Qhallish mengiring ke kanan menghadapku. Mata kami bertentangan. Dia menghadiahkan senyuman, aku membalas.
"Selepas dua tahun, akhirnya boleh juga saya tidur sekatil dengan awak."
"Awak ni dah kenapa?" Geram aku dengan Qhallish yang tak sudah membuat sedih. Tahulah sepanjang sebulan perkahwinan mereka dulu, mereka belum pernah tidur sekali. Tapi tak payahla sampai nak buat sedih-sedih macam ni.
"Abang rindu sayang," aku terkedu. Matanya tidak lepas dari memandang mataku.
"Saya rindu awak juga."
"Ehem."
"Takkan saya nak bahasakan diri saya sayang? Gelilah!" Aku merengek.
"Guna nama lah," lembut sahaja Qhallish menjawab. Ah, dia ni. Perempuan mana je yang tak jatuh cinta dengan lelaki softspoken?
"Sekali lagi," aku membuat muka kerek.
"Cepat sayang..."
"Ayra rindu abang," lambat-lambat aku membalas. Dia tersenyum.
"Meh sini, peluk." Qhallish mendepakan sedikit tangannya. Aku tersengih, pantas sahaja aku meluru ke badannya. Pelukkan dieratkan. Aku melepaskan segala rasa yang sudah lama terbuku di dalam jiwa. Deruan nafas Qhallish jelas terasa di dahi. Rasa nyaman dan hangat menerpa di dalam diri. Dah lama aku rindukan rasa ini.
"Sayang, bangun subuh." Qhallish menepuk bahuku perlahan. Aku menggeliat.
"Sekarang pukul berapa?" Aku bertanya.
"Awal lagi, baru pukul 5:55." Qhallish menjeling jam di dinding.
"Awak dah ambil wudhu ke?" Qhallish menggeleng.
"Belum, awak pergilah dulu, cuci muka, ambil wudhu. Atau sayang nak pergi sekali?" Qhallish bagaikan tertelan batang keladi, tersengih miang. Aku membulatkan mata. Laju sahaja kaki mencecah lantai, aku berlari-lari anak masuk ke tandas.
Kami selesai solat subuh, badan kembali direbahkan ke atas katil. Masing-masing hanya termenung memandang siling.
"Awak tak kerja hari ni?" Qhallish menggeleng perlahan.
"Kalau ada on-call baru saya pergi," aku mengangguk.
"Jadi... Boleh kita bercakap tentang kita sekarang?" Aku berkerut.
"Kita?"
"Ya, kita."
"Nak cakap pasal apa?"
"Awak hilang ke mana selama ni?"
"Saya tak pergi mana. Saya ada ja dekat dengan awak."
"Awak perhatikan saya selama ni?" Aku mengangguk.
"Dan awak nampak, saya macam orang gila cari awak selama ni?" Sekali lagi awak mengangguk namun kemudian muncul rasa bersalah di dalam diri.
"Saya minta maaf sebab saya tak muncul depan awak dengan lebih awal. Saya hanya mengikut arahan yang diberikan."
"Arahan?"
"Lepas kita terpisah, saya dibawa ke satu kampung jauh dari bandar dan saya tak tahu tempat tu dimana. Saya jalani kehidupan berdasarkan surat yang saya terima. Arahan diberikan melalui surat, saya tak tanya banyak sebab surat tu cakap kalau saya tak ikut arahan dia, awak akan dalam bahaya. Cliche kan? Saya ikut dengan rela hati sebab arahan yang diberikan tak ada lah pelik mana. Cuma dia bagitahu saya bila saya perlu pindah, kat mana saya perlu duduk dengan siapa saya perlu baik itu saja. Dah macam dalam filem pulak."
"Arahan terakhir yang saya terima adalah keluar dari rumah tu dan pastikan saya duduk dengan keluarga awak. Awak tahu tak, masa saya dapat arahan tu otak saya dah bengong-bengong dah fikir macam mana saya nak jumpa keluarga awak kalau diaorang pun tak tahu siapa menantu diaorang? Ya, diaorang tahu awak dah kahwin tapi diaorang tak kenal siapa isterinya."
"Jujur bukan dalam rancangan saya untuk berjumpa dengan mak mentua saya dalam masjid, saya pun tak sangka dia akan tegur saya. Dan yang lagi saya tak sangka kita akan berdrama dalam tandas lelaki," aku tersengih. Qhallish menahan senyum mendengar setiap bicaraku yang tiada henti.
"Jadi apa lagi awak nak tanya?"
"Boleh awak janji kita takkan terpisah lagi?" Aku terkedu. Ya, bukanlah dalam rancangan aku untuk kami berpisah, Qhallish sendiri yang keluarkan arahan untuk selamatkan diri ketika itu.
"Saya tak berani janji tapi kita boleh cuba."
YOU ARE READING
𝐑𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧
Romantik[KARYA PERTAMA | COMPLETED] Disebalik wajah bersahaja Inspektor Adyan terselit seribu satu rahsia yang disimpan kemas selama dua tahun. Kejadian yang memburu diri, menghantui hati, melukakan setiap langkah dia lalui. Tiada siapa yang tahu, tiada sia...