BAB 1

2K 194 32
                                    

"Qay... Qaysara... Qaysara!" Bahu ku terhenjut dan aku bangun dengan mata yang masih kuyu.

"Hah... Ya saya?" Aku memandang sekeliling. Rasa tadi macam ada orang panggil. Perasaan aku saja ke tadi? 

"Ya allah astaghfirullahalazim..." Tangan naik meraup muka. Aku beristighfar beberapa kali, peluh yang membasahi dahi dilap. Mata mengerling angka jam yang tertera di atas meja belajar. Jam 07:50. Patutlah dah dekat pukul 8 malam.

"Terlajak tidur pula aku..." Aku menyusun kertas dan buku yang berselerak menjadi satu. Pen, pensil, pisau dan jangka lukis disimpan di dalam bekas. Tangan digawang ke atas, nafas ditarik dalam.

"Ahh sedap betul boleh menggeliat," usai menggeliat aku memandang sekeliling bilik yang berselerak. Satu keluhan dilepaskan. 

"Aih... Satu kerja nak kena kemas. Malas gila," buku dan kertas yang berterabur di atas lantai di ambil dan di susun ala kadar di atas meja. Aku keluar dari bilik, pintu peti sejuk dibuka air kosong dicapai. 

"Argh sejuk betul malam ni," badan dialihkan dan mataku menangkap beberapa buah beg yang aku susun di depan pintu. 

"Tak sangka kan, dah sampai masa dia," aku tersenyum sendiri. Tanpa berlengah lagi aku menuju ke bilik mandi dan mula bersiap untuk pergi.

Pintu rumah dikunci, aku menghela nafas berat. Skrin telefon diperiksa, satu notification dari apps grab naik. Aku dah terlewat! Terkocoh-kocoh aku berlari ke arah lif memandangkan aku dah tersidai dia 15 minit.

"Maaf encik, saya terlambat. Tadi saya teralit depan pintu rumah tu ambil angin malam," aku memaparkan mimik muka cuak. Pemandu grab tu hany tertawa kecil.

"Tak apa, 15 minit ja saya tunggu. Tak lama pun. Cik nak balik kampung ka?" Aku mengangguk.

"Haah, dah lama tak jumpa dengan family," aku tersenyum sendiri.

"Umur berapa?" 

"26."

"Kerja atau belajar?" 

"Dua-dua, tapi sekarang banyak tumpu pada belajar sebab tengah nak ambil Phd kan," pemandu grab itu tersenyum kagum.

"Woo bakal-bakal doktor muda lah ni ya," aku tergelak kecil.

"Lebih kurang macam tu la..." Dia mengangguk beberapa kali.

"Bagus-bagus, belajar rajin-rajin. Banggakan mak ayah, jangan jadi macam abang disebabkan satu kesalahan abang hilang kebahagiaan dan syurga abang dalam sekelip mata," senyuman ku terpadam. Okay ini bukan masa untuk senyum bangga kena puji bukan?

Lama kami mendiamkan diri. Melihat suasana yang agak kekok dia membuka mulut.

"Tak perlu rasa bersalah, benda dah jadi. Kita yang masih hidup kena teruskan hidup. Tak ada guna menangis air mata darah sebab masa tak boleh diulang semula," aku tersenyum pahit. 

"Dik..." Aku mengangkat kepala memandang cermin.

"Bila kau dah bangun dari tidur yang panjang, abang harap kau takkan buat silap lepas apa yang kau akan tengok," aku mengangkat kening. 

"Hah?" Aku tak faham. Apa dia cakap ni?

"Kita dah sampai..." Ehh, aku memandang luar. Ini bukan tempat yang aku tuju...

"Takkan la kita dah sampai bang, sekejap sangat ni biasa perjalanan saya sejam lebih," aku kembali memandang ke arah cermin namun pemandu grab itu hanya diam memerhati. Aku meneguk liur, seram pula tetiba. Tak apa lah turun jelah nanti pandai-pandai la aku cari jalan. 

Pemandu grab itu pergi tanpa berkata apa, duit tambang juga tidak diambil. Kepala digaru dengan perasaan penuh tanda tanya. Aku ada terbuat apa-apa ke tadi? Rasanya tak. Bahu diangkat tanda malas nak kisah.

