PROLOG I

4.8K 307 18
                                    

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

WARNING ⚠️ : THIS STORY MIGHT BE REALLY CLICHE!

"Berhenti, berhenti..." Aku menekan brek mengejut dan kereta berhenti tepat beberapa inci sebelum melanggar pegawai polis yang menahanku di hadapan.

"Dah ini kenapa pula... Aku dah lambat ni dia pergi tahan pulak," cermin diturunkan dan aku menayang muka masam ke arahnya. Dia hanya menjeling ku sekilas sebelum memandang ke arah pegawai yang lain.

"Cik berhenti tepi..." Selamba sahaja dia memberi arahan sambil mencatat sesuatu pada bukunya. Aku mengangkat kening.

"Hah?" Dia mengangkat kepala, memandangku dengan pandangan tidak berpuas hati.

"Saya cakap berhenti tepi, cik ni ada masalah pendengaran ke?" Aku mengetap bibir tidak berpuas hati.

"Kenapa pula saya nak kena berhenti tepi? Saya bukannya buat salah apa pun," aku membantah.

"Cik... Sebelum saya yang masuk dan ubah kereta cik sendiri supaya berhenti dekat tepi baik cik sendiri yang ubah. Dekat belakang kereta cik ni ada ramai lagi tau yang tengah tunggu, semua orang nak cepat bukan cik seorang. Tolong bagi kerjasama ya cik..." Dia tersenyum paksa namun tetap ada kekerasan di dalam ayatnya.

Aku mendengus tapi masih mengikut arahan. Dia kembali memeriksa beberapa kenderaan kemudian datang ke arahku. Aku mengerling nombor yang tertera di jam digital kereta. Jam 22:55, arghhh dah lambat!

"Cik..." Pegawai itu mengetuk cermin kereta yang aku turunkan separuh. Aku memandangnya dengan tanda isyarat "apa?".

"Bawak turun cermin... Kad pengenalan dan lesen?" Aku menghulurkan kedua-dua kad itu dengan kasar. Dia membelek lesenku kemudian menyerahkannya kembali. Matanya tak lepas dari memandangku atas dan bawah.

"Boleh saya pergi sekarang? Saya ada urusan penting ni..." Aku membuat muka sedih.

"Sepenting mana pun urusan awak, penting lagi kerja saya, jangan nak bagi alasan," aku mencebik.

Mataku menjeling tag nama di badannya, Adyan. Perasan aku sedang memerhatinya dia berdehem dan memandangku dingin. Tangannya diangkat dan dia menambah sesuatu di kertas yang ditulisnya tadi kemudian dicabut dan diberikan kepadaku.

"Apa ni?" Aku mengerutkan dahi.

"Surat cinta dari seorang pegawai polis untuk gadis muda yang baru berumur 19 tahun." Adyan menjawab selamba. Aku tercengang.

"Saman?!" Aku menarik kertas itu dan membacanya laju. Adyan meletakkan tangannya di atas pintu kereta dan menongkat dagu.

"Memandu melebih had laju, saman RM150. Lesen masih belum kompeten dan tiada pelekat "P" depan dan belakang, saman RM70. Tapi disebabkan saya baik, jadi saya cuma saman cik atas kesalahan memandu melebih had laju sahaja. Jangan lupa untuk bayar saman dan tolong beli pelekat "P", kalau kena saman pun tak baloi dengan harga pelekat cuma RM1.50. Cik boleh pergi sekarang." Adyan menghabiskan kata-katanya kemudian berlalu pergi selepas melambai ke arah aku. 

Aku ternganga melihat perangai selambanya, mataku juga tidak berkelip untuk beberapa saat. Baru sahaja beberapa langkah dia pergi, Adyan berpaling.

"Cik jangan lupa tutup mulut, nanti lalat masuk!" Dia menjerit. Pegawai polis lain yang mendengarnya hanya tersenyum sendiri.

