BAB 2

1.7K 160 25
                                    

Aku termenung memandang siling kubah masjid. Cantik...

"Nak..." Seorang perempuan menegurku. Aku menganggarkan umurnya dalam 40-an ke 50-an. Aku menyalaminya dan memberi dia ruang di sebelah ku. 

"Jauh termenung," aku tersenyum tawar.

"Rindu boyfriend ke?" Dia bertanya. Aku tergelak. 

"Tak ada la puan, termenung kosong ja," aku menjawab sopan.

"Seorang je ke?" Aku mengangguk.

"Haah seorang, saya pun sebenarnya tak tahu nak pergi mana sekarang. Itu yang saya termenung saja ni..." Aku ketawa kecil.

"Ibu ayah mana?" Ketawa ku terhenti dan bertukar menjadi senyuman segaris.

"Saya tak tau..." Dia mengerutkan dahi.

"Saya tak tau siapa ibu dengan ayah saya, dan saya tak tau macam mana saya boleh ada dekat sini... Ingatan saya seolah-olah terpadam. Saya cuma ingat apa yang jadi bermula dari beberapa bulan lepas saja," aku menggigit bibir. Dia juga terdiam mendengar pengakuanku.

"Kamu ada masalah amnesia ke?" Aku menggeleng.

"Saya pun tak tau pasti, masa saya terjaga saya terbaring atas katil dalam bilik tidur bukan atas katil hospital. Mula-mula saya pun pelik dan banyak kali cuba untuk ingat tapi tetap tak berjaya, lama-lama saya fikir tak ada apa yang berubah walau sekuat mana pun saya berusaha jadi saya teruskan sahaja kehidupan tanpa tahu apa-apa," aku tersenyum kekok. Dia hanya mendiamkan diri mendengar aku berbicara.

"Kamu tak ada tempat untuk pergi bukan?" Aku mengangguk. 

"Balik rumah makcik jelah, anak-anak makcik pun bukannya ada sunyi ja makcik duduk berdua dengan pakcik kamu. Kalau kamu ada kurang lah sikit sunyi tu ada teman bersembang, itu pun kalau kamu sudi laa..." Aku termenung seketika.

Balik rumah orang yang aku tak kenal? Okay sejujurnya aku tak kisah pun since aku memang tak ada family tapi tak ke menyusahkan diaorang pula nanti? Apa kata anak dia? Urm...

"Bolehla kalau anak-anak dengan suami puan tak kisah. Benda dah orang pelawa takkan kita nak tolak pulak kan hehehe," dia mengangguk perlahan.

"Tak ada apa pun, kami ni dah lama nak anak perempuan tapi tak ada rezeki. Mungkin ada hikmah Allah pertemukan kita, kamu nak duduk terus pun tak apa, duduk seorang-seorang pun bahaya juga..." Aku tersenyum.

Lama kami berbual selepas tu, tapi banyaknya aku cuma mendengar.

"Jadi, kamu betul-betul lah ni setuju nak balik rumah makcik? Rumah makcik rumah kampung biasa ja, bukan la macam rumah orang kaya dalam tv maafla kalau tak selesa," aku menahan tawa. Siapa ja nak demand lebih-lebih kalau menumpang, orang tak sedar diri ja gitu.

"Saya okay jelah, dah ada orang nak pelawa tumpang rumah pun dah besar rahmat puan. Kalau tidak jennuh juga otak ni nak memikir mana la nak tidur malam ni," aku ketawa sendiri. Pintu masjid ditolak, dia melambai ke arah seorang lelaki yang sedang menunggu di tangga.

"Qhall!" Aku memandang ke arah lelaki yang diseru. Nampak gaya macam anak dia. Okay... Kejap. Ini bukan...

"Ehh, awak ni bukan?" Dia bertanya sebaik sahaja kami mendekatinya. Aku meneguk air liur yang terasa kesat di kerongkong.

"Kamu berdua dah saling kenal ke?" Aku terkedu. Dia memandang kami bersilih ganti.

"Tak lah umi, tadi terserempak dekat tempat wudhu dia tersilap masuk tempat wudhu lelaki," muka ku bertukar merah. Bapakla dia ni straight to the point terus no cover-cover... 

"Cik, tutup mulut lalat masuk nanti," dia memandangku dingin.

"Ehem, kamu nama apa?" Aku yang ternganga cepat-cepat menutup mulut selepas ditegur.

"Qaysara, puan. Panggil sara pun boleh..." 

"Ooh sara, ni anak makcik yang kedua. Qhallish. Nama makcik Nazeera. Tak payahla formal sangat sebut puan semua tu. Panggil umi ja," puan Nazeera berkata selamba.

"U-umi?" Dia mengangguk setuju. Aku memandang Qhallish dan puan Nazeera bersilih ganti. Qhallish hanya memandangku dengan pandangan kosong tetapi tajam. Air liur ditelan. Dalam paksa aku mengangguk.

