Aku memandang sekeliling rumah. Gini punya lawa dikata rumah kampung biasa. Mati-mati aku ingat rumah kayu bawah batu tadi. Astaghfirullahalazim, dari bentuk rumah nampak sangat diaorang orang berduit. Tak hairan boleh pakai myvi 1.5 advance.
"Qaysara..." Satu suara garau menegurku.
"Hah, ya?"
"Awak nak tidur dekat luar ke? Dah setengah jam berangan dekat depan rumah. Kot ya pun terpegun masuk la dalam, berangan dalam rumah. Sejuk dekat luar ni. Nanti demam." Qhallish membebel. Aku tersengih. Caring juga pakcik beku ni.
Qhallish hanya memerhati aku yang terkedek-kedek jalan. Sampai sahaja di hadapan pintu, belum masuk lagi kaki aku tergelincir. Cepat-cepat Qhallish menahan badanku dari terjatuh. Tapi tangan dia...
Mata bertemu mata, deruan nafas Qhallish jelas terasa dimuka ku. Untuk beberapa saat kami berkeadaan seperti itu.
"Ehem, Qhallish..." Jantung ku laju, bukan kerana berdebar berdepan dengan lelaki tapi tangan dia... Atas sangat...
"Ehh astaghfirullahalazim." Qhallish segera melarikan tangannya namun masih menjaga imbangan badanku agar seimbang.
"Cuba la jalan tu hati-hati sikit jangan macam kanak-kanak ribena sangat tau la rumah ni cantik, exited pun behave la sikit," dia memarahiku namun dengan nada bersahaja.
Mukanya agak merah, dia berlari masuk ke dalam bilik. Pintu bilik dihempas kuat sehingga terhenjut bahu ku sedikit. Tak tau lah sebab marah atau malu atau mungkin dua-dua.
Aku tersenyum sendiri tapi memikirkan dosa cepat-cepat aku padamkan senyuman itu, astaghfirullahalazim gila dah aku ni. Salam diberi dan aku melangkah masuk dengan kaki kanan.
"Itu dah kenapa?" Puan Nazeera menegurku. Mungkin pelik dengan kelakuan Qhallish yang tiba-tiba. Aku hanya menggeleng kemudian tersenyum.
"Qaysara..." Satu lagi suara garau menegurku. Aku memandang ke arahnya. Kalau sekali pandang nampak jelas penuaan di mata, aku anggar umur dia dalam 55 ke atas.
"Assalamualaikum er..." Hahaha aku tak tau nak sambung apa. Pakcik? Encik? Tuan? Sir? Tuanku? Eh tak tu jauh sangat.
"Adyan... Panggil abah pun boleh, sayang jangan la. Cemburu umi kamu nanti," aku terkedu. Puan Nazeera membulatkan mata. Tangannya laju sahaja menampar lengan kiri Encik Adyan. Boleh tahan gatal orang tua ni.
"Baik abah..." Walau kekok aku tetap cuba membiasakan lidah. Okay ni pelik macam mana keluarga ni boleh senang sangat terima orang baru tapi... Alah tak apa rezeki mweheheheh.
"Kamu duduk dekat bilik sebelah bilik Qhall tu ya. Bilik tu bilik tetamu, sebenarnya kami ingat nak sedia untuk anak perempuan kami tapi tak ada rezeki yang keluar semua lelaki. Sekarang dah ada kamu tercapai sudah hasrat dihati." Encik Adyan mengulang ayat yang sama seperti Puan Nazeera. Nampaknya memang teringin betul. Tak apa aku akan berusaha jadi anka perempuan terbaik. Hmm!
"Kamu ni... Dah kenapa?" Puan Nazeera dan Encik Adyan memandang aku pelik. Baru aku sedar azam yang aku bina tadi terbawa ke realiti. Tangan yang digenggam cepat-cepat dibawa ke sisi.
"Saya masuk bilik dulu ya..." Aku meminta diri. Muka terasa panas menahan malu.
Badan dihempaskan ke atas katil. Satu tabiat aku, pantang nampak katil terus hempaskan diri. Haih tak senonoh betul. Tangan naik memeluk tubuh, ergh sejuk betul malam ni. Mata memandang siling bilik.
"Ingatkan tidur masjid aku malam ni," aku menggumam sendiri kemudian tertawa kecil. Kelakar bila aku rasa seperti tiada harapan hidup sebaik sahaja ditinggalkan sendiri tadi.
"Haih..." Aku menggeleng kepala. Dalam separuh sedar mata ku mulai tertutup rapat. Dan perlahan-lahan aku tertidur dalam keadaan begitu.
Tit, tit, tit...
Satu bunyi pelik mengejutkan aku dari lena. Cahaya lampu yang begitu terang menyilaui mata menambahkan lagi kepayahan aku untuk membuka mata yang sudah terasa berat.
Bermula dari samar-samar bertukar menjadi jelas suara orang bercakap-cakap di sekelilingnya.