Aku menggeleng kepala dan cepat-cepat menaikkan kembali cermin kereta. Muka terasa panas menahan malu. Gear D ditarik dan aku bergerak meninggalkan kawasan "roadblock". Perasaan malu masih menguasai diri, aku menarik nafas berkali-kali dan bertenang.

Untuk beberapa minit aku mengulang pergerakkan itu dan perasaan itu beransur hilang. Pedal minyak ditekan, kereta terus memecut laju menuju ke lapangan terbang.

Sesampai sahaja aku disana, aku memarkir kereta dan berlari-lari anak memasuki lobi. Kepala dan mataku laju sahaja melilau mencari kelibat seseorang.

"Kakak!" Aku menjerit sebaik sahaja susuk yang dicari tertangkap dengan mata. Kaki mula membuka langkah berlari menuju kearah gadis itu. Dia mendepakan tangan dan aku meluru masuk ke dalam pelukkannya.

"Rindunya..." Aku berkata perlahan.

"Adik kakak sihat?" Dia bertanya lembut. Aku mengangguk laju.

"Sorry lambat tadi ada roadblock, polis tu tahan tak pasal-pasal kena saman... Haih terbawa laju sikit ja," dia menahan tawa.

"Yang pergi bawa laju tu dah kenapa. Kakak dah pesankan bawa perlahan ja, lambat sikit tak apa," aku mengembungkan pipi tidak berpuas hati.

"Mana boleh! Orang kalau dah rindu dia sanggup buat apa saja asalkan boleh jumpa. Alah kena saman sikit saja nanti adik bayar la..." Aku tersengih. Dia mengusap kepalaku lembut.

"Eh kakak nak pergi tandas kejap, adik tolong simpan barang dulu. Nanti tunggu kakak dekat depan lobi," aku mengangguk.

"Taknak orang temankan ke? Kalau jadi apa-apa nanti senang sebab orang ada sekali," aku bertanya namun dia hanya menggeleng.

"Sekejap saja ni, tak payahla. Menyusahkan saja," aku mengangguk. Barang bertukar tangan, kami mengambil haluan masing-masing. 

Di pertengahan jalan aku tiba-tiba berasa tidak sedap hati. Aku menoleh memandang ke belakang tapi kelibat kakak dah menghilang. Laju betul dia jalan... Aku mengabaikannya dan berlalu ke tempat parkir kereta. Barang disimpan dan aku bergerak menunggu kakak di hadapan pintu masuk lobi.

15 minit...

30 minit...

Jari ku tidak berhenti dari mengetuk stereng kereta. Lamanya kakak pergi tandas. Dah setengah jam aku tunggu tapi kelibat kakak tetap tiada. Panggilan juga tidak berbalas. Aku mengetap bibir. Enjin dimatikan dan aku berlari keluar mencari kakak.

"Kakak! Naylaa! Kak Naylaa!" Aku menjerit nama itu berkali-kali namun tiada sahutan. Peliknya... Kenapa tiba-tiba rasa macam lobi lapangan terbang ni sunyi. Jadual penerbangan untuk hari ni dah habis ke?

Aku berlari menuju ke setiap tandas wanita dan lelaki namun kelibat kakak tetap tiada. Ya allah... Aku memegang kepala yang sudah kusut diselimuti dengan segala pemikiran negatif.

"Siapa tu?!" Aku menoleh ke belakang sebaik sahaja terdengar seperti bunyi besi terjatuh. Baru sahaja mahu bergerak telefon ku bergetar.

"Bila nak balik? Nayla tak sampai lagi ke? Bukan itu jadual penerbangan yang terakhir ke? Takkan boleh sampai lewat macam ni?!" - ayah.

Aku mengigit bibir. Jam 00:55, ya memang dah lewat. Aku pun sampai lewat tadi... Ya allah... Skrin telefon dinyalakan dan aku mendail nombor yang tertera.

"Hello, ayah..."

'───────⊱༻𝐌𝐔𝐋𝐀༺⊰──────'

𝐑𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧Where stories live. Discover now