Aku bangun pada awal pagi dan menunggu Syah di luar halaman rumah.
"Dah siap?" Tegurnya. Aku senyum sambil memandangnya lalu aku angguk sebagai jawapan.
"Dah jom" katanya lagi dan berlalu ke arah keretanya.
"Nak pergi mana Syah?" Tanya ku sebaik sahaja masuk ke dalam kereta. Dia memandang aku kemudian dia gerakkan kereta. Aku melihatnya tetapi dia senyap sahaja tidak menjawab soalan aku.
"Aih bisu dah" bebel ku. Dia masih sama tidak bercakap. Aku mengeluh lalu buang pandangan ke luar kereta melihat bangunan yang dibina dengan berbagai bentuk.
Dalam beberapa jam kami berada di dalam kereta kami berhenti di satu kawasan. Aku memandang dia yang berada di tepi ku. Kawasan ni macam tempat arwah mama dan arwah papa dikuburkan.
"Jom" kata Syah. Aku menahan tangannya. Dia melihat aku.
"Ini kubur, cuba tengok aku macam mana, dengan tak pakai tudung lagi" kata ku sambil melihat penampilan ku.
"Tak payah risau aku ada standby tudung dekat belakang tu" kata Syah dengan dinginnya. Aku yang dengar pun naik seram. Lebih baik Tuan daripada Syah kalau bercakap.
Aku hanya mengangguk dan mengambil tudung selendang yang berada di dalam plastik berwarna merah dan aku menyarungkannya di kepalaku.
Aku masuk ke dalam kawasan kubur dengan memberi salam di dalam hati. Aku terus berjalan menuju ke arah kubur yang ditempatkan oleh arwah papa dan arwah mama.
"Assalamualaikum mama, papa" aku mengusap batu nisan yang berada di kiri dan kanan ku.
"Farhana datang melawat mama dengan papa. Farhana datang dengan kawan Farhana, Syah. Dia yang bawa Farhana ke sini pa, ma" kata ku dengan air mata bertakung.
"Pa... Ma... Hana rindu mama dengan papa..."
"Papa hidup Hana dah tak macam dulu, sekarang Hana dikejar dengan musuh-musuh papa. Tapi papa jangan risau, Tuan dengan kawan-kawan dia tolong jaga Hana" aku memandang Syah yang berada di depanku. Aku fokus ke kubur papa.
"Tuan baik sangat dengan Hana pa. Dia macam Afiq Hana dulu. Dia tak suka betul orang panggil Hana, Nira. Sebijik kan macam Afiq? Hana pun rindu Afiq pa, Hana tak tahu dia dekat mana sekarang. Tapi Tuan janji nak cari Afiq untuk Hana haraplah Tuan dapat cari Afiq Hana tu pa" aku memandang sayu kubur papa ku.
"Pa..." Tak boleh ditahan lagi, air mata ku jatuh jua.
"Sejak papa, mama tak ada hidup Hana tunggang langgang tapi lepas Makcik jaga Hana hidup Hana dah okay sikit tapi tu pun sekejap sebab dia meninggal sakit jantung lepas je dari tu hidup Hana jadi makin tunggang langgang"
"Selepas je dia meninggal, Hana hidup sorang-sorang. Tak ada siapa nak kawan dengan Hana sebab perangai Hana macam lelaki, cakap main lepas haha tapi sekarang Hana happy sebab sekarang Hana ada Tuan and then gang"
"Okay la pa, Hana rasa sampai sini je la. Nanti ada masa, Hana datang lagi ya. Assalamualaikum papa, mama" kata akhir ku. Aku bangun dan menyiram kubur papa dan mama.
"Terima kasih" kata ku pada Syah sebaik sahaja masuk ke dalam kereta. Syah memandang ku sekejap lalu dia hanya mengangguk dan terus meninggalkan kawasan itu.
"Aku nak tanya" kata Syah yang tiba-tiba itu. Aku memandangnya.
"Afiq Hana tu siapa?" Tanya dia. Aku tergelak mendengar persoalan dia.
"Afiq tu nama orang la, Hana tu aku la kau kenapa?" Tanya ku sambil gelak.
"Ye tahu tapi Afiq tu siapa?" Tanya dia lagi tetapi mata dia masih pada pemanduannya.
"Afiq tu kawan kecil aku waktu umur 5 tahun. Lepas tu umur aku 7 tahun je dia dah tak duduk malaysia, dia ikut family dia duduk dekat mana tah" luah ku.
"Apa nama penuh Afiq tu?" Tanya Syah yang sedang berhenti di RnR itu dan memandang aku dengan mengerutkan dahinya.
"Ahh... Tuan Afiq" kata ku dengan gagap kerana melihat muka Syah yang dekat beberapa jarak dengan muka ku.
"Weh itu nama..." Belum sempat Syah habiskan ayatnya, telefon bimbit miliknya berbunyi. Dia menjarakkan dirinya ke aku dan mengangkat telefonnya yang berbunyi itu.
"Hello" katanya dengan dingin sedinginnya menjawab panggilan tersebut.
"Okay" katanya sebelum meletakkan panggilan itu. Dia memandang aku lalu menghidupkan enjin kereta semula.
"Nak pergi mana ni?" Tanya ku sebaik sahaja dia memulakan perjalanan.
"Kita ambik Tuan dengan Farhan kat air port. Lain kali aku belanja kau makan" kata Syah tanpa memandang aku. Aku hanya menurut sahaja. Karang banyak bunyi ada yang kena turun dari kereta.
Sesampai sahaja di tempat parking kereta Syah melihat aku.
"Kau tak nak turun ke?" Tanya Syah pelik.
"Tak kot aku duduk dalam kereta je la" kata ku sambil senyum. Dia mengangguk sebelum meninggalkan ku. Aku terus kunci pintu kereta selepas itu.
______________________________________
"HAI FARHANA!" Satu suara yang tiba-tiba masuk ke dalam kereta membuatkan aku terkejut lalu melihat ke arah belakang.
"Eh... Farhan!!!" Aku menjerit gembira.
"Ye, jangan happy sangat aku tahu kau rindu aku" katanya dengan bangga. Aku tergelak lalu memandang Tuan yang baru masuk ke dalam kereta.
"Korang dah makan ke?" Tanya Syah sambil memandang mereka berdua. Dan melihat Farhan menggeleng kepalanya maka Syah hidupkan kereta dan jalan menuju ke kedai makan.
YOU ARE READING
Tuan Afiq
Action𝙱𝚘𝚘𝚔 2 Farhana Ianira Seorang yang brutal, panas baran, dan suka cakap lepas tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain. Tuan Afiq Seorang yang paling beku, tidak tertarik pada mana-mana perempuan kerana dia menunggu seseorang yang telah...