Sampai sahaja di perkarangan rumah, aku lihat anak-anak buah semakin... Ramai? Kenapa?
"Jom la tercegat apa lagi kat situ?" Katanya yang sudah bukakan pintu untuk ku. Aku hanya menurut sahaja dan tiba-tiba aku ternampak budak yang dibawa oleh Afiq hari tu. Dia masih dekat sini? Afiq tak buat apa-apa dekat dia?
"Budak tu tak ada salah apa-apa... Waktu dekat hospital tu pun dia pesakit" aku hanya meng'ooo' kan sahaja. Aku jalan masuk ke dalam rumah kemudian lihat ada Farhan dan Syah yang sedang main game. Amboii seronok nampak.
"Far..."
"Shhhh" aku memberi isyarat kepada Afiq supaya diam. Dia mengangkat kening sebagai soalan 'kenapa?' kemudian aku menunjukkan isyarat bahawa aku ingin mendekati mereka kemudian terkejutkan mereka. Afiq tersenyum nakal kemudian dia beri isyarat supaya aku meneruskan plan aku tadi. KAHKAHKAH habislah korang berdua...
Aku berjalan ke arah mereka dengan penuh berhati-hati sehingga la sampai betul-betul ke belakang mereka berdua. Wahhh kusyuk betul dorang ni.
"Syah betul-betul la, aku dah bagi engkau menang pun masih noob apa ni" kemarahan Farhan tidak memberikan kesan pada Syah well Syah kan biasa la. Aku tengok baju aku, putih! Bagus! Hehehe...
Aku membukakan ikatan rambut kemudian aku menundukkan sedikit wajah dan kedepan kan kesemua helaian rambut aku... Tahu kan aku nak buat apa? Hehehe...
Aku memegang bahu mereka berdua tetapi mereka hanya mengelak sahaja tak menghiraukan aku? Wahhh ini melanggar hukum ni.
"Jangan kacau aku Tuan, kita orang tengah main game ni... Lagi pun tengah cuti ni, tak baik ganggu orang" kata Farhan tanpa mengalih pandangan. Aku lihat Afiq yang sedang duduk di sofa belakang aku ini. Dia hanya menggeleng sahaja.
Aku tidak putus asa aku menepuk bahu mereka berdua tapi kali ni kasar sikit.
"Eeeee kan aku kata jangan kac..." Mereka berdua menoleh bersama-sama...
"MAKKKK HANTU!!!!!" Syah dah lari dulu manakal Farhan masih berada di tempat asal.
"Kawan kau dah lari... Kenapa kau masih dekat sini HIHIHIHI" kata ku dengan suara paling menyeramkan... Kalau pengarah ambil aku jadi hantu, aku rasa pengarah tu tak rugi apa-apa HAHAHA jadi pelakon hantu aku...
"Ma...maafkan a...aku jang....jangan ma...kan aku... aku belum kahwin lagi" melihat tingkah laku Farhan begitu maka gelak aku terletus jua. HAHAHAHAHA comel okay bila dia macam tu.
"Ini aku la woi" aku menolak tubuh Farhan sambil ketawa yang tidak henti... Farhan sudah menarik muka manakala Afiq di belakang aku pun sama ketawakan Farhan dan Syah.
"Aduhhh... Seorang dingin tapi jumpa hantu lari tinggalkan kawan... Yang seorang stay tempat yang sama sambil tutup mata HAHAHAHA" okay ini betul-betul lawak okay!
"Ha Ha Ha gelaklah lagi, aku doakan kau jumpa hantu lagi buruk" aku memandang Farhan sambil buat memek muka aku.
"Ya?" Tanya ku dengan mencebikkan mulut. Farhan kebelakang kan sedikit badannya lalu dia menjeling aku.
"Suami, isteri sama je geram lak aku" katanya lalu bangun mungkin mencari Syah aku apa lagi ikut la jejak Farhan, nak tengok juga mana tempat Syah menyorok hehehe.