"Aaa Qhall, mulai malam ni Sara akan jadi sebahagian dari keluarga kita. Umi taknak tanya Qhallish setuju atau pun tidak, umi dah buat keputusan dan Qhallish kena ikut," riak Qhallish tidak berubah masih dingin seperti tadi.

"Okay," sepatah sahaja yang dijawab. Puan Nazeera tersenyum lebar sememangnya anaknya yang kedua ini tidak pernah membantah, kata orang senang bela.

Kami berlalu ke arah kereta dan mula bertolak pulang ke rumah, lebih tepat lagi rumah baru aku. Aku hanya diam sepanjang perjalanan. Satu soalan ditanya sepatah dijawab. Kalau kena dua patah, dua patah la aku jawab. Kalau ada cerita aku tak menyampuk, hanya mendengar. 

Kecuali yang satu ini...

"Qhall..." Puan Nazeera mengubah nada panggilannya selepas beberapa minit mendiamkan diri melihat telefon.

Qhallish menegakkan badan sebaik sahaja mendengar nada itu. Dia berdehem sedikit.

"Qhall, bukan anak teacher Qayra, si Qairina tu akan konvo lusa ni ke? Dengar kata dia ambik master tahun ni, dah nak sambung Phd dah lagi berapa tahun je. Kamu tu bila nak masuk meminang dia? Asyik main tarik tali je, bilanya yang nak serius, hmm? Umur pun dah lanjut dah 32 dah takkan nak jadi macam abang kamu 35 pun tak kawin lagi. Haih memang anak aku semua nak jadi anak teruna terlajak hangit ka macam mana ni?" Puan Nazeera menggosok dahi. Pening dengan kelakuan anak terunanya yang banyak ragam dan alasan.

"Bukan tak nak masuk meminang lagi umi tapi macam tak kena je, Qhall kawin tapi abang Yan tak kawin takkan kita nak lebih sudu dari kuah, umi... Bagilah abang Yan tu lepas dulu lagipun Qairina kan nak sambung Phd bagilah dia habis dulu Qhall taknak la nanti dia terganggu dengan nak belajar lagi nak urus rumah tangga lagi stress nanti." Qhallish memberi alasan. Umi menarik nafas dalam.

"Ini bukan masalah sudu lebih dari kuah Qhallish, dah jodoh sampai dulu nak boleh buat macam mana. Kalau tunggu abang kamu tu sampai umur 60 pun belum tentu lagi dia nak kahwin."

"Kalau macam tu kita je la yang kahwinkan dia, apa susah."

"Dengan siapa?" Puan Nazeera mengerutkan kening. Dah bila pula anak sulung dia anak bercinta ni? Wahh...

Qhallish menelan liur yang terasa kesat dikerongkong. Otaknya ligat berpusing mencari idea untuk temberang Puan Nazeera.

"Qhall..." Puan Nazeera memanggil namanya panjang.

"Qhall masih belum lepaskan dia kan?" Aku yang setia memasang telinga mendekatkan lagi badanku dengan mereka.

"Qhall takkan pernah dapat lupakan dia, umi." Puan Nazeera melepaskan keluhan berat.

"Qhall ni kenapa sebenarnya, masa dengan dia kemain umi tengok Qhall bahagia. Tiba-tiba jadi macam ni. Sebenarnya apa yang Qhall sembunyikan? Siapa dia? Umi tahu tentang status kauorang, umi restu. Tapi cuba cerita kalau ada masalah, dah dua tahun Qhall. Dua tahun."

"Dua tahun bukan satu tempoh yang singkat, umi."

"Habis tu Qhall tunggu apa lagi? Lepaskan yang dah pergi, biarkan roh dia tenang." Puan Nazeera cuba memujuk. Otakku semakin keliru mendengar pergaduhan anak beranak ini.

"Dia belum mati. Qhall nampak depan mata Qhall sendiri, isteri Qhall masih hidup, umi!" Aku tergamam, isteri? Aku menekup mulut. Qhallish menjeling ke belakang.

"Ni yang dekat belakang ni. Makin lama makin ke depan pasang telinga sampai kalau boleh nak duduk terus atas brek tangan ni, dah kenapa?" Qhallish menjeling aku yang agak rapat dan hampir-hampir meletakkan kepala di atas bahunya.

Sedar aku sudah terlanjur ke depan cepat-cepat aku berundur ke belakang. Astaghfirullahalazim Qaysraa behave, behave! Awal-awal dah malu. Puan Nazeera tertawa kecil. Malu pula dia bergaduh anak beranak di depan orang lain.

"Ehem, sara masih belajar kan?" Aku mengangguk laju.

"Study bidang apa?"

"Err biasa-biasa ja umi, sekarang tengah ambil MA english language." Puan Nazeera membulatkan mata.

"Bahasa inggeris? Oh samalah dengan si Qairina ni." Puan Nazeera menjeling Qhallish. Qhallish menjeling aku.

Deg! Perasaan apakah ini?!

𝐑𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧Where stories live. Discover now