bab 27

130 4 0
                                    

"Farhana aku rasa dia dalam bahaya" kata Calvin dengan tiba-tiba tapi dengan nada tegas. Alex di tepinya mengangguk setuju dengan percakapan Calvin.

"Ye... Lepas sahaja Syah arahkan kita orang, kita orang ikut sahaja mana Farhana pergi tapi dalam masa yang sama ada kereta lain juga ikut dia" kata Calvin

"Mula-mula kami ingatkan anak buah kau ke apa ke ya la mana tahu engkau tak percayakan kami kan" sambung Alex pula.

"Tapi bila kami siasat itu bukan anak buah kau tapi itu anak buah musuh kau..."

"Fire man" ucap Alex dan Calvin serentak. Aku tersentak seketika. Tak itu tak mungkin...

"Bu..."

"Bukan kau dah hapuskan dorang?" Tanya Alex lalu dia tertawa sinis.

"Kau mungkin hapuskan dorang tapi engkau mungkin belum hapuskan keturunan dia" kata Calvin lalu dia menyerahkan aku satu fail. Aku membukanya dan melihat segala isi yang berada di dalam fail itu.

"Itu anak dia, nama? Apa eh nama dia Lex?"

"Orang panggil dia..."

"Apa korang ni?! Buat kerja main-main la!" Marah ku. Lalu mereka tergelak kecil.

"Maaflah tak ingat" kata Alex yang sedang menggosok rambutnya.

"Ah... Tailong. Ah Tailong itu nama samaran dia, nama betul dia Min Yoon" kata Calvin. Nampak perubahan mukanya yang serius itu.

"Hati-hati dengan dia ni, aku dapat rasakan aura dia dan engkau bukan tandingan dia. Dia dekat depan, engkau masih dekat belakang..."

"Dia dah buat, engkau masih terhegeh-hegeh nak jalan" kata mereka berdua dengan serius sekali. Aku meletakkan fail itu di atas meja.

"Engkau rasa selama ni yang hantar mesej dekat aku, Min Yoon ke?" Tanya ku pada mereka. Mereka memandang aku dengan riak terkejut.

"Kau dapat mesej?" Aku mengangguk lalu memberikan telefon ku pada mereka.

"Mak aih... Telefon dah elok letak dekat tong sampah dah" kata Alex sambil membelek telefon ku itu. Aku memandangnya dengan wajah tidak puas hati.

"Kaya, tapi sayang pakai fone buruk" kata Calvin pula. Aku mengeluarkan pistol yang berada di dalam laci sebelah ku lalu menghalakan pada mereka berdua.

"Nak mati atau nak tutup mulut?" Kata ku sambil tersenyum sumbing. Mereka terus menumpukan perhatian pada telefon ku itu tanpa banyak bunyi. Erh... Berani mereka nak banyak bunyi? Silap hari bulan kubur sebelah-menyebelah je.

"Aku rasa mungkin dia. Tapi kenapa dia macam berada dekat dengan engkau je" otak Calvin sama macam aku. Itu kalau bergabung mahu gempak.

"Apa-apa pun kau sabar je, tapi kalau dia buat something dekat ahli keluarga engkau, engkau kena bertindak"

PAP

Calvin menepuk kepala Alex

"Aduh!!!"

"Engkau ni nak bagi idea biarlah bernas sikit, jangan la bengap sangat. Simpan tuk anak kau nanti senang" marah Calvin manakala Alex yang berada di sebelah sudah membuat muka masamnya.

"Lepas ni engkau nak buat apa Fiq?" Tanya Calvin. Aku memandang mereka berdua lalu aku berfikir sejenak.

"Aku nak Nira kembali pada aku balik" tanpa berlengah masa aku terus keluar tanpa memikirkan mereka berdua.
______________________________________

Sampai sahaja di rumah sewa Nira, aku terus keluar daripada kereta. Macam mana aku tahu Nira tinggal dekat sini? Mestilah daripada Alex dengan Calvin. Dorang kan ikut kemana sahaja Nira pergi. Hek.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam"

Tuan Afiq Where stories live. Discover now