Aku membuka mataku dengan perlahan-lahan. Aku melihat di sekeliling ku cuma hanya dinding yang berwarna hitam dan tiada tingkap untuk udara masuk.
"Dah bangun Farhana Ianira?" Aku memandang orang yang berada tidak jauh dariku. Dan aku terkejut apabila mendengar nama penuhku disebut oleh beliau.
"Kau nak apa sebenarnya dari aku ah!!!" Jeritku ke arahnya.
"Isy tak manis la anak dara terjerit-jerit" kata lelaki itu lalu bangun menuju ke arahku dan menyangkung di hadapanku. Aku undur sedikit ke belakang.
"Aku nak hak aku please" kata lelaki itu lalu tersenyum ke arah aku.
"Hak? Hak apa ni? Aku tak faham la" kataku jujur.
"Anak kepada Faruq Irsyad right?" Tanya lelaki itu. Dan yeah itu nama papa aku.
"Hak aku sekarang mesti ada dekat kau kan?" Tanya lelaki itu lagi.
"Jap hak apa ni? Tak faham serius" kataku. Memang aku tak faham hak apa yang dia nak.
"Kau jangan pura-pura tak tahu perempuan!!!" Katanya lalu mencengkam rahangku.
"Sa...kit la si*l"
"Bagitahu mana benda tu" kata lelaki itu lalu mencengkam rahangku dengan lebih kuat.
"Aku kata aku tak tahu, aku tak tahu la!!!" Kataku lalu aku menyepak celah kangkangnya. Dia berdiri dan mengepit kakinya sambil menahan sakit.
Aku cuba untuk membuka ikatan di tangan ku. Sedang aku cuba membuka ikatan dari tangan ku, aku terdengar di luar ada bunyi tembakan, dengan cepat aku cuba dan akhirnya aku berjaya lalu aku terus meninggalkan bilik tersebut.
Aku berlari mencari pintu keluar tanpa sedar aku terjumpa orang yang menjaga salah satu tempat. Dia nampak aku lalu menuju ke arahku. Aku menarik nafas lalu aku menarik tangannya dan pusingkannya lalu aku menendang kakinya hingga dia melutut ke arahku. Dan setelah itu aku memegang kepalanya dan patahkannya. Orang macam tu tak hidup pun tak apa.
"Farhana" suara yang sangat ku kenal. Aku memandang orang yang memanggil namaku itu lalu aku melihat wajah mereka berdua macam tak percaya. Aku mengangkat kening ku lalu mereka menunjuk ke arah lelaki yang sudah terkaku itu dan menepuk tangan mereka. Aku membuat muka menyampahku.
"Dah jom aku rasa kita dah selesai" kata Tuan yang tiba-tiba muncul entah dari mana. Lalu aku mengikut mereka dari belakang. Dengan tidak sengaja aku terdorong ke belakang seperti orang menarik ku ke arahnya.
"ARGHHH!" Jeritku terkejut.
"Dah selesai? HAHAHAHA JANGAN MIMPILAH!!!. Aku nak hak aku. Kalau aku tak dapat hak aku, aku bunuh perempuan ni" kata lelaki itu sambil meletakkan pisau itu dibawah leher ku.
"Kau nak hak kau?" Tanya Tuan dengan riak dinginnya.
"Yes! Selagi aku tak dapat selagi tu korang takkan hidup dengan tenang!" Kata lelaki itu. Sakit ya telinga aku bila dia menjerit. Macam Tuan tu jauh berbatu nak kena jerit aihhh tak faham aku.
"So bunuhlah perempuan tu sebab aku takkan bagi hak yang kau nak tu"
"Tuan!"
"Tuan!" Jerit Farhan dan Syah serentak. Aku terkedu. Tuan suruh bunuh aku?
"HAHAHAHAHA kau dengar tu Nira? Laki tu suruh aku bunuh kau HAHAHA tak gentleman langsung" kata lelaki itu sambil gelak. Aku dah kecut perut dah cuma tunggu masa untuk aku mati ditangan laki itu.
"NIRA HANYA AKU BOLEH PANGGIL!!!!" aku terkejut bila tiba-tiba terdengar suara seseorang sedang menjerit. Aku memandang Tuan yang sedang mara ke arah kami.
"NIRA TUNDUK!" Tanpa berlengah aku siku badan lelaki itu sehingga dia melepaskan pisau itu lalu aku tunduk seperti diarah oleh Tuan. Aku melihat Tuan menumbuk lelaki itu seperti orang gila.
"Tuan dah jantan ni dah mati dah" kata Farhan sambil memegang bahu Tuan.
Tuan bangun lalu dia memandang aku."Okay?" Aku hanya mengangguk. Dia tersenyum lalu meninggalkan kami bertiga yang sedang tergamam... Dia senyum ke tadi?
"Han betul ke tu Tuan?"
"Entah do Syah aku rasa dia kena rasuk kot" kata Farhan lalu memandang aku.
"Apa pandang-pandang? Ada hutang?" Kataku sambil menjeling. Aku terus meninggalkan mereka berdua disitu. Nak tidur dekat situ rasanya.
YOU ARE READING
Tuan Afiq
Action𝙱𝚘𝚘𝚔 2 Farhana Ianira Seorang yang brutal, panas baran, dan suka cakap lepas tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain. Tuan Afiq Seorang yang paling beku, tidak tertarik pada mana-mana perempuan kerana dia menunggu seseorang yang telah...