans, sekarang!" Qhallish memberi arahan. Aku terus berlalu ke arah Zaiyyan dan pasukan medic.
"Zaiyyan tolong Qhallish!" Aku memberi arahan cemas pada Zaiyyan. Dia mengangguk dan terus mengejar Qhallish yang sudah membuka langkah ke arah Luth.
"Tak guna kau Luth!" Satu tendangan singgah di dada Luth. Luth terbaring ke belakang. Dek kerana tekanan tendangan itu terlalu kuat, dia memuntahkan darah.
"Ya Allah, Qhallish!"
"Kau... Disebabkan dendam kau sanggup berubah. Mana pergi Muhammad Luth Haydar yang aku kenal dulu!" Qhallish menjerkah. Luth gagah bangun dengan ketawa mengejek.
"Luth Haydar yang kau kenal dah lama mati. Dia mati lima tahun lalu, sama hari, jam, minit dan saat dengan Nur Sofeya Humaira meninggal!" Satu tumbukan dilepaskan oleh Luth ke arah Qhallish. Qhallish yang tidak sempat mengelak terlunjur ke belakang. Bibirnya yang terasa basah dia pegang. Darah!
"Kau!" Mereka mula beradu tenaga. Zaiyyan yang baru sampai tercungap-cungap mencari nafas. Di saat dia mahu menahan adiknya, matanya menangkap satu objek berkilau di tangan kanan Luth.
Ya Allah, pisau!
YOU ARE READING
𝐑𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧
Romance[KARYA PERTAMA | COMPLETED] Disebalik wajah bersahaja Inspektor Adyan terselit seribu satu rahsia yang disimpan kemas selama dua tahun. Kejadian yang memburu diri, menghantui hati, melukakan setiap langkah dia lalui. Tiada siapa yang tahu, tiada sia...