Aku semenjak berhenti di kedai bunga itu aku bukannya tak mencari kerja lain tapi semua yang aku pergi kebanyakkannya bagi alasan "awak ni lelaki ke perempuan? Kalau awak perempuan ubah sikit penampilan kalau penampilan awak macam ni silap hari bulan tak ada pelanggan yang masuk kedai saya. Saya tak nak rugi" itu la alasan yang sering aku dengar bila mencari kerja.
Apa? Ingat orang macam aku ni tak pandai masak ke? Tak pandai buat kerja perempuan? Betul orang kata sebelum apa-apa jangan tengok pada luaran tapi tengok dalaman. Cis!.
Sedang aku membebel sorang-sorang tiba-tiba aku terdengar bunyi rigtone telefon aku berbunyi.
"Hello bang Aiman" sapa ku setelah mengangkat telefonku. Aku terdengar orang disana gelak, apa yang lawak pun aku tak tahu.
"Hai, kenapa nada suara macam tak gembira je abang telefon ni" tanya dia. Aku apa lagi dengan jawapan yang lemah lembut aku bagi.
"Abang kacau Hana mana tak gembira. Orang tengah serabut sebab tak dapat kerja, dia kacau orang pula. Nak penampar ke telefon orang ni" tanyaku.
Untuk pengetahuan abang Aiman ni bukan abang kandung aku, abang Aiman ni abang angkat aku yang jaga aku daripada aku masuk sekolah menengah lagi. Aku mana ada mak ayah, dengan dia sahaja la tempat untuk aku bergantung.
Mak ayah aku meninggal masa aku darjah 5, dia orang meninggal disebabkan rumah kita orang terbakar dan selepas daripada itu aku duduk dengan makcik aku, dia la yang jaga aku sehingga aku 18 tahun. Dan sekarang dia telah dijemput ilahi.
"Abang telefon Hana ni sebab abang nak offer Hana kerja la. Kalau Hana nak abang ambil Hana sekarang" katanya. Dan dengan pantas aku menjerit "NAK!!!!!" Selepas itu aku terus bersiap dan menunggu abang Aiman datang. Eh kejap ______________________________________
"Ada ke kerja waktu petang dah nak dekat malam macam ni?" Tanyaku sebaik sahaja masuk ke dalam kereta milik abang Aiman. Aku melihat dia memandangku seperti mahu ketawakan ku.
"Ada la, apa yang tak adanya. Dah jangan banyak bunyi pakai seatbelt sekarang" arahnya. Aku terus memakai seatbelt dan duduk diam memandang pemandangan di sebalik cermin.
Sesampai sahaja ditempat yang ingin dituju, aku mengerutkan dahiku.
"Abang ni ke tempat yang abang cakap ada kerja kosong?" Tanyaku sebaik sahaja berada di depan kedai tersebut. Kedai tersebut nampak seperti sunyi dan ada beberapa orang badan sado yang tengah menjaganya.
"Ye ini la tempatnya. Dah tak payah risau, abang ada" katanya untuk memberi aku ketenangan. Aku pun ikut dia berjalan ke arah orang yang sedang jaga kedai tersebut.
Setelah kami tiba di depan mereka, mereka terus berdiri dan menunjukkan wajah mereka yang bengis itu. Rasa takut pun ada melihat wajah mereka begitu. Ingat aku perangai je macam lelaki tapi aku sebenarnya perempuan tau.
"Nak apa?" Tanya abang sebelah kiri yang menjaga di depan kedai tersebut dengan nada dingin.
"Nak jumpa Tauke" jawab abang Aiman yang berada dihadapanku. Aku nampak mereka bertiga memandang sesama sendiri kemudian memandangku yang berada di belakang abang Aiman.
Kemudian mereka membukakan pintu untuk kami masuk dan abang sebelah kanan yang menjaga pintu itu membawa kami sampai la terjumpa dengan seorang lelaki yang nampak seperti berusia sama dengan aku.
"Tauke ini owang mahu jumpa Tauke" kata abang yang membawa kami itu dengan slang cinanya. Mungkin dia orang China. Aku nampak orang yang bernama Tauke itu bangun mendekati kami. Eh bukan, aku?
"Banyak cantik lu punya bape you mahu?" Tanya Tauke itu sambil melihatku dari bawah hingga ke atas. Aku memandang abang Aiman yang berada di sebelahku lalu aku melihat dia tersenyum.
"Mahal sikit, ini masih ada lagi mah" jawab abang Aiman sambil memandangku yang berada di sebelahku. Aku yang tak tahu apa-apa hanya diam dan sesekali memandang abang Aiman berharap ada penjelasan daripadanya.
"Wa up sikit 60K amacam okay?" Tanya Tauke itu. Kenapa aku rasa lain macam ek? Aku memandang abang Aiman.
"Abang apa yang 60K?" Tanyaku. Tak boleh la tahan. Seorang Farhana suka mengambil tahu, kalau tak ambil tahu hidup dia tak tenang. Macam sekarang la.
"Diam dan ikut apa yang abang suruh. Hana nak kerja kan? Abang dah bagi kerja jangan banyak bunyi" marahnya. Kenapa dia marah aku? Apa salah aku? Aku cuma tanya sahaja hmmmm.
"Okay deal" jawab abang Aiman kemudian. Aku ternampak Tauke itu tersenyum lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan abang Aiman. Kemudian tiba-tiba...
BOOM!!!
Aku mendengar bunyi letupan di bahagian belakang kedai. Aku nampak semua memandang ke arah yang sama aku pandang.
"每个人都去看发生了什么事 (semua pergi tengok apa yang berlaku)" aku mendengar Tauke memberi arahan kepada orang yang berada disisinya dalam bahasa cina. Dan aku melihat semua yang diarahkan itu pergi meninggalkan kami bertiga.
"Jangan risau ya, tak ada apa-apa yang berlaku" katanya dengan lembut sambil memandangku. Kemudian aku nampak seorang lelaki berlari dan memberitahu bahawa ada musuh berada disini.
"Sh*t 干掉他 (bunuh dia)" katanya lalu aku melihat Tauke mengambil sesuatu dibawah sofa berbentuk panjang itu dan mengeluarkan pistol?
"Abang t...tu pis...tol" kataku tergagap-gagap sambil memegang tangan abang Aiman. Baru sahaja aku ingin menenangkan diriku tiba-tiba
"NIRA HATI-HATI"
BOOM!
Aku sempat merasa diriku seperti sedang terbang dan kemudian aku ternampak seseorang berada disebelah ku dan aku terus tidak sedarkan diri....
YOU ARE READING
Tuan Afiq
Action𝙱𝚘𝚘𝚔 2 Farhana Ianira Seorang yang brutal, panas baran, dan suka cakap lepas tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain. Tuan Afiq Seorang yang paling beku, tidak tertarik pada mana-mana perempuan kerana dia menunggu seseorang yang telah...