Sampai sahaja di belakang rumah, Farhan menanyakan kepada anak buah Afiq tentang Syah kemudian mereka menunjukkan dimana Syah berada. Aku mengundur kebelakang sedikit kemudian aku kedepan kan rambut aku lagi sekali hehehe...
"Sampai hati kau tinggalkan aku dengan hantu gila tu?!" Marah Farhan yang baru sahaja mendekati Syah yang berada di meja tempat dimana kami selalu beriadah.
Aku berjalan ke arah mereka berdua dan semestinya untuk menakutkan mereka berdua lagi sekali hehehe saya tak jahat tapi saya nakal sila ambil maklumat ini ya terima kasih.
"Dah la tu Farhana!" Kata mereka hampir serentak.
"Aloh" aku terus menegakkan badan ku kembali lalu aku menapak ke arah mereka berdua dan tanpa aku sedar rupanya Afiq pun ada di belakang aku. Isy nak kenakan orang sampai laki kat belakang pun tak nampak. Maka di situ ada kami berempat. Hmm rindunya nak suasana macam ni...
"Rindunya suasana macam ni" kataku sambil memandang mereka bertiga. Mereka mengangguk serentak.
"Kalau rindu jangan lari" kata Syah yang memandang ke hadapan. Entah apa yang best sangat pandang depan tak nak langsung pandang kami.
"Kejap aku rasa aku kena buat air, tak syok la borak-borak tak ada air"
"Eh tak apa Cik Som dah buatkan untuk korang bertiga" kata Cik Som yang tiba-tiba muncul dibalik dinding.
Kemudian dia meletakkan dulang dan memberikan cawan kepada masing-masing. Kemudian kami berempat mengucapkan terima kasih lalu dia meninggalkan kami berempat. Sunyi tapi tenang itu yang aku boleh gambarkan waktu ini.
"Aku masuk kejap, nak solat" kata Afiq lalu meninggalkan kami bertiga.
"Hana" panggil Farhan dan membuatkan aku berpaling pada dia. Kemudian aku mengangkat kening sebelah. Tiba-tiba Farhan melutut di depan aku dan ia membuatkan aku terkejut.
"Aku merayu sangat Hana tolong jangan sesekali tinggalkan Tuan..."
"Eh bangun lah jangan macam ni" kata ku lalu membantu dirinya bangun daripada melutut. Kemudian dia berdiri dan begitu juga dengan Syah.
"Betul kata Han. Aku pun merayu dekat kau Hana tolong jangan tinggalkan Tuan macam tu lagi" kata Syah pula.
"Aku tak pernah nampak Tuan selemah ni sejak kau tinggalkan dia Na. Makan tak nak, dekat pejabat tak buat kerja sumpah sejak kau tinggalkan dia, dia macam bukan Tuan yang aku kenal selama ini" kata Farhan. Aku nampak ada titisan air mata... Dia nangis?
"Tuan dah berubah Hana percayalah... Ya aku mengaku. Aku, Farhan, Tuan dulu ada niat jahat dekat kau Hana tapi bukan sekarang. Sekarang kami bertiga anggap engkau macam keluarga kami lagi-lagi bila engkau dah kahwin dengan Tuan, aku dengan Farhan pun anggap macam bos kami" potong Syah pula. Kemudian ayat Syah itu dapat anggukan dari Farhan.
"Kami berdua merayu..." Mereka berdua melutut dengan serentak. Aku apa lagi gelabah la dengan anak buah Afiq melihat kami.
"Aku tak janji korang..." Lalu mereka berdiri dan memandang aku.
"Aturan Allah aku tak boleh buat apa-apa kalau buatnya allah nak cabut nyawa aku, aku tak boleh suruh allah tunggu aku sebab tak nak tinggalkan Afiq. Korang sendiri tahu kan?" Aku mengeluh lalu meninggalkan mereka berdua di luar rumah.
YOU ARE READING
Tuan Afiq
Action𝙱𝚘𝚘𝚔 2 Farhana Ianira Seorang yang brutal, panas baran, dan suka cakap lepas tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain. Tuan Afiq Seorang yang paling beku, tidak tertarik pada mana-mana perempuan kerana dia menunggu seseorang yang telah...