"Hana kau merajuk ke?" Tanya Farhan yang sedang mengekori aku daripada aku keluar dari bilik lagi. Aku merajuk? MEMANG YA! Siapa suruh cakap bahasa tah apa tah tu buat aku macam orang bodoh dekat situ.
"Tak payahlah merajuk lagi okay aku lanja kau makan nak? Kau cakap je kau nak makan apa" kata Farhan sambil tersenyum lalu kelip-kelip kan matanya ke arahku. Makan woo rezeki jangan ditolak jadi...
"Betul eh kau lanja aku makan?" Tanyaku sambil memandang muka Farhan.
"Ye apa sahaja janji kau tak merajuk lagi" balas Farhan sambil mengangkat tangannya umpama bersumpah.
"Okay aku siap-siap kejap, bagi aku masa lima minit" kataku lalu berlari menuju ke arah bilikku.
Tak sampai lima minit aku sudah berada di ruang tamu rumah yang bak istana itu.
"Okay dah siap jom!" Kata ku lalu berjalan ke arah pintu keluar. Selangkah kaki ku menapak di pintu keluar itu tiba-tiba aku terdengar.
"FARHAN FAUZI" satu suara yang sangat mengejutkan aku. Dan itu semestinya suara Tuan punya rumah siapa lagi bukan Tuan... Oh ye saya tak tahu nama penuh dia jadi Tuan sahajalah hoho.
"Pahal?" Kata Farhan dengan muka bengangnya.
"Aku ada kerja untuk kau. Kau kena siapkan petang ni juga" kata Tuan lalu memberikan satu dokumen kepada Farhan. Farhan mengambil lalu melihat isi kandungannya.
"Pahal tak minta Syah selesaikan? Ini dia pun boleh buat" Farhan membebel lalu melihat muka Tuan.
"Aku suruh Farhan Fauzi bukan Syahril Mubarak" kata Tuan dengan sinis. Aku ternganga perghhh nama dua orang ni sedap gila, muka pun handsome aih kalau macam ni la hari-hari boleh buatkan aku jatuh cinta dengan salah seorang tiga lelaki ni. Tapi tulah nama penuh Tuan je aku tak tahu lagi.
"Tapi aku nak bawak Hana pergi jalan-jalan. Aku dah janji dengan dia" kata Farhan mungkin ingin mengambil simpati kepada Tuan. Hahaha kelakar tengok muka Farhan.
"Aku tolong bawakan Nira jalan-jalan" kata Tuan dengan tak ada perasaannya. Erk dia cakap dia nak bawak aku pergi jalan-jalan ke tadi?
"Erk tak apalah, aku boleh tunggu Farhan siapkan kerja dia" kataku jujur. Orang tu yang ajak, jadi orang tu la kena bawa kita.
"Tunggu aku dua minit lepas tu kita keluar" katanya lalu jalan naik ke biliknya. Aku memandang Farhan manakala Farhan tidak lepas memandang Tuan walaupun sudah pun masuk ke dalam biliknya.
"Weh Han apa nama penuh Tuan?"
"Rahsia" ringkas jawapan dari Farhan yang membuatkan aku sakit hati.
"Dah Han kau pergi buat kerja kau, Nira jom" kata Tuan yang baru muncul itu. Aku memandang Farhan meminta simpati tetapi dia cuma cakap "semoga berjaya" sahaja. Aihhh bad luck betul aku hari ni.
Masuk je ke dalam kereta aku melihat Tuan sudah memakai tali pinggang keledar. Hari ni aku nampak dia hanya memakai t-shirt putih dan seluar sukan? Dia nak pergi mana pakai seluar sukan tu.
"Tuan, kau nak pergi mana pakai seluar sukan? Kau nak pergi jogging ke? Asal tak bagitahu awal-awal nak pergi jogging, aku pakai macam orang nak pergi jalan-jalan tau" kataku sambil memandangnya.
"Siapa kata aku pakai seluar sukan? Kau cuba tengok betul-betul seluar apa aku pakai" balasnya sambil alihkan tangannya ke atas untuk beri aku lihat dengan jelas.
"Oh seluar slack nampak macam seluar sukan" kataku sambil sengih. Malu woi.
"Lain kali mata tu buka luas sikit, kalau mata sepet memang tak boleh tengok jelas la" katanya lalu berjalan meninggalkan kawasan rumah. Aku melihat dia disebelahku kecil besar je. Mata pula dia sebutnya!
"Bro, mata tak payah la main kau pun apa kurangnya mata sepet juga" balas ku balik. Tak sedar diri mata dia pun sepet, nak main mata aku lak.
"Mata aku tak sepet macam kau, kau tu sepet macam mata tupai" katanya tak nak kalah. Eeee sakit betul kalau dengan dia ni la!!!
"Fine malas nak gaduh" aku terus pandang ke luar tingkap.
______________________________________"Dah jom" katanya setelah sampai ke destinasi.
"Kita buat apa dekat sini" tanya ku pelik.
"Nak makan ke tak nak?" Tanya dia yang sudah berada di sebelahku. Aku terus keluar dan mengikuti dia. Sampai sahaja di depan kedai itu, aku melihat semua orang melihat aku. Kenapa aku berbogel ke?
"Dorang tengok kau sebab kau cantik sangat" kata orang disebelahku tiba-tiba. Aik macam mana dia boleh tahu aku tengah pelik dengan dorang? Magik bin ajaib ni.
"Tuan" panggilku lalu dia memandang aku.
"Terima kasih Tuan sebab selamatkan aku, kalau tak ada Tuan aku rasa, aku tak dapat nak hidup macam sekarang ni" ucapku dengan jujur tetapi tidak pandang anak matanya. Kalau pandang automatik aku nangis depan dia woo.
"Siapa kata kalau aku selamatkan kau, kau boleh hidup bebas? Jangan bermimpi Nira. Disebabkan aku dah selamatkan kau, aku nak kau balas balik apa yang aku dah buat hari tu" katanya tegas. Aku tertelan air liur. Mengerikan.
"Apa dia?"
"Kahwin dengan aku"
YOU ARE READING
Tuan Afiq
Action𝙱𝚘𝚘𝚔 2 Farhana Ianira Seorang yang brutal, panas baran, dan suka cakap lepas tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain. Tuan Afiq Seorang yang paling beku, tidak tertarik pada mana-mana perempuan kerana dia menunggu seseorang yang telah...