"Eh puan... Puan dah bangun?" Aku memandang ke arah suara yang memanggilku. Tak dapat aku melihat dengan jelas cahaya putih terlalu menyilaui mata.
"Doktor!" Suara itu menjerit bagaikan melihat sesuatu yang menakutkan. Aku memejam dan membuka mata beberapa kali namun masih pandanganku tetap kabur.
"Puan... Puan boleh dengar suara saya? Puan..." Dia menyebut sesuatu. Bagaikan suatu nama... Tapi aku tak dapat dengar dengan jelas. Pandangan ku semakin kabur dan menghitam.
"Puan... Puan! Mana waris dia? Panggil cepat!"
"Encik!" Suasana tika itu begitu riuh. Namun badanku terasa masih lemah. Perlahan-lahan mataku kembali tertutup rapat...
Aku membuka mata luas. Bunyi kucing bergaduh mengejutkan ku dari lena. Astaghfirullahalazim, aku meraup muka. Dah pukul berapa ni?!
Tangan mencapai telefon di atas meja. Mataku terbuntang. Ehh? Baru pukul 3:00 pagi? Ingatkan dah cerah.
Tekak tiba-tiba terasa perit aku bangun dan keluar dari bilik.
"Eh sekejap, nak pakai tudung atau tidak?" Aku berkira-kjra sendiri. Nak pakai tudung rimas lahipun orang tak ada, tak pakai tudung risau. Sudahnya aku mencapai selimut yang berada di atas katil dan menyonyong keluar menuju ke dapur.
"Alhamdulillah, ah lega," aku meletakkan cawan yang sudah dibasuh ditempat asalnya. Baru sahaja kaki mahu melangkah ke depan telingaku menangkap bunyi pintu depan dibuka.
Memandangkan pintu utama adalah sliding door, bunyi geseran yang terhasil sayup-sayup sahaja kedengaran. Mungkin suasana malam ni sunyi jadi bunyi terhasil kedengaran agak kuat.
"Siapa tu? Pencuri ke?" Tangan aku yang mengenggam selimut aku genggam semakin kuat.
"Assalamualaikum..." Satu suara garau memberi salam secara perlahan. Aku mengerutkan kening.
"Aih nak masuk merompak rumah orang pun bagi salam ke?" Aku menggaru kepala. Tangan kanan memegang selipar kemas tangan kiri menjaga selimut agar tidak melorot jatuh.
"Hoii!" Aku menjerkah.
"Hoii woii hoii!" Dia meloncat. Kunci yang berada di tangan terlepas dan jatuh terhempas agak kuat.
"Awak..." Fuh dalam keadaan macam ni pun aku masih sempat bersopan-santun ber-awak saya ya.
"Heii, heii nanti!" Dia memberi isyarat menyuruhku diam.
"Patutnya saya yang tanya awak, awak tu siapa?" Aku mengerutkan dahi.
"Tak kisah siapa saya, awak tu buat apa malam-malam ni datang rumah orang. Nak merompak?" Selipar masih tidak dilepaskan dari tangan. Dia jetawa sinis.
"Haah merompak. Salah ke saya nak merompak rumah sendiri. Awak tu..." Dia memandangku atas dan bawah dengan pandangan semacam.
"Ini selimut ke tuala? Kecil semacam ja..." Aku terkedu.
"Haihh, jangan tengok badan orang suka-suka hati la!" Dia tergelak.
"Awak yang tayang, dah kenapa pula saya yang kena?" Aku menayang muka tidak berpuas hati.
"Lain kali jangan pakai selimut kalau nak keluar, selimut tu memang kecil sikit nak nak pulak bila lilit badan. Lagila..." Dia tersenyum. Aku menjarakkan diri darinya. Seram.
"Kenapa tak tidur lagi? Cik Qaysara..." Dia mengutip kunci yang terjatuh tadi.
"Hah?" Dia kenal aku?
"Yan, Faliq Zaiyyan." Dia memberitahu namanya.
"Anak sulung Encik Adyan dan Puan Nazeera. Orang yang adik saya, Qhallish konon-konon nak jodohkan dengan awak," dia tersenyum senget.
Aku termenung seketika. Oh jadi inilah... Eh kejap, apa? Jadi tadi aku... Tangan naik menekup mulut, Zaiyyan ketawa melihat reaksi aku.
"Tak payah la terkejut sangat, biasalah perasaan buruk waktu malam. Lagipun pendengaran awak bagus, dan cepat bertindak. Saya puji bukan perli..." Dia bergerak ke bilik. Aku hanya melihat.
"Saya puji bukan perli..." Okay... Walaupun dia cakap macam tu aku tetap rasa malu. ARGHHH!
YOU ARE READING
𝐑𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧
Romance[KARYA PERTAMA | COMPLETED] Disebalik wajah bersahaja Inspektor Adyan terselit seribu satu rahsia yang disimpan kemas selama dua tahun. Kejadian yang memburu diri, menghantui hati, melukakan setiap langkah dia lalui. Tiada siapa yang tahu, tiada sia...