"Suami kau dah bunuh isteri aku." Luth membisik ke arahku. Aku memandangnya dengan riak terkejut. Luth masih dengan senyuman sinis.
5 tahun lalu...
"Adyan! Fayyadh!" Luth memanggil mereka dari kejauhan. Qhallish dan Fayyadh melambai ke arahnya serentak.
"Yow, Luth. Buat apa dekat sini?"
"Tak ada apa, teman bini beli barang rumah ja." Qhallish dan Fayyadh sudah tersenyum-senyum.
"Untunglerr orang tu dah ada bini." Fayyadh mengusik. Luth tersipu-sipu malu mendengar usikkan itu.
"Alah kau, nanti kau kahwin kau tahulah nak mengusik orang pulak dia." Luth membalas usikkan itu. Fayyadh dan Qhallish ketawa serentak.
"Aku ni tak adanya nak kahwin. Bidadari aku tak turun dari langit lagi."
"Eleh kau, nak bidadari dari langit konon. Muka pun hauk nak berangan, aku ni lainlah memang dari kecik hensem." Qhallish berbangga diri.
"Eh kau, jangan kata! Mana kita tau masa tu ada perempuan nak kena langgar kereta lepastu aku tolong tarik dia sampai masuk dalam pelukkan aku. Baru ala-ala drama melayu sikit. Kau tu harap ke hensem je, tapi seekor pun tak lekat. Memilih."
"Alah, nak buat macam mana dah tak ada yang berkenan di hati. Korang doa-doalah bagi nanti suatu hari nanti aku jumpa dengan gadis sebatang kara masa nak setelkan kes dan kami kahwin tanpa dirancang. Baru betul feeling drama melayu, bagi ada kualiti sikit!" Qhallish menyindir Fayyadh. Si Luth sudah tidak henti-henti mengaminkan permintaan mereka, sesekali ketawa mendengar ayat masing-masing.
Sedang mereka begitu asyik berbual tiba-tiba bunyi satu letupan yang teramat kuat mengejutkan mereka bertiga.
"Abang!" Suara isteri Luth tiba-tiba kedengaran. Luth mula cemas.
"Sayang!" Di sebalik asap yang semakin menebal Luth cuba meredah masuk.
"Ya Allah, sayang!" Betapa dia terkejut isterinya kini berada dalam genggaman askar pelarian! Di kepala isterinya teracu sepucuk pistol. Mereka bertiga mula mengeluarkan pistol masing-masing serentak.
"Lepaskan dia!" Luth menjerit. Askar itu tersenyum sinis. Picu ditarik, muncung pistol kembali dihalakan ke arah kepala isteri Luth. Dalam kiraan satu, dua...
BANG!
Qhallish sudah melepaskan tembakan namun dia terlambat. Isteri Luth sudah terlebih dahulu ditembak. Tembakan Qhallish tepat mengena ke dahi askar pelarian itu. Isteri Luth terlepas dari pegangannya.
"Ya Allah, sayang!" Air mata Luth deras mengalir. Baju putih yang dipakai isterinya kini merah dipenuhi darah. Wajah isterinya yang memucat dicium semahunya.
"Luth kita kena pergi."
"Taknak! Aku takkan tinggalkan isteri aku."
"Kita kena pergi Luth! Askar tu ada bom! Dia sempat tarik bom tu sebelum aku tembak. Kita kena keluar sekarang atau kita semua mati dalam ni! Qhallish menjerit.
"Biar aku mati dengan isteri aku. Sekurang-kurangnya kami mati bersama-sama!" Qhallish mendengus kasar.
"Mari pergi!" Qhallish mengeheret Luth bangun dibantu Fayyadh. Luth meraung-raung menjerit memanggil isterinya. Di pandangan matanya sekarang isterinya sedang marung-raung kesakitan menjerit namanya.
"Sayang! Abang tak tinggal sayang!"
"Kau menangis?" Luth bersuara. Aku tersentak. Dia tersenyum sinis kepadaku.
"Kau menangis, Ayra Qaysara?" Sekali lagi dia bertanya. Air mata yang mengalir aku biarkan dia terus mengalir.
"Kau menangis sebab kesiankan aku atau sebab kau terbayangkan suami kau!" Luth tiba-tiba menjerit. Aku tergamam.
"Kau tengok. Tak ada siapa yang kesiankan aku. Tak ada siapa yang kisahkan aku. Isteri aku mampus dengan sia-sia tak ada siapa peduli. Even kau sendiri menangis sebab kau bayangkan itu kedudukan kau dan Adyan! Kau bagitahu aku sekarang siapa yang tak berguna sekarang ni, cakap!" Luth menengking. Aku kekal diam. Dia kembali menayangkan riak psikonya itu. Bulu romaku menegak, sungguh seram senyuman yang ditayangkan.
"Aku akan pastikan Qhallish terima dan rasa apa yang aku rasa!"
YOU ARE READING
𝐑𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧
Romance[KARYA PERTAMA | COMPLETED] Disebalik wajah bersahaja Inspektor Adyan terselit seribu satu rahsia yang disimpan kemas selama dua tahun. Kejadian yang memburu diri, menghantui hati, melukakan setiap langkah dia lalui. Tiada siapa yang tahu, tiada sia...