Erm... Apa yang tengah berlaku sebenarnya ni? Aku memandang setiap wajah yang ada. Bermula dari Puan Nazeera, Encik Adyan, Zaiyyan, Qhallish dan berakhir dengan Faeq. Perbincangan keluarga? Mungkin... Tapi katanya nak cakap esok, ini dah kenapa pukul 2:00 pagi semua berkumpul ni? Lagi satu, dah kenapa aku pun terlibat?
"Apa benda yang penting sangat tu, Qhallish? Sampai tak sabar-sabar nak tunggu esok?" Encik Adyan bertanya lembut.
"Qhall nak cakap tentang Qairina," matanya memandang ke arahku. Aku hanya diam diposisi. Ah sudah, aku dah terbuat dia tersinggung ke?
"Qhall taknak kahwin dengan dia." Puan Nazeera dan Encik Adyan mengangkat kening serentak.
"Qhall dah fikir masak-masak, Qhall takkan kahwin dengan sesiapa. Qhall nak tunggu isteri Qhall," mereka berdua melepaskan nafas berat.
"Qhall...."
"Qhall yakin umi, abah. Itu memang dia. Qhall yang kahwin dengan dia, Qhall yang hidup dengan dia, Qhall kenal dia. Dan Qhall memang pasti itu memang isteri Qhall."
"Kau dah bincang dengan Qairina?" Zaiyyan tiba-tiba menyampuk. Qhallish mengangguk.
"Dah, dia cakap dia okay je." Zaiyyan dan Faeq saling berbalas pandangan.
"Sia-sia jelah rancangan kita, abang Yan." Faeq membisik. Zaiyyan menyiku adiknya menyuruh diam.
"Apa yang Qhall akan buat?" Berbeza dengan Puan Nazeera, Encik Adyan jauh lebih tenang bertanyakan soalan.
"Qhall akan cuba buat dia kembali ke pangkuan Qhall." Encik Adyan menayang riak selamba dan mengangguk kecil beberapa kali. Biarlah dia uruskan, hidup dia.
"Qhall minta maaf dekat semua Qhall banyak berahsia, in sha Allah satu hari nanti Qhall akan ceritakan semuanya," dia kembali memandang ke arahku.
"Qaysara, saya ada benda sikit nak cakap dengan awak."
Kini tinggal hanya aku dan Qhallish berdua. Yang lain sudah masuk ke bilik masing-masing dan tidur. Aku memandang Qhallish dengan pandangan penuh tanda tanya. Rasa gugup kerana berdua dengan lelaki aku sorokkan di dalam hati.
"Apa benda yang awak nak cakap tu?"
"Saya nak minta tolong awak boleh?" Tak tunggu lama, Qhallish terus menyatakan suara hatinya. Aku terkedu. Mintak tolong? Ha sudah, apa pula kali ni!
"Minta tolong apa?"
"Tolong jadi isteri saya." Aku menayang riak blur.
"Hah?" Qhallish menolak rambutnya ke belakang sambil ketawa kecil.
"Tak adalah, saya nak minta tolong awak jadi orang gaji saya sekejap boleh?"
"Kenapa pula?"
"Erm, saya kan sentiasa sibuk. Mungkin awak tak tahu, sebenarnya saya dan abang Yan sama-sama polis. Faeq pun sama, cuma dia cawangan lain. Awak jangan risau, rumah tu bukan kita berdua saja, abang Yan ada sekali. Saya cuma nak minta awak tolong jaga rumah saya sahaja, saya akan bayar gaji. Maafla sebab minta tolong awak dengan cara macam ni, saya tak ada masa nak fokus nilai satu-satu orang gaji dekat agensi lain. Harap awak sudilah, cuti saya pun tinggal sehari saja lagi." Qhallish menayang senyum tawar.
"Cuti? Kiranya lusa, awak tak berpuasa di sinilah?" Qhallish menggeleng.
"Ini saya saja balik bercuti ke Kedah, rumah saya sebenarnya di Selangor." Qhallish tersenyum kelat. Nak buat macam mana, dah kerja. Inipun kalau boleh dilajak cuti mahu juga dia berbuka puasa Ramadhan pertama bersama keluarga. Tapi dah atasan suruh balik, takkan tak ikut.
Lama aku berfikir menimbang tara permintaan Qhallish, ada kebaikan dan... Sedikit ketidakselesaan. Aku memandang muka Qhallish, dia memandangku dengan pandangan berharap, aiyya dia ni. Buat aku rasa bersalah betul.
"Saya setuju dengan permintaan awak, boleh tak awak berhenti tengok saya dengan pandangan tu. Takut saya dibuatnya." Qhallish tersengih, tangannya menggosok leher.
"Berapa lama cuti sem?"
"Erm, disebabkan sem sebelum sem akhir saya dah habis saya ada cuti dalam dua bulan. Kmudian saya akan sambung sem terakhir saya." Qhallish mengangguk faham.
"Kita akan balik Selangor esok," dia bangun seraya mula bergerak menuju ke bilik. Aku pada awalnya mengangguk kemudian menayang riak terkejut.
"Hah, esok?!"
"Yalah, esok."
"Dah kenapa cepat sangat?"
"Kan saya dah cakap tadi, cuti saya tinggal lagi sehari." Qhallish berlalu ke dalam bilik membiarkan aku tercengang sendirian. Gila.
"Sara, kalau awak taknak belum terlambat untuk patah balik tau. Qhallish ni dah kenapa pula tiba-tiba buat keputusan drastik macam tu, dah buang tabiat agaknya." Puan Nazeera menjeling Qhallish yang selamba sahaja memindahkan barang ke dalam kereta. Zaiyyan hanya tersengih mendengar celoteh uminya.
"Tak apalah, umi. Bukan minta buat apa pun. Jadi orang gaji sementara je," aku cuba berlagak baik walau dalam hati sudah menjerit-jerit tidak mahu.
"Hm, yelah dah itu kata kamu. Takkan nak dihalang pula. Umi dengan abah baru je berangan nak meriahkan rumah ni dengan kamu. Berdua lagilah kami nampaknya." Puan Nazeera mengucap sayu.
"Apa susah, umi dengan abah buatla adik baru. Mana tahu dapat perempuan." Feq mencelah entah dari mana. Celahan spontannya itu disambut dengan tamparan pedas Puan Nazeera di bahagian belakang. Terjerit-jerit dia melaikan diri. Zaiyyan dan Qhallish hanya ketawa melihat situasi ini.
"Qaysara?" Aku memandang ke arah Qhallish.
"Awak naik dengan saya, abang Yan akan bawa kereta dia sendiri..." Aku mengangguk. Kami meminta diri kemudian masing-masing berpecah mengikut haluan sendiri.
YOU ARE READING
𝐑𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧
Romance[KARYA PERTAMA | COMPLETED] Disebalik wajah bersahaja Inspektor Adyan terselit seribu satu rahsia yang disimpan kemas selama dua tahun. Kejadian yang memburu diri, menghantui hati, melukakan setiap langkah dia lalui. Tiada siapa yang tahu, tiada sia...