"Aku tak tahu apa yang patut aku buat, Yad." Qhallish menyembamkan mukanya ke meja. Fayyadh hanya menongkat dagu.
"Apa kau dah buat sebenarnya, Yan?" Qhallish menggeleng.
"Aku tak tahu macam mana aku nak berhadapan dengan dia. Aku selalu mengelak dari berada di rumah. Aku tak teman dia keluar walau aku tahu dia memang perlu keluar. Aku biarkan abang Yan yang teman dia. Aku terlalu takut. Aku takut, aku hilang dia." Qhallish meraup muka. Fayyadh mengusap rambutnya ke belakang. Pening kepala dia melayan sahabatnya yang seorang ini. Sesekali dia mengerling ke arah jam. Argh, dah petang. Apa agaknya dia tengah buat sekarang ni ya?
"Kau dah bagitahu kenapa kau buat semua ni?" Qhallish mengangguk.
"Jadi? Dia sepatutnya boleh faham keadaan kau. Yang kau gelabah sangat kenapa?"
Beberapa hari selepas kejadian. Aku khusyuk membaca novel yang dibelikan Zaiyyan. Disebabkan aku tak dibenarkan keluar, mahu tak mahu terpaksa la aku minta orang lain yang tolong belikan.
"Assalamualaikum," suara Qhallish kedengaran di muka pintu. Aku menjawab perlahan.
"Awal awak balik," dia tersengih.
"Saya half-day. Tak ada on-call, balik lerr tunggu apa lagi. Naik muak juga kalau lama-lama perhati fail kes warna hitam putih tu," aku ketawa kecil.
"Saya nak keluar lepas asar, awak nak ikut tak?" Qhallish mempelawa. Mataku bersinar-sinar mendengar pelawaan itu namun kemudian aku cepat-cepat menyembunyikan riak teruja.
"Pergi mana?" Mendatar sahaja aku bertanya.
"Jalan-jalan sambil dating dekat dataran nak?" Soalan dibalas dengan soalan.
"Dating?" Qhallish menahan tawa.
"Awak tak bosan ke duduk rumah? Hari ni saya teman awak keluar."
"Bosanlah! Tapi dah ada orang tu marah suruh jangan keluar, takkan saya nak bantah?!" Aku menyindir Qhallish.
"Yalah, yalah. Dah pergi mandi, dah macam orang tak mandi setahun saya tengok. Air liur basi pun ada lagi," cepat-cepat aku memegang muka. Cis, mana ada air liur basi. Pandai je nak kantoikan yang aku tak mandi lagi.
"Kemain pakai cantik-cantik. Awak memang nak pergi dating dengan saya ke?" Qhallish memehatiku dari atas ke bawah beberapa kali. Aku melihat ke arah pakaianku. Tudung bawal, blouse dan seluar slack hitam. Formal dan biasa. Apa yang cantiknya?
"Suka hati sayalah nak pakai macam mana pun. Awak tu pulak, pakai wangi-wangi nak dating dengan saya betul-betul ke?" Aku membalas.
"Aik, dahtu takkan saya nak busuk pulak? Nanti awak juga yang lari," aku mencebik.
"Dahla malas saya nak layan, nak pergi atau tidak? Saya panas ni," sengaja aku mengibas-ngibaskan tangan berlakon panas, padahal pendingin hawa masih terpasang. Qhallish mencapai kunci kereta, kami mula bergerak keluar dari kawasan apartmen.
"Kita nak pergi mana ni?" Aku mengerutkan dahi.
"Awak yang ajak saya, lepastu awak tanya saya balik kita nak pergi mana?" Qhallish tersengih. Jam digital dikerling, baru jam 16:35. Nak pergi mana, haih.
"Kita pergi pantai, nak? Malam ni saya nak kena pergi kenduri, kawan saya buat dekat rumah dia. Awak ikut saya sekali," mudah sahaja Qhallish memberi arahan.
"Kenduri apa?"
"Entah, makan-makan biasa saja kot."
"Nak aiskrim?" Aku mengangguk. Mak aih boleh tahan panas. Qhallish kembali dengan dua cawan aiskrim di tangan.
"Qhallish."
"Hmm?"
"Isteri awak umur berapa?" Dia tersedak.
"Kenapa tiba-tiba tanya?" Aku menggeleng. Saja nak tahu.
"Sama dengan awak," aku mengangguk.
"Tak adalah muda sangat, tak tua sangat. Okaylah sesuai dengan awak yang dah 30-an. Zaiyyan pun baru awal 30-an kan?" Dia mengangguk. Tangan masing-masing setia menyuap aiskrim ke dalam mulut.
"Kalau saya jadi kakak ipar awak, dan kahwin dengan Zaiyyan awak terima tak?" Sekali lagi Qhallish tersedak kali ini dengan pakej terbatuk-batuk sekali. Dia memandang ke arah lain sambil menepuk dada. Aku memandangnya dengan riak tercengang.
"Awak suka dekat abang Yan ke?" Dia bertanya, muka masih menayang riak perit. Tersedak aiskrim je...
Aku tidak menggeleng, tidak pula mengangguk.
"Saya suka awak." Qhallish diam.
"Tapi awak dah ada isteri," aku pura-pura ketawa seolah kata-kata tadi adalah gurauan.
"Jadi jomlah kahwin," giliran aku pula tersedak.
"Haih awak ni," aku menjeling Qhallish. Dia ketawa.
"Saya cakap betul lah, kalau awak nak sekarang pun kita boleh kahwin."
"Kan saya dah cakap, saya taknak. Saya tak suka berkongsi suami," aiskrim kembali disuap ke dalam mulut. Qhallish masih tidak lekang dengan senyuman di bibir. Sesekali matanya tetap meliar ke sekeliling bimbang kalau-kalau ada lagi penyerang seperti tempoh hari.
"Zaiyyan tu pernah bercinta ke?" Aku membuka topik baru bagi menghilangkan kesunyian di antara kami.
"Tak pernah," aku mengangguk faham.
"Tapi dia pernah menyimpan perasaan pada seseorang," aku diam. Mataku bertentang dengan mata Qhallish.
"Seseorang?" Dia mengangguk.
"Tapi abang Yan tak pernah bagitahu sesiapa tentang perasaan dia."
"Sebab apa?"
"Sebab perempuan tu dah berkahwin..."
YOU ARE READING
𝐑𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧
Romance[KARYA PERTAMA | COMPLETED] Disebalik wajah bersahaja Inspektor Adyan terselit seribu satu rahsia yang disimpan kemas selama dua tahun. Kejadian yang memburu diri, menghantui hati, melukakan setiap langkah dia lalui. Tiada siapa yang tahu, tiada sia...