Aku memandang sekeliling, baru jam 21:35. Eh kejap, pukul 9 malam?! Aku rasa tadi aku keluar rumah pukul 8 kan? Aku menekup mulut tidak percaya. Aku tertidur kah tadi? 

Baru teringat yang aku belum solat isya, terkocoh-kocoh aku berlari ke arah masjid yang kebetulan berada tidak jauh dari ku. Barang ditinggal di dalam ruang solat wanita dan aku berlari masuk ke dalam tempat wudhu. Tudung di sangkut ke dinding dan aku cepat-cepat mengambil wudhu.

"Astaghfirullahalazim!" Kegiatanku yang sedang membasuh kaki terbantut. Aku menoleh ke belakang dan jelas di mata ku ada susuk tubuh seorang lelaki yang sedang membelakangi aku.

"Astaghfirullahalazim cik, cik buat apa ni?!" Dengan nada yang tegas dia memarahiku. Tudung cepat-cepat dicapai dan aku melangkah mendekatinya.

"Saya ambik wudhu lah dekat sini nak buat apa lagi. Sepatutnya saya yang tanya encik, encik buat apa dekat sini?" Lelaki itu memandangku dengan pandangan sinis dan melihatku atas dan bawah beberapa kali.

"Saya datang sini nak ambik wudhu lah, takkan nak buat maksiat pula," dia menjawab selamba. Aku mengetap bibir.

"Dah kenapa pula ambik wudhu dekat sini, dah tak ada tempat lain ke nak ambil?!" Lelaki itu menahan tawa.

"Cik, cuba cik tengok tu," dia memuncungkan bibirnya menghala ke arah papan tanda di dinding. Dalam gelap aku cuba membaca tulisan yang terpapar. 

Memandangkan aku nampaknya dalam susah payah hendak membaca lelaki itu menyuluh lampu ke arah papan tanda tersebut. 

"Tempat wudhu lelaki."

Aku membulatkan mata kemudian laju saja melihat ke arah lelaki itu kembali.  

"Dah faham dah?" Dia bertanya. Aku kehilangan kata-kata. Kaki mula membuka langkah mahu melarikan diri namun baru sahaja aku nak lari suara beberapa orang lelaki jelas terdengar di telinga. Alamak ada orang datang!

Secara spontan aku menarik lelaki itu masuk ke dalam salah satu kabinet tandas dan aku mengunci pintu.

"He-" aku menekup mulut lelaki itu pantas. Aku memberi isyarat diam. Dia memandangku dengan pandangan terkejut. Nafasnya jelas terasa di tapak tanganku. Okay sejujurnya ini tindakan spontan dan drastik aku tak ada niat untuk berdrama atau apa-apa saja.

Selepas beberapa minit suara mereka hilang perlahan-lahan aku melepaskan tanganku dari mulutnya. 

"Dah kenapa?!" Dia memandangku dengan pandangan marah namun nada masih dikawal.

"Maaf saya tak sengaja," aku menarik kunci pintu laju dan mahu berlari keluar. Namun tangan sasa itu lebih cepat menahan dan menutup pintu kabinet itu kembali. 

Aku tergamam kerana perlakuannya sekaligus mengunci pergerakkan ku. Yelah tangan kiri kanan dekat dinding, kau rasa? 

"K-kenapa?" Aku sedikit cuak. Dia memandangku agak lama namun kemudian cepat-cepat dia beristighfar.

"Astaghfirullahalazim, err tak. Dah keluar ni jangan lupa ambil wudhu balik," cepat-cepat dia menarik tangan kirinya. Aku masih tersandar di dinding tandas.

"Kenapa?" Dia bertanya pelik memandangkan aku belum keluar.

"Err tangan kanan awak... Masih tahan pintu," dia memandang tangan kanannya kemudian cepat-cepat menarik menjauhi diriku. Dia berdehem sedikit. Aku berlari keluar dengan muka merah.

"Qaysara, kau mesti dah gila." 

𝐑𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧Where stories live. Discover now