"Wah Afiqah dah nak kahwin la" kataku teruja sambil memegang kad yang berada di tangan ku. Baru je sebentar tadi Afiqah datang ke rumah dan berikan kepada kami kad jemputan. Semua orang dapat okay tak ada terkecuali.
"Itu la tu, aku abang dia pun tak tahu dia dah ada boyfriend" kata Afiq lalu menjeling.
"Dah abang dia asyik sibuk dengan kerja macam mana nak tahu adik dia nak kahwin?" Perli ku. Ya saya masih merajuk dengan Afiq! Tanpa berlengah masa aku mencari Syah dan Farhan. Semestinya dorang berada di tempat beriadah itu.
Aku lihat Syah menepuk bahu Farhan dan Farhan seperti menangis?
"Pahal kau nangis Han?" Tanya ku dengan perasaan ingin tahu. Kemudian aku lihat dia mengelap air matanya.
"Si Syah ni ha dia cerita sedih pula" katanya lalu melihat Syah. Syah biasalah hanya buat muka beku dia. Kadang-kadang aku stress tengok.
"Engkau ni Syah, tak baik buat kembar aku macam ni" marah ku pula. Syah memandang aku dengan wajah terpinga-pinga.
"Kembar?" Tanya dia lalu melihat kami berdua silih berganti dengan wajah tidak percaya.
"Nama aku dengan dia kan hampir sama. Farhan, Farhana perangai pun hampir sama. Dan kami pun dah buat keputusan untuk menjadi kembar lain keturunan" kataku dengan wajah bersungguh-sungguh.
"Hmmm dua kali lima je la korang ni" katanya lalu terus meninggalkan aku dan Farhan berdua.

ANDA SEDANG MEMBACA
Tuan Afiq
Aksi𝙱𝚘𝚘𝚔 2 Farhana Ianira Seorang yang brutal, panas baran, dan suka cakap lepas tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain. Tuan Afiq Seorang yang paling beku, tidak tertarik pada mana-mana perempuan kerana dia menunggu seseorang yang telah...