bab 31

123 6 0
                                    

Aku melihat mereka bertiga tengah duduk berkumpul mungkin tengah bincang pasal kerja tetapi aku tetap mahu pergi ke arah mereka... Pergi ke arah suami aku.

"Baby bear..." Panggil aku dengan manja sekali dan ia membuatkan fail yang dipegang oleh Afiq itu jatuh ke lantai hehehe sukanya!!! Aku duduk di atas ribanya.

"Jom keluar nak? Beli baju tuk baby" kata ku sambil mengoda dia hehehe tak kisah la kalau Farhan dengan Syah nak cakap apa... Ini suami aku suka hati aku la nak buat apa. Kemudian tiba-tiba aku rasa aku tengah terbang, la... Afiq dukung aku...

"Seat here don't move I have any work to do Farhana Ianira" katanya tegas tapi peduli apa aku nak manja dengan dia je.

"Ala jom la kejap beli barang baby. Nanti baby ni keluar dia nak pakai apa? Baju baby bear?" Tanya ku

HUK HUK

Tiba-tiba terdengar ada orang batuk. Cis kacau je dua ekor beruk ni. Tak ada life lain ke asyik nak kacau orang je!

"Maaf sweety pie tapi aku betul-betul sibuk sekarang" katanya dengan lembut lalu dia mencium dahi aku. Aku apa lagi mulalah buat muka. Asyik-asyik kerja, kerja, kerja sekarang ni kerja dia macam bini dia aku ni macam bini nombor dua dia isy! Bencilah!!!! 

"Tak apa la kalau gitu aku naik dulu la" aku berura-ura nak naik ke atas tetapi dihalang oleh Afiq... Hehehe maknanya tektik aku menjadi.

"Pergi dengan Farhan okay? Aku suruh dia temankan kau beli barang baby" katanya lalu memberikan kad kepada ku. Muka aku makin masam. Aku nak pergi dengan dia bukan dengan orang lain... Kalau nak pergi dengan orang lain, dah lama aku ajak Farhan tanpa Afiq suruh eeeee!!!!
______________________________________

Nak tak nak aku keluar juga dengan Farhan. Uh! Nak keluar dengan Afiq!!! Dan sekarang aku dengan Farhan ada di dalam kereta perjalanan untuk pergi ke mall. Tak apa la janji beli barang anak aku. Aku merajuk dengan Afiq hmmm!!!

BAM

Aku terkejut nasib baik aku tak ke depan allahu nasib baik perut aku tak apa-apa...

"Farhan engkau langgar siapa?" Tanya ku dengan cemas. Farhan memandang aku lalu dia menggeleng. Kemudian dia keluar dari kereta aku pun begitu nak tengok siapa kena langgar tadi.

"Allahu Farhan orang tu!!!"

"Chill Farhana relax" Farhan cuba untuk menenangkan aku kemudian dia menapak sedikit ke arah perempuan tersebut...

"Hidup!" Kata Farhan dengan teruja.

"Cepat angkat dia!" Arahku lalu dengan pantasnya Farhan mengangkat perempuan tu dan masukkan ke dalam kereta. Tak apa la kalau barang anak aku tak beli asalkan perempuan tu selamat... Tapi kenapa muka perempuan ni macam fimiliar eh???

Sampai sahaja di hospital, perempuan itu terus dimasukkan ke wad kecemasan. Aku dan Farhan hanya menunggu di luar sahaja.

"Farhan..." Aku memanggil Farhan yang sedang meraup wajahnya itu.

"Aku rasa aku kenal perempuan tu" kataku lalu memandang bilik kecemasan yang mana perempuan itu ditempatkan.

"Kau yakin?" Aku hanya mengangguk.

"Kau jumpa dia dekat mana?" Tanya Farhan lagi.

"Dekat sekolah" Farhan mengerutkan dahinya.

"Ah?!"

Tuan Afiq Where stories live. Discover now