BAB 25

430 40 0
                                    

TUSK! 

Matanya membulat. Qhallish tergamam begitu juga dengan Luth.

"Abang Yan!" Qhallish meneriak. Luth dengan cemasnya menarik kembali pisau dia gunakan untuk menusuk bahagian abdomen lelaki itu. Dengan takut-takut, pisau dilemparkan. Tangannya yang berdarah dia lihat dengan pandangan tidak percaya.

"Ya Allah, abang Yan..." Qhallish menitiskan air mata. Tangannya cepat-cepat menekup darah yang membuak-buak keluar. Zaiyyan berkerut menahan sakit. Sedaya upaya dia cuba menahan dari mengeluarkan suara. Mereka bergerak secara perlahan-lahan menuju keluar dari bangunan itu menuju ke pasukan medic yang sedang sibuk merawat pegawai yang cedera.

"Adyan!" Luth menjerit memanggil namanya. Mereka berdua sama-sama menoleh.

"Maafkan aku..." Luth berkata lemah.

"Apa kau nak buat tu Luth?!" Qhallish cemas. Itu bom masa!

"Aku... Aku baru sedar aku dah buat silap besar." Luth menitiskan air matanya.

"Aku yang mulakan, biar aku akhiri semua ini, Yan..."

"Tak, tak. Luth jangan!" Luth menekan butang. Bom memulakan pengiraan.

"Lari!" 

"Abang Yan..." Zaiyyan menggeleng.

"Lari Qhall, abang lambat." Qhallish menggeleng.

"Tak, Qhall takkan tinggalkan abang Yan!"

"Aku kata lari, lari! Ini arahan dari ketua kau, bukan abang kau! Lari!" Qhallish teragak-agak.

"Lari! Selamatkan Ayra. Jaga dia! Buat anak comel-comel untuk aku. Jaga dia macam kau jaga nyawa dia sendiri. Aku sanggup hilang cinta pertama aku, tapi aku tak sanggup tengok orang yang aku cinta menitiskan air mata sebab aku. Pergi!" Zaiyyan menolak Qhallish jauh. Dia membalikkan badan dan menuju ke arah Luth.

"Abang Yan!" Qhallish menjerit sebaik sahaja melihat Zaiyyan berlari dengan susah payahnya ke belakang. Dia ditarik pegawai lain menjauhkan diri dari tempat itu.

Zaiyyan tersenyum. Dia melambai ke arah Qhallish.

"Abang sayang Qhall!" Zaiyyan menjerit. Dia kini menoleh ke arah Luth.

"Kalau nak tebus kesalahan, bukan macam ni caranya..."

BUMM!

"ABANG YANNN!" Qhallish menjerit sepenuh hatinya.

BUMMM!

"TIDAKKKK!" Aku memeluk Qhallish erat. Air mata tak usah dikata, sakit menahan luka, sakit lagi melihat suamiku menangis kehilangan ahli keluarga di depan mata. Yang lain sudah menunduk memberi penghormatan terakhir. Qhallish meraung-raung di dalam pelukkanku. Aku mengetatkan pelukkan, belakangnya aku usap perlahan.

"Tak abang Yan... Tak. Kita dah janji nak simpan fail kes ni sama-sama dalam bilik simpanan. Abang Yan kejam! Sanggup abang Yan tinggalkan Qhall sorang-sorang! Qhall benci abang Yan, benci!"


"Qhall..."

"Hmm?"

"Besar nanti cita-cita Qhall nak jadi apa?" Zaiyyan bertanya kepada adiknya. Adiknya itu termenung sebentar.

"Erm... Qhall nak jadi polis macam abah. Qhall nak jaga dunia macam abah. Abah kan hebat." Zaiyyan ketawa melihat riak teruja Qhallish. Dia mengusap kepala adiknya lembut.

"Abang Yan pulak nak jadi apa bila besar nanti?"

"Abang..." Zaiyyan melirik ke arah muka comel Qhallish.

"Nak jadi penjaga dunia adik abang. Abang nak jadi hebat di mata adik juga, macam abah." Zaiyyan tersenyum bangga. Qhallish menepuk tangan teruja.

"Yeyy! Qhall jaga dunia abang, abang jaga dunia Qhall. Boleh-boleh!" Qhallish memeluk Zaiyyan Zaiyyan membalas pelukkan itu.

"Abang sayang Qhall."

"Qhall pun sayang abang..."

"Abang..." Qhallish memandang luar tingkap hospital.

"Qhallish tak benci abang. Qhallish sayang abang. Terima kasih sebab berkorban untuk Qhall. Abang dah jaga dunia Qhall tapi Qhall gagal jaga dunia abang. Maafkan Qhall, bang. Qhall janji akan jaga Ayra macam nyawa sendiri. Qhall sayang abang Yan..."

- Tamat. -

𝐑𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧Where stories live. Discover now